Saturday 26 January 2013

Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui

assalamualaikum pembaca blog sha.. sudah lama sha tidak meluangkan masa menulis dalam ruangan blog ini... rindu rasanya untuk kembali menulis seperti dulu setelah lama berehat dan menenangkan jiwa yang sedang diuji Maha Kuasa

cuti sem kali ini, sha dan keluarga dikejutkan oleh pemergian insan yang rapat dan menyintai diri ini..
ALLAH menemukan kita, dan ALLAH juga yang akan memisahkan kita kerana Kita miliknya yang mutlak dan walau siapa pun mereka, mereka hanya insan yang dipinjamkan untuk kita di dunia ini..

tanggal 18/1/2013 tidak disangka bahawa inilah tarikh terakhir sha menatap wajahnya dan dirinya menemani sha untuk pulang bercuti..

sebulan sebelum pemergian, dirinya banyak menunjukkan kasih sayang dan tanda2 yang bermain di fikiran ini. manjanya untuk selalu berdekatan seperti kami tidak akan bertemu kembali. kata2 yang menyentuh hati ini tatkala dirinya mengingati supaya sha belajar hidup berdikari, jangan mudah lemah andai dirinya pergi dahulu ternyata ianya bukan sekadar kata2..

tanggal 25/1/2013 bersamaan hari jumaat, dia telah pergi meninggalkan kami semua. seharian tidak dapat melelapkan mata bila mengetahui keadaan dirinya yang sedang berperang dengan kesakitan dan koma di hospital.. hanya 2 jam mampu melelapkan dan terjaga seperti dirinya memanggil untuk membantu. tanpa berlenggah dikeheningan pagi semua ahli rumah masih lena dibuai mimpi dan melepaskan lelah masing2, solat didirikan dan bacaan untuk dirinya..

petangnya sha dan keluarga berkemas dan bertolak ke selangor, tidak sanggup rasanya untuk terus berada di kelantan.. subuhnya sampai di selangor, singgah sekejap di rumah maklong untuk solat dan terus ke kediaman untuk pengebumiaan.. sayu hati ini cuba dikuatkan.. hanya ALLAH yang Maha Mengetahui semuanya..

syukur ke hadrat ilahi kerana masih memberi perluang untuk melihat wajahnya walaupun untuk kali terakhir dan ini menyedarkan diri ini.. hidup kita hanyalah pinjaman.. walau sekuat mana sayang kita, mereka hanya pinjaman untuk kita, suatu hari nanti, kita juga bakal menyusur mereka di sana.. sekurangnya sha tidak terkilan apabila dapat melihat wajahnya yang sudah berkain putih, mengiringi ke kubur dan membacakan talkhin bersama.. ALLAH, sungguh benar kematian memberi peringatan kepada manusia yang masih hidup di bumi... di sana kita akan keseorangan hanya amalan yang akan membantu kita.. ALLAH, takutknya.. tertanya pada diri, masih cukupkan amalan ku di dunia..

pertemuan yang diatur oleh ALLAH dalam satu program MGI anjuran MARA, walaupun kita berlainan program pengajian.. dengan hanya pertemuan singkat ini.. dirinya melamar diri ini untuk dijadikan peneman dirinya.. tatkala itu, pelbagai andaian bermain di fikiran, jujurkan dan ikhlaskah kata2 nya kerana sha tidak pernah rapat dengan lelaki.. dirinya insan pertama yang menawan hati ini dan banyak menasihati..

sepanjang 3 tahun mengenali dan berhubung, banyak yang mengajar diri ini tentang kehidupan sosial masyarakat, agama mahupun perhubungan sesama ahli keluarga. kita hanya merancang, hanya ALLAH yang menentukan.

kami semua sayang akan dirinya yang sentiasa bersikap tenang dan banyak menghiburkan hati insan disekeliling, namun ALLAH lagi menyayangi dirimu.. semuanya pasti ada hikmahnya yang kita sendiri tidak menyedarinya..

hanya doa dan sedekah yang mampu sha hadiahkan untuknya di alam sana tanda ingatan dari sha. sama2 kita sedekahkan al-fatihah untuk Allahyarham Ahmad Zayyad bin Che Pah,hambaMU Ya ALLAH, dan mendoakan moga ALLAH mengampunkan dosa-dosa dan moga kuburnya sebahagian dr taman2 syurga, dilapangkn, diterangkan. dijauhkan azab siksa MU ya ALLAH engkau yg maha pengasih lg penyayang. maha kaya lg maha pemurah. rahmati lah hambamu ini.... amin....al-fatihah..






No comments:

Post a Comment