Saturday 23 February 2013

Ukhwah itu Indah



perkenalan bermula dari tahun 1997 ( umur 5 tahun) dengan menuntut di Pasti yang sama dan S.K yang sama, kemudian di usia remaja, kami membawa haluan ilmu yang berbeza di sekolah yang berbeza, namun sekali sekala masih berhubung dengan menziarahi ke rumah.. alhamdulillah, Allah mengurniakan sahabat seperti dirinya.. 

alhamdulillah, setelah lama tidak bersua kerana kesibukkan mengejar program fakulti dan kolej kediaman, akhirnya pertemuan kali ini membawa keceriaan sepanjang outing bersama dan melewati tarikh 23/2/2013 dengan penuh makna..

tatkala diri memerlukan teman dan harapan untuk bersandar, dirinya hadir menemani, masing2 walaupun jauh sentiasa memberi semangat dan menjadi pendengar setia tatkala meluahkan perasaan dan story morie dan tiada kaitan dengan biskut marie yaa :) ALHAMDULILLAH, syukur kehadrat ilahi kerana mereka memahami situasi diri ini.. 


first time dapat keluar sama.. kawan sha ditemani kawannya, alhamdulillah, dengan hadirnya insan baru ini, bertambah kawan sha.. ALLAH menemukan kami.. juga sebagai anugerah dan pinjaman di dunia ini.. walaupun baru kenal, tapi macam dah lama kenal sebab asyik wat kelakar, menyebabkan tiada kekosongan ruang antara kami.

kali ini kami hanya mampu window shoping dan cuci mata tengok buku2 ilmiah (duit poket belum masuk lagi, baucer buku pulak tertinggal ) after penat berjalan ke hulu kehilir, kami sempat makan pizza sambil berkongsi cerita yang terbuku dalam lipatan, berkongsi ilmu apa adanya sebelum masing2 membawa haluan ke tempat pengajian masing2. ^^ 


moral hari ini : Bila berkawan, nawaitu itu penting, berkawan bukan untuk kepentingan diri sendiri mahupun untuk mengambil manfaat daripada kelebihan yang dimiliki mereka, tapi berkawanlah kerana ALLAH.. indahnya ukhwah bila berteraskan kasih sayang kerana ALLAH.. insyaa-ALLAH akan terasa eratnya sebuah ukhwah yang terjalin.. bila berkawan, perlunya untuk masing2 menegur untuk kebaikan bersama, bukan untuk tunjuk kurang ajar, bukan juga kerana terlebih belajar tapi agar masing2 dapat belajar. :)

ukhwah fillah abadan abada..

Friday 22 February 2013

DI SAAT MEMERLUKAN


alhamdulillah, kwan2 dan parents serta family banyak memberi semangat agar aku terus melangkah kehadapan dalam menghadapi setiap ujian ALLAH.. kita pasti diuji, cuma ujian kita pasti berbeza.

 kwan dan family yang prihatin xkan sesekali meninggalkan kita keseorang di saat kita lemah dalam mengharungi ujian.. kerana mereka memahami isi hati ini.. syukur, alhamdulillah, sepanjang menghadapi ujian kehilangan, banyak menyedarkan dan ALLAH masih memberi kesihatan kepada diri. 

Salam,Lily,
Just heard the news.
Are you ok lily?
Do be strong dear
Saya nak tanya awak nih
Kalau awak pinjam barang ngn saya,
Berhak ke saya nk amik balik barang tu tnps izin awak?
Saya berhak kan.
Boleh ke awak marah kat saya? Tak boleh.sebab saya punya hak.
Sama jugak dlm case ni
Setiap makhluk tu Allah yg punya and Allah ada hak yg mutlak keatasnya.
Kematian tu satu kepastian
Dan Allah punya hak nak amik bila2 masa je
Kita KENA redha dengn pemergian dia
Jangan nangis dan jangan menyesal dan jangan marah.
Kala kita nangis,menyesal,marah tandanya kita tak redha denga Allah
Allah berhak claim barang dia
Saya tau awak kuat dan akan terus kuat
Buktinya,banyak Allah bagi cabaran kat awak..n here still you are..the strong n still the stronger lily
Sesungguhnya kematian satu peringatan buat orang yang ditinggalkan
Zayyad alhamdulillah dah selesai urusan dan amalan dia kat dunia.
Bagaimna ngn amalan kita..cukupkah?
Ye sesiapa pun akan sedih..
Tapi ingat,mungkin ada lagi yang kebih sedih dari kita,
Ahli kluarga dia yang dari kecik sampai besar jaga dia..
So,dont forget to smile
SMILE
SMILE
Tolong tenangkan family dia n jangan bersedih lagi
Mungkin dia tengah happy kat sana..
Jangan bagi zayyad sedih bila tgk awak n family dia nangis
Lap lap lap air mata tu sayang
N dont forget to smile
Kalau awak perlukan kwn tu borak2..freely msg saya
Saya tgh cuti skrg
Kalau saya tak online,nnti ti gglkn msg kt fb..nnti sy terus online
Anytime,anywhere dear
Jangan layan perasaan sangat
Saya doakan zayyad diampunkan dosanya,dan ditempatkan di kalangan orang yang Allah sayang..
I love you _ writen by my lovely friend from uni of al- azhar, mesir

setelah selesai kesemua urusan di selangor, back to kelantan, sesampai aja dah subuh, saat ingin menunaikan solat, abah menghulurkan buku dan memelukku serta berbisik " tabahlah ini semua ujian untuk menguji keimanan kita "


terima kasih abah.. sayang.sayang.sayang abah jugak <3

pesan nenek pula, apa yang berlaku jadikan pedoman hidup.. ingat dunia persinggah ada hidup mati, akhirat kelak hidup selamanya, xde mati.. 

hidup perlukan amal tapi tiada hisab, akhirat adanya hisab(amalan kita di dunia,dosa akan diadili dengan azabNYA,nauzubillah himinzalik, pahala diganti dengan ganjaran syurgaNYA,subhanaALLAH) , tiada lagi amal...  (perkongsian bersama)



Thursday 21 February 2013

Panggilan tidak dijangka

assalamualaikum pembaca blog sha

malam ini merupakan malam jumaat, usai solat dan mengaji, ditadahkan doa memohon keampunan diri, keluarga dan insan yang dekat dengan diri tanpa mengira masih bernafas mahupun telah dipanggil ilahi...kerana kita sebagai hamba perlulah sentiasa memohon keampunan kerana setiap hari mungkin tanpa sedar diri melakukan kesalahan..

rehat seketika bersama bacaan al-quran untuk menenangkan hati agar tidak terlalu mengikut perasaan, merdu dan terbuai dengan bacaan surah yassin oleh sheikh mishary rashid Al-Afasy. subhanaALLAH...

sedang keasyikan melayan bacaan surah yassin, handfon menyanyikan lagu tema, tanpa sebarang keraguaan lantas tangan mencapai dan menjawab.. suara lembut seorang lelaki separuh abad menerpa di cuping telinga, bertya kan adakah ini "sharlily shahira mat nasir" .. di hati, siapakah gelaran lelaki ini..

ini ayah arwah ahmad zayyad.. YA ALLAH..rupanya pakcik.. selama ini hanya ada number umie arwah  sahaja,. diri ini mula merindui dirinya tatkala berbual dengan permata hati dirinya.. arwah sangat menyayangi ayahnya.. seperti banyak2 cerita yang dikongsikan, beliau begitu mengagumi sikap ayahnya yang penyayang. 

pakcik bahasakan diri ini ira, terasa janggal pulak, tapi xpe lah, ianya tetap dalam nama sha a.k.a "sharlily shahira"..  pakcik seorang yang peramah, senang hati berbual dengan dirinya.. waktu jumpa di kubur aritue, xsempat untuk berbual kerana masing2 dalam kesayuan di jiwa kehilangan insan yang disayangi..

pakcik bagitahu kaklong dan abang ngah mimpi arwah amad datang dalam tido.. amad datang dengan memberitahu "amad gembira di sini" dengan dirinya yang sedang gelak2 bahagia ALHAMDULILLAH Ya Allah... berbesar hati aku menadah tangan syukur andai mimpi itu petunjuk keadaan dirinya di alam sana... semoga kamu bahagia di alam sana.. kami XKAN pernah melupakan kamu.. kami sayang kamu