Saturday 29 December 2012

KELEBIHAN PAJAK GADAI ISLAM (AR-RAHNU)



KELEBIHAN AR-RAHNU

Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:
  1. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.
  2. Nilai Gadaian Tidak MerosotNilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.
  3. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
    Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.
  4. Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
    Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.
  5. Caj perkhidmatan Yang RendahAr-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.
  6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
    Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.
  7. Tempoh Membayar Balik Yang MunasabahAr-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.
  8. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara LelonganPihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.
  9. Memberi Nilai Gadaian Yang SepatutnyaPerkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.

Friday 28 December 2012

DOA MUNAJAT UNTUK PELAJAR


maaf lah, sha just scan yang sedia ada.. ini ialah pemberian nenek . Dah xberapa elok tapi ape yang penting ilmunya kan..hehee dapat nie pun masa darjah 4 macam tue la.. lepas nenek mengajar baca yasin, dia bagi kertas himpunan doa nie. katanya bekal untuk peperiksaan UPSR nanti. amalkan dari sekarang bila nak mula belajar dan lepas solat fardu.  rupa kertas nie dah banyak yang luka2.huhuu... tapi ianya sangat bermanfaat untuk sha hingga hari ini. dari sekolah rendah hingga ke universiti. terima kasih nenek. sekarang sha kongsikan dengan anda semua. semoga berjaya dalam final exam dengan jayanya kerana sekarang musim final exam bagi student universiti kan.. sha pun masih ade 5 papers lagi.. nerbes jugak..huhuu.. btw, best of luck for you all... ^^


kumpulan doa ini terdiri daripada:

1) doa penerang hati
2) doa mohon kemudahan dalam bekerja dan berfikir
3)doa mohon diberi kebijaksanaan
3) doa mudah faham dan hafal
4) serta doa untuk mengingati perkara yang dilupai.

::Doa Penerang Hati:: 

Ya Allah kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul, serta mendapat ilham daripada malaikat yang hampir denganMU, kurniakanlah kami kesihatan Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang


::Doa Mohon diberi kemudahan dalam bekerja dan berfikir::

Ya Allah tiada sesuatu yang mudah kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah dan Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah dengan kehendakMU


::Doa Mohon diberi Kebijaksanaan::

Ya Allah bukakanlah kami hikmatMU dan limpahkan kami rahmat dari perbendaharaan rahmatMU Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang 



;:Doa Mudah Faham dan Hafal::

Ya Allah keluarkanlah aku dari kegelapan ragu-ragu, muliakan daku dengan sinaran kefahaman, bukakan bagiku pintu ilmu dan hiasilah daku dengan akhlak yang baik dan kasih sayang 



::Doa Mengingati Perkara yang lupa::

Ya Allah aku mempertaruhkan kepada MU apa yang Engkau ajarkan kepadaku, kembalikanlah semula kepadaku apabila aku memerlukannya 


Boleh juga mengamalkan doa daripada surah An-nur ayat 35



Insyallah,dapat tenangkan hati & lindungi daripada apa2 gangguan ketika belajar.

Sebelum itu adalah lebih baik kita memuji Allah, berselawat, beristighfar dengan ikhlas dan yakin. Pilihlah waktu yg afdhal, menghadap kiblat dan merendahkan suara kita..InsyaAllah...~ Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hambanya~


FAHAM itu adalah rezeki. Allah mengurniakan kefahaman kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Ingin mendapatkan rezeki FAHAM ILMU, samalah seperti apa yang kita lakukan untuk memperoleh rezeki-rezeki yang lain seperti harta, makanan dan sebagainya.


Semoga terus kuat berusaha untuk syurga dunia dan akhirat. Mujahadah itu kuncinya! insyaa-ALLAH...





semoga bermanfaat untuk semua... dan semoga doa diterima olehNYA.. insyaaALLAH ..aamiin...

p/s untuk besarkan gambar nie. click atas gambar tersebut.. boleh save image dan print.. tampal atas meja belajar yea.. sebelum belajar, doa dahulu.. usaha + doa + tawalkal = insyaaALLAH Allah akan kurniakan kejayaan untuk kita.... usaha sahaja tidak mencukupi jika kita tidak meminta dari Yang Esa.. ^^


(O_O) KeNaNgAn TeRinDaH KMKN (O_O)






oo_OO KEnAPa NaSJiD inI JaDi PiLiHaN oo_OO

banyak pedoman dan kata nasihat yang kita boleh ambik daripada lirik2 lagu DAn nasjid .. selain bagi kekuatan jiwa..  kita boleh jadikan ia sebagai satu teguran dalam meniti kehidupan bersosial mahupun diri kita sendiri...

kali ini sha memilih tajuk nasjid ini sebagai halwa telinga untuk blog ini... maybe ada yang akan kata ia sangat membosankan.. bagi sha, blog nie sha punya.. so suka hati sha lah kan.. (^_^))

lagi pun kat blog nie banyak input yang sha luahkan/muntahkan untuk tatapan sendiri disamping berkongsi serba sedikit berkaitan ilmu ekonomi.. ~~

jum layan dan hayati lirik nasyid nie... (o_O)

BIcarA kata-inteam

Manis bicara indah tutur kata 
Tak seindah rupa pengertiannya 
Lembutnya lidah mengata nista 
Lidah yang tiada bertulang 
Mengadu domba 
Serta memfitnah sesama saudara 

Terkadang aku berfikir sendirian 
Perlukah amarahku dibiar terus menyala 
Membakar membara dengan rasa bangga 
Mencela mereka dengan kata-kata 

Kata ibarat pedang 
Yang tajamnya bisa membunuh lawan 
Kata-kata yang berhikmah 
Menyedarkan kita 

Kata madah pujangga 
Bisa menjadi pedoman manusia 
Jagalah bahasa kata kita 
Jangan disalah guna 


Yang merah itu saga 
Yang kurik itu kendi 
Yang indah itu bahasa 
Yang cantik budi pekerti 

Terkadang aku mentaksir manusia 
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati 
Mencerca, menghina, dustanya bicara 
Menyusun nista dengan kata-kata 

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi 
Terlajak kata buruk padahnya 
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi 
Terlajak kata hilang percaya 

Hilang percaya... 


conclusion : jaga kata2 kerana dengan kata2 mampu melukakan ati seseorang tanpa kita sedar.. kata yang berhikmah itu menyedarkan.. hati manusia satu.. hargai lah hati orang, insya ALLAH orang juga akan menghargai perasaan kita... (pesan untuk sha jugak)



HaTi PeRemPuaN

KATA-KATA SEMANGAT BILA BERDUKA


mungkin kata-kata semangat ini boleh menguatkan hati sesiapa yang sedang bersedih..... 




sekian sahaja dari saya :


Thursday 27 December 2012

PENSWASTAAN ZAKAT



okey... arinie sha dah study sal penswastaan zakat.. now sha nak muntahkan ape yang sha dah belajar dengan retype dan wat dalam bentuk nota mcm nie.. disamping berkongsi dengan pembaca blog, mudah-mudahan dapat ingat dan exam final nanti dapat jawab exam dgn cemerlang.. insyaaALLAH..

Bagaimana program penswastaan zakat diwujudkan…???

 Ã˜ Dalam mempertingkatkan lagi pengurusan zakat maka intitusi zakat telah melantik atau menubuhkan beberapa buah anak2 syarikat yang bertujuan untuk mengurus mengenai kutipan dan agihan zakat. Misalnya PZS (PUSAT ZAKAT SELANGOR) merupakan anak syarikat di bawah selian  MAIS (majlis agama islam Selangor).

 Ã˜ Setiap negeri mempunyai anak2 syarikat yang bermatlamat untuk meningkatkan lagi pengurusan zakat. Anak2 syarikat ini dibawah seliaan majlis agama islam negeri masing2.

Tanggungjawab anak-anak syarikat zakat ini ialah….

 Ã˜ Mengurus dan mentadbir hal ehwal yang berkaitan zakat iaitu kutipan dan agihan zakat kepada asnaf yang layak menerima bantuan zakat.

Tujuan program penswastaan zakat..

    1)  Usaha untuk meningkatkan jumlah pungutan zakat di beberapa buah negeri. Contohnya pusat zakat Selangor telah ditubuhkan sebagai satu institusi untuk mengutip zakat.

    2)  Usaha penswastaan ini merupakan salah satu kempen kesedaran yang berterusan yang bertujuan untuk menambahkan jumlah kutipan zakat.

Terdapat dua faktor yang menyebabkan jumlah hasil pungutan zakat oleh JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI berkurangan dan Sebab berlakunya program penswastaan zakat ialah :

    1)  Ketidakpatuhan sesetengah individu untuk membayar zakat khususnya bagi zakat harta yang diittifa’ .

    2)  Berlaku bocoran kutipan zakat dimana individu tidak membayar zakat kepada institusi zakat tetapi membayar terus kepada asnaf. Ini menyebabkan jumlah kutipan zakat oleh institusi zakat berkurangan walaupun individu telah membayar zakat.

Tindakan yang perlu diambil untuk meningkatkan kesedaran dan penswastaan institusi pungutan dan agihan zakat ialah :

 v Program kesedaran dan pemahaman tentang zakat perlu lah dijalankan. Menyebarkan maklumat tentang kepentingan membayar zakat melalui media massa, seminar, ceramah, dan kursus yang dijalankan.

 v Persoalan yang timbul ialah Walaupun program kesedaran telah diadakan yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk membayar zakat namun masih terdapat segelintir individu yang tidak membayar zakat melalui pusat zakat malah membayar secara terus kepada golongan asnaf. Tindakan sedemikian menyebabkan tiada rekod pembayaran zakat dan jumlah kutipan zakat berkurangan walaupun individu tersebut telah membayar zakat .

  
Kelemahan dalam pembayaran terus kepada asnaf ialah.. :

    1)  Berlaku pertindihan dalam agihan zakat. Mungkin asnaf memperolehi zakat sebanyak dua kali iantu dari pihak zakat dan juga individu yang membayar terus kekepada asnaf



Mungkin ada alasan / factor yang menyebabkan individu enggan membayar zakat secara terus kepada institusi akat....  antara faktor-faktornya ialah… :

 Ã˜ Pengurusan yang tidak cekap
-         KERANA KAEDAH PENGURUSAN ZAKAT ANTARA NEGERI ADALAH BERBEZA

 Ã˜ Pecah amanah

 Ã˜ Agihan zakat tidak betul

-         MASIH TERDAPAT ASNAF YANG TIDAK DIBANTU, INI DIKUATKAN LAGI DENGAN KEHIDUPAN MEREKA YANG TERBIAR DISIARKAN DI MEDIA MASSA. MEMBUKTIKAN BAHAWA AGIHAN ZAKAT TIDAK SAMPAI KEPADA MEREKA.

Ini akan menyebabkan tanggapan masyarakat terhadapat institusi zakat adalah negatif.  Walaupun laporan prestasi tahunan zakat menunjukkan peningkatan dalam kutipan dan agihan zakat yang memberangsangkan.
Ini menerangkan bahawa jika nama baik sesebuah institusi zakat terpelihara maka tidak akan wujud sebarang sebab kenapa masih ada pembayar zakat tidak membayar zakat secara institusi formal.
Ini mungkin menyebabkan kenapa individu enggan membayar zakat secara formal melalui institusi kutipan zakat.

Selain proses penswastaan zakat yang meningkatkan jumlah hasil zakat, kajian menunjukkan masih terdapat factor lain yang meningkatkan jumlah hasil zakat iaitu :

    1)  Faktor pertambahan pembayar zakat

    2)  Peningkatan dalam jumlah hasil pendapatan individu yang disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi.

Factor individu membayar zakat secara terus kepada institusi formal ialah…:

    1)  Puas hati individu terhadap agihan dan pengurusan zakat yang   

        efisien.




Langkah yang perlu diambil oleh institusi zakat untuk menggalakkan pembayaran terus kepada pusat kutipan dan agihan zakat ialah…:

v Pihak urusan zakat khususnya anak syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal zakat perlulah sentiasa memperbaiki perkhidmatan mereka.

v Memastikan pengurusan zakat secara cekap bukan sahaja dari aspek kutipan malah dalam aspek agihan zakat

v Hubungan puas hati dengan pembayaran zakat adalah berhubungan positif. Peranan perasaan puas hati adalah penentu kepada tempat pembayaran zakat oleh individu.


Bocoran zakat : bocoran ini berlaku apabila terdapat individu yang enggan membayar zakat melalui institusi format tetapi membayar secara terus kepada asnaf.ini menyebabkan tiada rekod pembayaran zakat dicatatkan dan ianya terkeluar daripada jumlah hasil kutipan zakat.





Saturday 22 December 2012

PEREMPUAN DGN CINTA


MENANGIS BUKAN BERERTI MANJA....




PEREMPUAN JUGA SIFATNYA PEMAAF.. 



PEREMPUAN AKAN SETIA PADA CINTANYA


and one more, boys u should know that true love is when girl really care about you and still by urside even u did many mistakes and hurt them... 




my sincerely :






MaSjiD sEbAgAi iNsTiTuSi PuNgUtAn ZaKat

ini merupakan perkongsian bersama.. setelah penat belajar maka tiba lah masa untuk mencurahkan / memuntahkan apa yang diperolehi dalam blog ini..ini merupakan salah satu topik dalam subjek dasar fiskal dan dasar kewangan islam.. :)


wujudnya masalah dalam pengagihan zakat oleh institusi zakat. hal ini kerana jurang perhubungan antara pihak pengurusan zakat dengan asnaf sehingga setiap tahun pasti akan berlakunya lebihan zakat yang tidak dapat diagihkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. pusat pengurusan zakat juga tidak dapat mengenal pasti secara tepat golongan yang selayaknya untuk mendapatkan zakat sehingga masih ada golongan asnaf yang masih hidup dalam serba kekurangan.. agihan zakat yang tidak adil ini  gagal untuk mencapai kebajikan sosial masyarakat. hal ini kerana, semakin luas kawasan yang dipertanggungjawabkan oleh sesebuah pusat pengurusan zakat maka semakin luas jurang perhubungan antara asnaf dan pengurusan zakat.perkara ini semakin rumit jika pengurusan zakat diurus secara berpusat.

 Oleh itu, masjid dicadangkan sebagai pusat pengurusan zakat. hal ini kerana, masjid merupakan  institusi islam yang sangat penting bermula pada zaman rasulullah sehingga pada hari ini. peranan masjid perlu diperluaskan dan diperhebatkan lagi kerana banyak masalah telah muncul dalam aspek ekonomi, politik dan juga sosial. hal ini berpunca daripada masyarakat islam itu sendiri semakin menjauhi masjid.

pada zaman rasulullah s.a.w, peranan masjid sangat luas bukan sahaja dalam soal ibadat namun dalam soal yang berkaitan ekonomi, politik, dan juga sosial.  masjid merupakan salah satu pusat yang penting dimana keimamanan seseorang bermula dengan masjid. seperti yang telah dijanjikan oleh ALLAH SWT. sesiapa yang mengimarakkan masjid akan dijanjikan kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat dan mendapat petunjuk. oleh itu, pengurusan zakat perlulah diselesaikan bermula di masjid sebagai institusi utama komuniti islam .

dicadangkan agar masjid jami' dijadikan sebagai cawangan pungutan zakat





KELEBIHAN masjid sebagai pusat pungutan zakat :

1) dapat meningkatkan imej islam dengan peranan masjid yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadat tetapi untuk ekonomi dan imej institusi pungutan zakat.

2) untuk memartabatkan peranan masjid dalam aspek pengurusan zakat.

3) dapat menyelesaikan masalah geografi yang luas dalam pengurusan zakat.

4) mendekatkan golongan asnaf  dan pemberi zakat dengan masjid dan seterusnya mendorong mereka untuk mengimarakkan masjid.

5) memudahkan penerima zakat (golongan asnaf) untuk memohon bantuan zakat.

6) memberi peluang kepada pusat zakat untuk mengenali penerima zakat yang selayaknya

7) penyakit sosial dalam dielakkan.

8) mendekatkan jurang perhubungan antara amil dan juga golongan asnaf.


persoalannya, siapakah yang akan dipertanggungjawabkan dalam pengurusan zakat ini...?
menurut pada zaman kolonial, para ustaz atau imam di masjid yang berperanan sebagai amil  memandangkan masyarakat islam amat menghormati dan mempercayai mereka dalam pengagihan zakat secara adil.

 menurut sejarah pre-kolonial juga, imam merupakan individu yang dihormati oleh masyarakat kerana beliau merupakan ustaz yang membimbing masyarakat dalam hal ehwal yang berkaitan dengan ibadat, serta menguruskan zakat.

CADANGAN : maka lantiklah imam sebagai amil dengan bergaji penuh, berjawatan tetap, dan profesional supaya dapat mengelakkan tanggapan masyarakat bahawa amil yang diulantik tidak profesional dalam hal yang berkaitan pengurusan zakat

CADANGAN : imam pertama fokus kepada hal yang berkaitan ibadat manakala imam kedua disamping bergilir menjadi imam, boleh la dicadangkan untuk memegang jawatan yang fokus dalam menguruskan hal ehwal perekonomian terutamanya zakat.

Thursday 20 December 2012

PESANAN KEPADA ADAM

hati perempuan itu lembut dan sangat sensetif dengan kasih sayang.. seperti ibu kamu menjaga kamu dengan penuh kasih sayang... seperti itu lah diibaratkan perasaan perempuan...

 kamu bakal imam.. pembimbing dalam keluarga.. bakal ayah kepada zuriat2 kamu kelak.. maka jagalah perempuan dan zuriatmu daripada perkara yang kotor..



jangan lah ada batas dalam erti menyayangii.. sayanglah si dia setiap masamu tanpa mengira kelebihan dan kelemahan.. jangalah curang bila berjauhan..kerana cinta sejati tidak mengajar untuk menyakiti bila berjauhan... setialah kepada pasangan nescaya ALLAH akan berikan seorang yang setia kepada kamu.... ^^ 



**....what u give, u will get it back... **




LAGU DAN MAKNA YANG TERSIRAT

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku
Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu
Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu....

lagu nie okey jugak.. smgt tuk sape2 yang bercinta jarak jauh... untuk tambahkan keyakinan perasaan cinta kepada si pasangan... tapi yang terbaik ini lah yang ditunggu oleh si dia.. doa dalam setiap harimu... ^^



DEWAN EKONOMI

dewan ekonomi..???? ini sebenarnya majalah dewan ekonomi..huhuuu~ saya pun baru terjumpa majalah nie.. alhamdulillah majalah yang best yang banyak berkait dengan ekonomi negara.. then part yang paling best ialah part EKONOMI ISLAM maknanya majalah ini adil dalam memaparkan ekonomi dari sudut konvo dan islam.. dalam part eko islam.. kita boleh mengetahui macam2 yang berkaitan dengan eko yang menurut syariat islam.. seperti pengagihan zakat, pengurusan harta dan sistem perbankkan islam...

 first time baca majalah ini.. hati tertarik dan jatuh hati...itu lah orang selalu berkawan dgn perpustakaan, kita berkawan dengan bilik dan buku2 yang ada ja..huhuu~ (insaf diri sendiri).. ianya berguna lebih2 lagi kepada mereka yang ingin mengetahui kedudukan ekonomi semasa...




mungkin bagi mereka yang berminat untuk mengetahui isu-isu semasa berkaitan ekonomi negara, pelaburan, dasar-dasar kerajaan dan info berkaitan perbankkan boleh la menggunakan majalah ini sebagai rujukan....:)

DIVIDEN ASB 2012 DAN HUKUM PELABURAN ASB

Adakah pada tahun 2012 ini dividen akan meningkat atau pun kekal ??? Atau sebaliknya??? Sama-sama kita nantikan keputusannya kelak..

mungkin juga akan naik berikutkan politik yang hampir iaitu PRU13..  mungkin.... 




kalau kita menganalis dividen ini... dari 2009-2011 dividen sentiasa meningkat walaupun peningkatannya kecil.. mungkin 2012 juga akan meningkat oleh sebab faktor2 tertentu..


di bawah ini pula berkaitan hukum pelaburan ASB..




ini merupakan beberapa hujah yang di ambil daripada laman fatwa kebangsaan.. antara hujah-hujahnya ialah:


  1. Hifz al-mal merupakan salah satu masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.
     
  2. Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar. Dalam hal ini, Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas
     
  3. Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.
     
  4. Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.
     
  5. Dalam isu pelaburan yang bercampur antara HALAL dan HARAM, telah jelas bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam SEKTOR KEWANGAN di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.
     
  6. PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan.


tapi kalau masih wujud anasir gharar (ketidakpastian) dengan pelaburan ASB better elakkan melabur dalam ASB.. :)... 

Saturday 15 December 2012

JANJI ITU BETUL2 JANJI YA.. :)


haaa.... bila korang ade yang da buat silap.. curang tanpa sengaja.. tapi sha terfikir ade ker curang tanpa sengaja..?? what ever la... huhuuu~

JANJIKU_SOFAZ
Berulang kali ku mencuba memujuk dirimu cuba menjernihkan...
Pertelingkahan antara kita berdua...
Kau hilang dan terus membisu beginikah cara kau menghukum aku...
Atas kesilapanku menduakan dirimu...
Maafkan aku...

Tak terlintas difikiranku melukai kamu permainkan cinta
Yang telah kau berikan sepenuhnya padaku..
Tiada dua atau tiga pengganti dirimu pada kau yang satu
Ku abadikan cinta selamanya
Hanya padamu kekasihku...

Bukakanlah pintu hatimu
Izinkan aku kembali padamu...
Ku sesalkan perbuatan ku ini
Tak akan berulang lagi ku janji...
Terimalah ku kembali kasih...

Biarpun ribut melanda namun tetap aku berdiri menunggu
Agar terbukti janjiku padamu...
Tidakkah terdetik hatimu untuk memaafkan kesalahan aku
Berikan peluang sekali lagi...
Hanya ku pinta...

Bukakanlah pintu hatimu
Izinkan aku kembali padamu...
Ku sesalkan perbuatan ku ini
Tak akan berulang lagi ku janji...

(Bukakanlah pintu hatimu
Izinkan aku kembali padamu...
Ku sesalkan)
Bukakanlah pintu hatimu
Izinkan aku kembali padamu...
Ku sesalkan perbuatan ku ini
Tak akan berulang lagi ku janji...
Terimalah ku kembali kasih...
BILA SI DIA DA TERIMA TUEH...! JANGAN DUK GATAL NAK REPEAT LAGI... bila DaH betul2 dah TERBUANG.. nasi da jadi buBUR, orang xkan ambik dan simpan malah terus buang.. heeee~... :)  

p/s : next tolong jaga sekeping hati dan belajar menghargai orang lain .. k...! peace... <3 caring and loving to all people... 

hati itu sangat bernilai kerana bila ia disakiti.. ianya sangat memerlukan masa untuk mengubatinya kembali. mencegah itu lebih baik dari mengubati... peace no war.. ! :-)

Thursday 13 December 2012

KEKUATAN DAN KETENANGAN



selalu bila kita jauh dengan tuhan, kita akan mudah terleka.. fikiran kusut... hati tidak tenang...  sungguh hala tuju kita melayang-layang... namun bila kita hendak mencari kekuatan dan ketenangan.. kita selalu lupa bahawa mudahnya untuk mendapatkan nya.. kita mungkin mudah terdedah dengan hiburan dan lepak2.. saya juga banyak melakukan kesilapan dalam mencari kekuatan dan ketenangan.. rupanya mudah untuk kita mendapatkan nya...





bila  saya terasa lemah dan merindu mereka.. mereka selalu berpesan supaya saya selalu ingat yang ini adalah ujian dari DIA. mereka sangat bermakna untuk saya. ahmad zayyad.. mama berpesan jauh saya kerana menuntut ilmu, bersabar lah,, bukti kan achik boleh melakukan nya demi masa depan..demi mama abah.. terasa ingin dekat dengan kalian semua.... lemah....  itu lumrah manusia.. lemah dan kuat hanya akan diperolehi bila kita dekat denganNYA.. bila kita selalu ingat bahawa DIA sebenarnya sentiasa ada untuk Hamba-hambanya, nescaya kita akan kuat...

dengan kata-kata semangat ini juga.. kita akan kuat.. bila tiada kata semangat dan nasihat . kita pasti lemah.. benar lah kata sahabat saya. tanpa tarbiah diri kita pasti rebah...


#semoga aku terus punya kekuatan untuk meneruskan ujian dariMU, Sedang diri ini banyak kejahilan dan penuh dengan lumpur-lumpur dosa.