Tuesday 8 January 2013

lokalisasi zakat


Zakat merupakan salah satu rukun islam yang memainkan peranan dalam kehidupan umat islam sepanjang zaman kewujudannya. Zakat juga merupakan salah satu mekanisme ibadat  kewangan dan perekonomian. Seperti yang  kita ketahui, zakat ialah penyucian harta dan jiwa. Selain untuk mengurangkan kemiskinan, zakat juga bermatlamat untuk menyucikan jiwa penerima zakat dan pembayar zakat. Hal ini kerana nilai keagamaan adalah penting dalam mengubah asnaf dan pembayar zakat agar sentiasa bersyukur dan berusaha dalam mengubah nasib mereka. Supaya tidak berada pada tokok yang sama namun beralih daripada penerima zakat kepada pembayar zakat pula. Oleh itu, institusi zakat perlulah memainkan peranan penting dalam menyemai nilai keagamaan dalam kalangan golongan asnaf.

 Secara teori zakat dibayar oleh golongan kaya dan akan diagihkan  kepada golongan  miskin. Proses pengagihan zakat diharapkan mencapai kesan optimum kepda asnaf dimana asnaf Berjaya keluar daripada golongan yang menerima zakat malah mungkin menjadi penyumbang zakat pula.  asnaf menjadi guna tenaga yang produktif dan seterusnya boleh menjadi penyumbang kepada ekonomi Negara.

Kaedah lokalisasi zakat dicadangkan agar dapat mengatasi masalah agihan zakat. Pengecilan kawasan agihan zakat akan mengecilkan juga skop tanggungjawab pihak institusi zakat dalam pengurusan zakat. Ini lebih efisien dalam proses pengurusan zakat.












Lokalisasi zakat : professional amil.

walaupun jumlah kutipan zakat menunjukkan peningkatan hasil zakat dari tahun ke tahun namun masalah isu lebihan zakat dan agihan zakat masih lagi menjadi perbahasan oleh institusi zakat.
 Isu pengagihan zakat masih lagi menjadi perbahasan pada hari ini kerana masih ramai asnaf yang selayakknya menerima bantuan zakat masih terbiar. Ini lebih dikuatkan lagi apabila kehidupan mereka ini disiarkan dalam media.   

Kaedah lokalisasi pengagihan zakat merupakan salah satu cadangan alternative dalam mengatasi masalah dalam pengurusan zakat. Salah satu cadangan kepada penyelesaian masalah ini ialah mengecilkan kawasan tanggungjawab pengurusan zakat yang dinamakan sebagai kaedah lokalisasi zakat. (localization of zakat)
Kaedah lokalisasi ini melibatkan proses desentralisasi kuasa dimana pusat pengurusan zakat perlu mengagihkan kuasa memungut dan mengagih zakat kepada kakitangan di lokasi tertentu seperti daerah, mukim, kampung, atau kariah. Kaedah ini berkemungkinan dapat meningkatkan keberkesanan proses pengurusan zakat di lokalisasi tersebut.
Oleh itu, amil diperlukan dalam menjayakan kaedah lokalisasi zakat ini.

No comments:

Post a Comment