Thursday 3 January 2013

WAKAF


JENIS WAKAF

Wakaf terbahagi kepada dua kategori utama iaitu :

Wakaf Mutlak (AM) - merujuk kepada amalan menyerahkan harta wakaf dengan tidak menyatakan sesuatu tujuan tertentu dalam perwakafan hartanya. Harta itu boleh dibangunkan bagi apa-apa maksud, selagi tidak bertentangan dengan syarak.

Wakaf Muqayyad (KHAS) – amalan mewakafkan harta dimana pewakaf menyatakan tujuan wakaf secara spesifik semasa menwakafkan hartanya. Harta wakaf tersebut hendaklah digunakan hanya untuk tujuan yang dinyatakan secara khusus itu. Contohnya mewakafkan tanah khas untuk pembinaan masjid, surau, perkuburan dan sebagainya.

 PERBEZAAN DI ANTARA WAKAF DAN SEDEKAH
• Sedekah diberikan kepada golongan yang memerlukan manakala wakaf ditujukan bagi kegunaan seluruh masyarakat secara umum, meskipun golongan yang memerlukan diberikan keutamaan.

• Sedekah adalah sesuatu yang boleh dipindah milik. Sesuatu harta apabila telah diwakafkan, pewakaf sudah tidak memiliki hak dan campurtangan ke atas harta tersebut.

• Sedekah boleh diberi di dalam apa bentuk sekalipun manakala wakaf adalah terhad kepada sesuatu harta dimana harta tersebut boleh mendatangkan hasil atau menjana lebih banyak manfaat secara berterusan atau bentuk hasil yang boleh disimpan.


No comments:

Post a Comment