Sunday 6 January 2013

SAY NO TO MIGRAIN...

sha nie dah lame pengidap migrain tegar.. bila dah kene migraine, tubuh automatik jadi manja..kalau situasi, ataupun cuaca yang x sesuai dengan tubuh badan or tertekan sikit.. senang dapat migrain.. rasa separuh mati bila kena migrain.. ibarat mayat hidup.. lesu terus bila migrain menyerang.

korang nak tahu x migrain tue ape..? meh sha explain serba sedikit.hehee..
Migrain tue  sejenis penyakit di bahagian kepala. sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. 

penyebab kepada migraine ialah saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain. ( tapi dalam kes sha nie, sha x rasa keturunan, sebab mama abah bebas dari migraine.. ) 

nie pulak tanda2 migraine yang sha salu rasa..
- rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. kadang rasa  juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum betul2 kene attack.. YA ALLAH.. sakitnya DIA sahaja yang tahu.. kadang serik bila kene attack.. namun 
ALHAMdulillah, sakit itukan penghapus dosax2.

okey tip untuk atasi migrain.. SAY NO TO MIGRAINE.. 


1. Rehat / baring di dalam tempat yang gelap dan sunyi.
(sangat suka keadaan yang tenang bila kene attack.. sgt marah bila bising2.. haha.. sha xde la garang.. )
2. Mandi. Dengan basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki membawa ke atas badan dan ke kepala) 
3. Amalkan sujud setiap pagi. Memang la kan sebab solat subuh :-p
4. Baring atas katil tapi kepala terjuntai ke bawah. Untuk mengalirkan darah ke dalam kepala. (nanti dapat rasa darah mengalir kat kepala, dan pada mulanya ia akan rasa sakit)
sabar lah ini semua kifarah dosa..
5. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais dalam tuala dan tekapkan pada mata.
6. Urut bahagian atas mata. Atas kening tu. Urut sampai rasa migraine lega sikit
7. Amalkan minum air mineral ECPI
8. Elakkan terkena cahaya matahari atau cahaya lampu yang terang

tangani stress, tangani migraine. say no to stress and say no to migraine.. ^^

No comments:

Post a Comment