Thursday 10 January 2013

(O_O) CEMBURU DAN KESANNYA (O_O)

pada pendapat sha la kan.. cemburu nie ada 2 impak.. pertama positive dan kedua negative.. jika terover cemburu pun xboleh jugak... akan memudaratkan perhubungan korang.. so cemburu dan kasih sayang kene seimbang barulah xde yang terlebih dan terkurang...(TERLEBIH KASIH SAYANG TAKPA, JANGAN TERLEBIH YANG LAIN) :D cemburu yang positive dimana cemburu itu membuatkan korang berusaha menjadi lebih baik untuk pasangan dan menegur pasangan jika ada sesuatu yang membuatkan korang rasa x senang duduk.. 

cemburu tanda sayang, tanda pasangan prihatin dan kasih dengan diri kita.. kalau dia tak sayang buat ape dia nak cemburu kan.. burn time ja..huhuu..

lelaki yang baik akan cemburu bila lelaki rapat mahupun pandang pasangannya.. kerana dia tahu sifat lelaki macam mane. buaya darat.. bila dibiarkan akan melarat.. :) cemburunya ada makna kerana dia menginginkan pasangan nya untuk menjaga diri hanya untuk nya.dia akan menegur kita cara berpakaian yang baik dan pergaulan kita kerana dia xnak lelaki lain pandang mahupun ambik kesempatan keatas kita dengan pandangan bernafsu.. cemburu ini cemburu yang positive kerana dengan cemburu, pasangan akan menjaga kita.. beruntung kalau korang dapat lelaki seperti ini.. jangan pulak korang tambah sakit hatinya dengan kayu tiga, kayu empat.. isyh3.. no.no.. don't be like that.. (*_*)

 perempuan pula akan cemburu jika pasangannya bergurau senda dan rapat yang berlebihan dengan perempuan lain kerana mereka tahu hati kaum mereka adalah lembut dan mudah jatuh hati dengan lelaki yang rapat dengan mereka. mula lah nak perasan lelaki suka kat dia dan menapak untuk mengorak..hahaa..^^

 Perasaan cemburu adalah normal dalam sesuatu perhubungan. Namun, terdapat segelintir pasangan yang mempunyai perasaan cemburu yang meluap-luap sehingga perasaan cemburu itu menjadi tidak normal. Perasaan cemburu ini dikenali sebagai cemburu buta. Cemburu buta boleh mendatangkan keretakan terhadap sesuatu perhubungan. Pasangan akan mula rasa rimas dan akan cuba mengelakkan diri dari pasangan yang cemburu buta. Jika anda adalah seorang yang cemburu buta, sesuatu perlu anda lakukan agar hubungan anda dan pasangan kekal harmoni.


pssstt Cemburu tandanya sayang, tapi cemburu buta, sayang boleh melayang. Bye sayang…Oh..don’t don’t... ( sila kawal perasaan cemburu anda. Jangan biarkan diri anda diselubungi perasaan cemburu buta.. sama2 jaga perhubungan.. jangan kerana cemburu menguasai diri, timbul dendam di hati.. dari sayang kepada benci.. jangan sampai tahap mcm tue sudah la yea.. seraaammmm.....)


conclusion : sama2 jaga perhubungan, kalau dah tahu sesuatu yang pasangan tak suka, cuba elakkan... yang mana boleh meretakkan hubungan, sila jauhkan.. jika ada yang ketiga, jauhkan yang ketiga kerana third party hanya boleh merosakkan hubungan... jadilah yang terbaik untuk pasangan.. seperti kata my lovely one : WALAUPUN KITA X BOLEH MEMUASKAN HATI SEMUA PIHAK SEKURANGNYA KITA CUBA PERBAIKI KEADAAN KE PERHUBUNGAN YANG LEBIH BAIK..

No comments:

Post a Comment