Saturday 12 January 2013

AnDaI IKhLas DaLaM mEnYinTAi


andai keikhlasan di hati, kamu tidak mungkin akan melukakan perasaannya kerana kamu tahu pentingnya sebuah perasaan..
andai keikhlasan di hati, kamu tidak mungkin akan mendustakan kata2 mu kerana kamu tahu kata2 mampu merosakkan perhubungan..
andai keikhlasan di hati, kamu tidak mungkin akan menduakan perasaannya kerana kamu tahu sakitnya bila dicurangi...
andai keikhlasan di hati. kamu tidak mungkin akan terus di takuk lama kerana kamu pasti ingin kebahagian dan perubahan yang baik untuk masa depan..
andai keikhlasan di hati, kamu tidak mungkin akan merosakkan dirinya kerana kamu sayang dan ikhlas mencintainya...
andai kejujuran di hati, kamu pasti berusaha mengubah diri kamu.. menyunting dirinya melalui walinya dan membimbingnya bersama kamu mencapai jannahnya.. 

Allah SWT tidak menciptakan wanita dari kepala lelaki untuk dijadikan atasannya. Tidak juga Allah SWT menciptakan wanita dari kaki lelaki untuk dijadikan bawahannya. Tetapi Allah menciptakan wanita dari tulang rusuk lelaki, dekat dengan lengannya untuk dilindunginya, dan dekat dengan hatinya untuk dicintainya.
Allah tidak menciptakan wanita atau sebagai barang pertukaran,  apatah lagi sekadar objek buat lelaki. Tetapi Allah menciptakan wanita sebagai teman yang mendampingi hidup Adam tatkala kesepian di syurga. 



ikhlas lah dalam berkasih sayang....... disitu lah kebahagiaan akan diperolehi.....



No comments:

Post a Comment