Tuesday 8 January 2013

Profesion Amil


PROFESIONAL AMIL DALAM MPENGURUSAN ZAKAT

Professional amil telah wujud pada zamal Rasulullah s.a.w manakala kutipan dan pengagihan zakat juga dilaksanakan pada lokasi yang sama. Ini bermaksud zakat dikutip dan diagihkan di kawasan yang sama dan tiada lebihan zakat dibawa ke  kerajaan pusat.

Tiada fakta atau laporan yang menunjukkan lebihan dana atau zakat diagihkan ke kawasan lain ketika zaman rasulullah S.A.W. Pada zaman tersebut, Rasulullah telah menggunakan khidmat amil untuk mengutip  dan mengagihkan zakat. 

Ini secara tak langsung, membuktikan bahawa kaedah lokalisasi kutipan dan pengagihan zakat telah berlaku pada zaman tersebut.

Konsep lokalisasi ini perlu dilaksanakan untuk mengatasi kewujudan masalah seperti jumlah lebihan zakat yang tidak diagihkan setiap tahun oleh kebanyakan negeri di Malaysia.

 Isu ini berlaku disebabkan oleh jurang perhubungan antara pihak institusi zakat dengan golongan asnaf.

Pihak pengurusan zakat dikatakan tidak dapat mengenal asnaf yang berkelayakan secara tepat  terutamanya golongan miskin dan fakir.

 Hal ini kerana, semakin besar kawasan yang dipertanggungjawabkan maka semakin luas jurang perhubungan yang wujud antara asnaf dengan  pihak pengurusan zakat. Isu ini akan semakin menjadi-jadi  jika ia dilakukan secara berpusat.

Oleh itu, dicadangkan kaedah lokalisasi dan amil professional untuk mengatasi masalah ini. 

Apabila kaedah lokalisasi diwujudkan maka proses desentralisasi kuasa adalah perlu. 

Desentralisasi pengurusan zakat ini tidak bertentangan dengan syariat islam kerana kaedah ini adalah bertujuan  menjaga kepentingan golongan fakir dan miskin serta asnaf yang lain. 

Kaedah lokalisasi ini telah dipraktikkan dengan jayanya di zaman rasulullah s.a.w lagi dan semestinya ia mempunyai banyak kelebihan.

Dalam aspek pengurusan zakat, amil tempatan lebih mudah mengenal pasti keseluruhan asnaf di kawasan masing-masing  terutamanya keperluan oleh kumpulan fakir dan miskin dan berusaha meningkatkan  tahap kehidupan mereka.

Institusi zakat perlulah memartabatkan profession amil  menjadi professional  terutamanya untuk menjayakan dan melaksanakan konsep lokalisasi pengagihan zakat.

 DUA perkara yang perlu diberi perhatian oleh institusi zakat iaitu :

Pertamanya amil perlu diperkasakan lagi dengan mewujudkan  jawatan yang tetap, gaji yang penuh setiap bulan dan bertugas sepenuh masa sepanjang tahun.
Jawatan amil ini perlulakh dijadikan jawatan amil yang professional bermakna perlantikan amil perlu mempunyai akademik yang tinggi dan berpengetahuan ilmu agama yang luas serta menjadi contoh dan ikutan akhlak murni.

 Ini akan meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap amil yang dilantik dan kritikan terhadap amil. Selain itu, pengurusan zakat juga akan efisien serta cekap.

Kajian mendapati bahawa amil sementara yang bertugas di mukim atau kampung lebih mengenali masyarakat setempat kerana lebih banyak pengalaman bersosial bersama masyaraka dan mesra dengan mayarakat.

Kesimpulannya, Amil amat berperanan penting dalam pengurusan zakat. Oleh itu professional amat perlulah di mantapkan agar matlamat dapat dicapai dan isu dalam pengurusan zakat dapat diatasi dengan cemerlang. Untuk menjayakan pelaksanaan lokalisasi zakat,amil yang berkualiti diperlukan di peringkat mukim agar ia dapat menyokong kualiti pengurusan zakat di peringkat daerah dan negeri. Amil yang berkualiti terdiri daripada beberapa aspek yang perlu dititik beratkan iaitu sahsiah, akhlak, tahap pendidikan yang tinggi, tahap pengetahuan agama yang luas serta diterima oleh masyarakat.

ISU ZAKAT
1)  Lebihan zakat setiap tahun

2)  Jurang perhubungan pihak zakat dengan golongan asnaf

3)  Nilai keagamaan dalam golongan asnaf

4) Agihan zakat kepada golongan asnaf

Faktor
vJumlah zakat yang meningkat setiap tahun
1) Kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk membayar zakat

2) kemudahan yang disediakan untuk membayar

vZakat – potongan gaji, bayaran di institusi bank dan bukan bank

vWujud isu lebihan zakat dan agihan zakat kepada golongan asnaf

vLebihan zakat disebabkan oleh jurang perhubungan antara pihak zakat dengan golongan asnaf.

vFaktor semakin luas kawasan zakat yang dipertangungjawabkan oleh kakitangan zakat, maka semakin luas jurang perhubungan antara gol asnaf dan pihak zakat.

-        Pihak pengurusan zakat tidak dapat mengenal pasti golongan asnaf secara tepat.

-         

Cadangan

Kaedah lokalisasi zakat
Mengecilkan kawasan tanggungjawab dalam pengurusan zakat (kutipan dan agihan zakat)

Proses desentralisasi kuasa
Pusat pengurusan zakat perlu mengagihkan kuasa memungut dan mengagihkan zakat kepada kakitangan di lokasi tempatan seperti daerah, mukim, dan kariah.

Dimana lokalisasi zakat perlu diadakan…?

~masjid..

Siapa yang perlu dipertanggungjawabkan ….???

~Dicadangkan amil.

Bagaimana masjid dan amil mampu menjayakan proses pengurusan zakat… ????

Masjid..
Sebagai tempat

Kesan : akan meningkatkan keberkesanan proses pengurusan zakat di lokasi tersebut.

No comments:

Post a Comment