Sunday 25 November 2012

PETUA ATASI MASALAH JERAGAT SECARA TRADISIONAL...



bila umur semakin meningkat, semakin banyak jeragat akan kelihatan di muka dan ia memang menggusarkan sesiapa sahaja. Selain rawatan di pusat kecantikan, anda juga boleh mencuba petua turun- temurun ini. petua turun temurun ini bagus di amalkan kerana ianya bebas dari bahan kimia.. berbeza dengan product kecantikan, rata-rata banyak mengdatangkan masalah kepada kulit muka.. menipiskan kulit muka..  oleh itu, anda boleh gunakan tips ini...
1***Sediakan dua inci daun betik muda, segenggam beras, air dan satu inci kulit kayu manis. 












2*** beras perlulah direndam semalaman. Keesokannya, kisar beras itu bersama-sama daun betik serta kulit kayu manis. 

3****Setelah siap, sapu atau gosok perlahan-lahan pada seluruh wajah. 

4****Biarkan ia kering dalam 20 minit sebelum boleh dibilas dengan air suam.

 Semoga petua ini dapat membantu mengurangkan tompok-tompok hitam sekali gus menyerlahkan kecantikan semula jadi. SELAMAT MENCUBA.... 

_ TIPS HILANGKAN PARUT DI MUKA_

petua kecantikan yang simple ini sy ambil dari mama sy.. mama pernah menyarankan saya agar menjaga kulit muka dari berparut dan mama bagi tips ini kepada saya. saya kongsikan kepada anda... SIMPLE AND EASY....!!!!
untuk kulit yang licin dan hilangkan parut.. ambil beberapa pucuk daun jambu batu yang masih muda.. (seperti gambar di atas)

bersihkan dulu pucuk daun tersebut dengan air.. gosok kan di telapak tangan dan sapukan di muka.. biarkan selama beberapa minit dan apabila kering, bilas muka anda dengan air..anda pasti akan teruja apabila menyentuh kulit muka yang licin... dalam proses ini, anda mungkin akan merasa gatal, ianya normal, kerana ia menghakis kotoran dan parut d muka..



KAYU CENGKIH
selain digunakan dalam masakan. kayu cengkih juga boleh digunakan untuk kecantikan iaitu untuk menghilangkan parut di muka ataupun di badan. caranya adalah simple sahaja..






1_ basuh kayu cengkih dengan air..
2_asahkan kayu cengkih tersebut dalam lesung batu bersama sedikit air..
3_ gunakan air dari kayu cengkih yang telah diasah td untuk disapukan di bahagian parut sahaja..

lakukan secara istiqamah.. insyaALLAH dalam seminggu atau dua minggu parut di muka akan beransur mengecil dan hilang..


KELEBIHAN BERDOA DI ANTARA AZAN DAN IQAMAH




Jangka masa antara selepas azan dan sebelum iqamat perlu direbut dengan sebaik-baiknya untuk berdoa, kerana dijanjikan akan termakbul, insya ALLAH.

Doalah yang baik2 dan elakkan doa yang mudarat kepada orang lain. tidak baik namanya..  doa menunjukkan yang kita bersifat rendah diri denganNYA.. orang yang malas berdoa ialah orang yang ego dan sombong dengan tuhannya.. ALLAH Murka jika kita bersikap sombong. sebagai mukmin, doa adalah senjata dan kekuatan kita..



Daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda, terjemahannya:


"Doa tidak ditolak di antara waktu azan dan iqamat."

Hadits Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi

DOA SELEPAS AZAN DAN IQAMAH



Ya Allah! Tuhan ini seruan yang sempurna dan solat yang didirikan, berilah Nabi Muhammad perantaraan dan keutamaan, dan tempatkan beliau pada tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikannya. Sesungguhnya Engkau tidak akan memungkiri janji...

KELEBIHAN MEMBACA DOA SELEPAS AZAN...

***MENDAPAT SYAFAAT DI AKHIRAT KELAK..***
Dari Jabir bin Abdullah ra. Bahawasanya Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa membaca: (‘Allaahumma Rabba haadhihi’l-da’wat il-taammah wa’l-salaat il-qaa’imah, aati Muhammadan il waseelata wa’l-fadeelah, wab’athhu maqaaman mahmoodan illadhi wa’adtah), nescaya tersedialah baginya syafaatku pada hari kiamat.” [Riwayat Bukhari]

***DOA AKAN DIMAKBULKAN***
 cepat atau lambat.. insyaALLAH.. doa akan dimakbulkan jugak oleh ALLAH..
Rasulullah saw bersabda, “Doa antara azan dengan iqamah, tidak akan tertolak” [Riwayat Abu daud, Turmudzi, An-Nasai, Ibnu Sunni dan lain2]. Turmudzi mengatakan hadis ini hasan sahih. Menurut riwayat Turmudzi ada tambahannya: “…….Mereka bertanya, “Apakah yang kami baca(ketika itu) wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Mohonlah kepda Allah keselamatan (keafiatan) di dunia dan di akhirat.”

**** sampaikan ilmu dariku walau sepotong ayat****

ikhlas,
sharlily shahira MN

Saturday 24 November 2012

****REZEKI ALLAH ****


23-11-12  5.00PM PKNS BANGI

alhamdulillah.. banyak kejutan ari nie.. x sangka pulak rezeki hari nie... one by one.. btw, thanks awak.. kita belanja orang makan.. bermakna kita buat sedekah.. bila buat sedekah , ALLAH akan tambahkan lagi rezeki kita.. mungkin bukan sekarang namun boleh jadi akan datang..terjadi benar lah.. x salah berkongsi hak kita, kerana hak kita hak orang lain jugak.. dan ALLAH akan ganti kan lebih banyak untuk kita...




.....jalan2 sambil mencari makanan...
1.nasi goreng paprik campur
2.nasi goreng ayam pedas
3. air bandung cincau
4.rebina laici..


dapat free gift dari si dia.. mengejut dan penuh dengan makna tersendiri....

**anything 4 you***

_______prinsip dan word yang penuh makna_______



Friday 23 November 2012

*** kelebihan 10 Muharram***

Sambil-sambil ada niat nak puasa esok, 
jom amik tahu serba sedikit sejarah dibalik tarikh 10 Muharram. jum bersama sha mengungkai kelebihan 10 muharam.. insyaALLAH.. kita same2 berkongsi ilmu walaupun sepotong ayat.. tapi kat bawah nie dah berpotong-potong ayat.. huhuuu... xpe2.. jum kita baca bersama.. :)

Beberapa sejarah 10 Muharram yang dinukilkan Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya "Mukasyafatul Qulub" (Dibalik ketajaman mata hati) bahawa pada tarikh tersebut:

- Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
- Diterima taubat Nabi Adam a.s.
- Dicipta Adam a.s.
- Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
- Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
- Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
- Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
- Selamat Musa dan pengikutnya.
- Lemas Firaun.
- Dilahirkan Nabi Isa a.s.
- Diangkat Nabi Isa kelangit.
- Diangkat Nabi Idris ke langit.
- Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
- Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
- Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
- Nabi Yaakub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
- Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
- Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
- Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Selamat Berpuasa Hari 'Asyura.

Wednesday 21 November 2012

**WAKAF MAMPU MENJANA EKONOMI NEGARA***

kuliah pagi ini, menginginkan saya dan kawan2 untuk mencari bahan serta maklumat yang berkaitan wakaf.. sedar tak sedar, wakaf mampu menjana ekonomi negara selaras dengan zakat berbanding penggunaan cukai yang saban tahun kadar cukai akan meningkat.. namun kadar zakat adalah stabil iaitu 2.5% serta wakaf yang sedikit mampu kita oleh untuk menjana ekonomi negara.. jum bersama saya membaca artikel di bawal...  di izinkan untuk anda semua berkongsi dengan kawan2, sedara mara mahupun masyarakat yang lain am nya...

***MENGELUARKAN sumbangan atau infak untuk kebajikan sebenarnya mempunyai kedudukan penting dalam sistem ekonomi Islam. Istilah infak ini termasuk zakat, sedekah dan segala perbelanjaan untuk kebajikan merangkumi sedekah jariah dan wakaf. 


Amal jariah yang dipopularkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang diperkenalkan semula pada pertengahan tahun 1980-an turut menggabungkan dua ibadat iaitu amal soleh dan sedekah jariah. 

Dalam konteks Islam, keupayaan melaksanakan ibadat yang dianjurkan ini mempunyai kaitan jelas dengan tahap keimanan kepada Allah. Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya, "Kitab al-Quran itu tiada padanya sebarang keraguan. Ia memberi hidayah kepada orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang dikurniakan kepada mereka." (al-Baqarah: 2-3) 



Dalam konteks kita melakukan amal kebajikan, konsep kebaktian wajar menjadi panduan dan rujukan. Kebajikan bukan saja merujuk kepada hala tuju sewaktu melakukan ibadat semata, tetapi kebajikan atau kebaktian sebenar ialah keseimbangan hubungan langsung dengan Allah dan terhadap sesama makhluk khususnya manusia. 

Allah SWT berfirman, "Kebaktian itu bukan hanya menghalakan mukamu ke arah timur atau barat, tetapi kebaktian ialah mereka yang beriman kepada Allah, hari Akhirat, malaikat, kitab, nabi dan memberi harta yang disayanginya kepada kaum kerabat, anak yatim, fakir miskin, orang yang terlantar di dalam perjalanan, orang meminta bantuan, membebaskan hamba abdi, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan janji apabila mereka berjanji. Merekalah orang yang benar berbakti dan merekalah orang yang benar-benar bertakwa." (Al-Baqarah: 177) 

Jelas ia menunjukkan kepada kita bahawa amal jariah adalah bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada maksud kebajikan atau kebaktian. Malah, dari sudut sejarah ia menjadi sebahagian budaya hidup sejak zaman Rasulullah SAW. 

Ada sahabat utama Baginda SAW yang sanggup mengeluarkan sebahagian harta kesayangan mereka, malah terdapat juga yang menginfak hampir keseluruhan harta yang dimilikinya atas asas keimanan kepada Allah SWT dan Rasulnya. 

Pengalaman Abdul Rahman bin Auf umpamanya, wajar menjadi rangsangan kepada kita. Pada masa hijrahnya, semua harta kekayaan dan kesayangannya ditinggalkan di Makkah. 

Bagaimanapun, berasaskan pendirian tegas dalam meneruskan kehidupannya, beliau tidak mudah menerima tawaran pemberian percuma sebahagian daripada harta kekayaan dan kesayangan saudaranya dari kumpulan Ansar, Sa'ad bin Rabi'. 

Sebaliknya, apa yang diperlukan beliau ialah meminta ditunjukkan di mana pasar untuk beliau memulakan perniagaannya. Diriwayatkan, beliau pernah membiayai keperluan peperangan dengan menyediakan masing-masing 500 kuda tempur serba lengkap dan 500 ekor unta untuk membawa konvoi bekalan. 

Demikianlah satu daripada contoh sahabat yang gigih dalam usahanya dan banyak sekali amal kebajikan dilakukan khususnya dalam konteks mengeluarkan harta kepada jalan Allah. Allah terus memberi kemurahan rezeki dan memberkati harta Abdul Rahman bin Auf kerana sikap dermawan. 

Kita menyaksikan hingga ke abad mutakhir ini, masih terdapat mereka yang bersedia dan sanggup mengeluarkan harta pada jalan kebajikan dan manfaatnya daripada amalan ini juga adalah besar serta berpanjangan. 

Kewujudan institusi pendidikan penting seperti Universiti Al-Azhar Mesir adalah contoh terpilih betapa amalan baik dan murni masih menjadi budaya kepada sebahagian daripada masyarakat Islam yang benar-benar meyakini bahawa amal jariah adalah suatu saluran menyempurnakan tanggungjawab sosial. 

Di negara kita, amalan bersedekah atau beramal jariah dipraktikkan secara meluas. Terdapat banyak sekali institusi ibadat, pendidikan dan kebajikan didirikan atas asas amal jariah, walaupun peruntukan yang disediakan kerajaan adalah besar. Keadaan ini membuktikan bahawa budaya beramal jariah bukanlah sesuatu yang baru dan asing kepada masyarakat kita. 

Hikmah infak adalah: 

Semangat beramal jariah ini jika digerakkan secara bersungguh-sungguh, melalui penyediaan prasarana beramal jariah secara profesional serta disokong semua lapisan masyarakat berasaskan tahap keupayaan masing-masing, boleh mewujudkan satu bentuk kekuatan yang hebat dan mampu mewujudkan sebuah dana besar yang berperanan dalam membangun sosio ekonomi masyarakat. 


Pelaksanaan program amal jariah berasaskan tafsiran luas memungkinkan kita menyelesaikan sebahagian daripada permasalahan masyarakat. Program sedemikian juga mempamerkan keindahan Islam yang sebenar, sekali gus menjadi media dakwah berkesan kepada masyarakat bukan Islam. ****




INSTITUSI dan harta wakaf mempunyai sumber ekonomi terpendam yang perlu dijana dengan perancangan dan pengurusan teliti bagi faedah ekonomi untuk perkembangan dan kemajuan umat Islam.

kajian menunjukkan bahawa_Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir berkata, Malaysia mempunyai tanah wakaf yang amat besar dan jika dibangunkan boleh memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi umat Islam.

“Sistem kewangan Islam memberi keyakinan kepada umum dan membuka mata dunia mengenai kelebihan sistem wakaf lebih-lebih lagi tatkala berlaku krisis kewangan yang menjadikan kestabilan sistem ini terbukti mampu menjadikan perbankan Islam bukan sekadar alternatif kepada perbankan konvensional.

“Berserta struktur kewangan yang utuh, sistem wakaf mampu menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai salah satu pusat kewangan Islam dunia,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Menara Bank Islam disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di ibu negara semalam.




Tuesday 20 November 2012

~~...perpisahan dan pengertiannya... ~~


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sen...tiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan ...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL...

kenapa kita perlu pertikaikan.. YA ALLAH... sungguh bila mata hati tertutup, akal fikiran tidak mampu untuk berfikir akan kelebihanMU.. nauzubillah hi min zalik..._you are the number one _  (you know the real meaning of this.. ) 

Monday 19 November 2012

@@@ siapa kita untuk terus berdendam@@@


Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris? Mengapa tidak mahu melupakan disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina dan diumpat?
Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih, kita belum menjadi seorang yang rendah hati dam pemaaf.
Lunakkan hati dengan renungan ini: Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah. Siapakah kita yang mahu merasakan diri sebagai ‘tuan’ dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita.
Bila ada orang membuat kesilapan, siapakah kita untuk marah, berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya. Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuk diri kita. Kalau hari ini orang bersalah dengan kita, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula tersalah dengan orang. Apakah kita jamin yang kita tidak akan membuat salah dan silap? Kalau kita mahu memaafkan kesalahan kita, pasti orang lain pula mengharapkan kemaafan dari kita.
Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya. Bila kita tetap marah dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain pada kita ertinya kita marah pada ALLAH. Kita berkata “ALLAH, tidak patut Kau buat aku begini.”
Bila orang bersalah dengan kita selidiklah apakah dosa yang kita lakukan sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa ‘memang patut dihukum’ dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja.
Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.
Seandainya kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang, kita tidak untung apa-apa. Apalagi kalau berdendam atau bertindakbalas dan berkasar terhadapnya; maka kita juga akan terjerumus dalam dosa dan mendapat kebencian dari ALLAH S.W.T.
Memberi kemaafan adalah sukar sekiranya kita belum ada sifat kehambaan, yang melihat segala yang berlaku adalah di bawah pentadbiran ALLAH Yang Maha Mengetahui. Kita akan takut untuk marah dan berdendam dengan manusia hanya dengan ujian yang menimpa, kerana bimbang kalau-kalau ujian itu merupakan petanda ALLAH sedang murka terhadap dosa-dosa kita.
RASULLAH S.A.W BERSABDA: “SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG LAMBAT MARAHNYA DAN SEGERA PULA REDA APABILA SUDAH MARAH DAN SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ADALAH ORANG YANG LEKAS MARAHNYA DAN LAMBAT PULA REDA MARAHNYA ITU.”

Thursday 1 November 2012

%%%TRUST not FRUST%%%


trust is like a vase..... once it breaks, it can be repaired but it will never be the same again...

trust is also like a paper, when we crumped it, it can't be perfect anymore...

trust is also like a glass.. once it is broken, it's can't be repaired but you should to replace it... :)

i dont trust easily, so when i tell you " i trust you" pliz dont make me regret it... trust is everything for me.. pliz make people be trust on you  not be frust becouse of you......be nice and appreciate when people trust on you...... ^^