Tuesday 30 October 2012

@@....siapa kita untuk menilai orang lain...@@



" Dalam kehidupan seharian yang kita lalui, kita mudah sekali menilai orang lain, dengan sekali pertemuan kita mudah sekali melabel orang itu dan ini, sedangkan tidakkah ketika kita bertemu orang yang kita labelkan sombong itu sebenarnya tidak begitu, orang yang kita labelkan pendiam adalah sebaliknya. Kita harus memahami dengan umur yang Allah s.w.t berikan ini kita sebenarnya masih belum mengenali diri kita sendiri, justeru itu bagaimana pula dengan waktu yang singkat kita boleh menilai orang lain.. .. "

 benar lah seperti kata2 nasihat di ats.. sy sendiri tidak pernah terlepas dari mengalami situasi seperti ini.. moga diampunkan oleh ALLAH.. 


waktu secondary school dulu, pernah tersalah menilai seorang hamba ALLAH.. lastly, die mendapat keputusan paling gempak di sekolah.. SubhanaALLAH... sungguh siapakah kita dalam menilai orang lain....??

sebagai umat yang beragama islam, ajaran Islam sendiri tidak menganjurkan kita untuk menilai seseorang, berprasangka dan membuat tohmahan dan sebagainya tetapi diajar kepada untuk membuat muhasabah terhadap diri sendiri supaya kita dapat mengenali sebenarnya potensi fitrah kita.

kenapa kite berprasangka buruk adalah kerana bisikan syaitan.. syaitan punya dua matlamat iaitu mezahirkan yang buruk kepada yang baik.. dan  mengajak kita berprasangka buruk yang mana hanya memecah belahkan ukhwah dan persaudaraan antara kita...


seperti yang terdapat dalam blog yang telah saya kaji ialah...

Prasangka buruk adalah sifat yang boleh menjadi racun berbisa yang 
akan memusnahkan jiwa nurani seseorang insan.  Silaturahim yang terputus amat sukar untuk diikat kembali jika sifat ini terus menjalar dalam saluran urat nadi perasaan manusia. 

 Apatah lagi jika menyangka seseorang yang memohon maaf dan menunjukkan budi pekerti yang baik itu hipokrit kerana ingin mengambil hati semata-mata.  Hanya Allah yang mengetahui apa yang ada dalam hati hambanya.  

Dalam memafkan dan menerima semula seseorang sebagai sahabat, hindarilah diri daripada menyimpan dendam dan prasangka buruk.  Ikhlaskan hati dengan menyuburkan sangkaan baik terhadap orang yang pernah melakukan kesilapan, insaf dengan segala perbuatan dan memohon maaf kepada kita.


Berwaspada perlu, tetapi jangan bersangka buruk.  Firman Allah
(maksudnya), 

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah
ada antara kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kamu berasa jijik...”(Surah al-Hujurat ayat: 12).



.




nauzubillah.. andai dulu sy juga pernah tersalah menilai dan mentafsir kalian... kini sy sedari... setiap manusia punya kebaikan dan keburukan tersendiri...  begitu juga dengan diri ini... bersama kita menilai diri kita dahulu sebelum kita menilai insan lain.. semoga masih ada ruang dalam membina perhubungan yang lebih erat..

Monday 29 October 2012

TENTANG RINDU

pagi nie baru sampai kolej, then hati mula merindu maka tercetus idea untuk menulis tentang RINDU.. walaupun asignment masih banyak.. namun, sy akan cuba siapkan perlahan-lahan.. :) jum bicara tentang rindu..

____________________________________RiNdu________________________________________
rindu itu satu anugerah dari ALLAH...
 kadang bila kita sunyi, berjauhan, keseorangan dan kesusahan...

rindu pasti terdetik...
 samada kita rindu pada seseorang, tempat, kenangan lalu mahupun rindu pada ketenangan, rindu pada kebahagian, rindu pada kedamaian hati..

rindu banyak tafsirannya...
 Setiap orang juga mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan rasa rindu. termasuk juga dengan diri saya.. bila rindu pada mama abah mahupun orang tersayang,sudah pasti sy ingin berhubung dengan mereka melalui alam maya mahupun reality.. bila rindu pada kenangan lalu, sy pasti akan menangis kerana terkenang kenangan itu..

 namun lain orang, lain ragam..
 Ada juga yang menggunakan kata-kata, lisan dan perbuatan. rindu adalah anugerah dalam perasaan dimana cara mengubatinya ialah datang dekat kepada sesuatu yang dirindui.. contoh bila rindu pada ketenangan.. kita hendakkan lah perbanyakkan ibadat, basahkan lidah dengan zikrullah.. insyaALLAH.. KETENAGANG AKAN DATANG DALAM HATI KITA...sy juga rindu akan ketenangan di hati..

kebanyakkan, Rindu manusia seperti yang kita ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. semua orang pasti akan melalui nya termasuk juga diri saya.. rindu kerana mengasihi seseorang.. ini kerana. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.. 

Menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an , seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya.

Bahkan al-Imam Tahtawi radhiyallahu anhu menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah) , beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu :

“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.



Rindu kalau tidak di kawal atau ditangani dengan bijaksana boleh membuatkan kita sakit dan kadang-kadang timbul perasaan benci dengan perasaan rindu.. namun rindu pada ketenangan perlu diutamakan daripada kita merindui seseorang.. insyaALLAH.. sesungguhnya,saat ini sy juga merindui dirimu dan keluarga di sana... namun saya ingin perbaiki diri agar sy lebih merindui ketenangan hati agar bila hati sy tenang, sy mampu  menguruskan rindu kepada kalian dengan sebaik mgkin.

kadang-kadang merindui seseorang membuatkan kita sedar betapa pentingnya individu tersebut dalam diari hidup kita..pelu ke rindu tu dibalas ? insyaallah, kalau kita rindui seseorang itu dengan seikhlas hati kita, ALLAH akan sampaikan rasa rindu kita pada orang tu..tak percaya ke ?? boleh try dari sekarang untuk mula belajar merindui (n_n) 


sy rindu kalian yang satu ketika pernah dan sedang rapat dengan saya.. 

Tuesday 23 October 2012

SaBaR iTu PaHit TaPi HaSiLnYa LeBiH MaNis dArI mAdu


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



sabar adalah  kunci kepada kebahagian. sabar tidak bermakna kita tunduk kepada sesuatu tanpa berusaha tapi kita menjaga hati dari terus melakukan sesuatu di luar jangkaan dansesuatu yang tidak akan merugikan kita kelak. sabar antara langkah terakhir setelah kita berusaha, ia tidak bermakna kita menyerah kalah. manisnya kesabaran akan diketahui kelak.insyaALLAH.. 

sesungguhnya, setiap ujian itu adalah untuk menguji kesabaran dan keupayaan kita dalam menangani masalah dengan tenang.

seperti sabda rasullullah SAW yang berfirman, "Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui siapa yang berjihad dan siapa bersabar di antara kamu". (Muhammad: 31)

Rasulullah SAW bersabda, "Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi) 

Rasulullah SAW bersabda, "Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi) 









Ya ALLAH, sabar kan aku dalam meniti kehidupan ini... aku juga insan biasa, kadang banyak terdorong oleh bisikan syaitan dan gopoh dalam melakukan sesuatu. namun aku ingin belajar bersabar.. kerana aku percaya manisnya kesabaran pasti menjadi milik orang yang bersabar..


Monday 22 October 2012

KEHEBATAN MEREKA TIADA TANDINGAN




1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.


2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama


4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.tutk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah.Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8.) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

JODOH itu rahsia ALLAH..





KATA2 MOTIVASI DIRI

Selain support dari sahabat,saudara mara yang sentiasa bersama kita... kata2 motivasi juga mampu meningkatkan semangat dalam pelbagai aspek kehidupan seperti dari segi agama, bersosial, ilmu pengetahuan dan juga untuk diri sendiri ketika mengalami kesulitan..antara kata2 motivasi yang akan sha kongsikan ialah..











doa senjata kita sebagai hamba ALLAH...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
sering kali saya juga tertanya - tanya adakah doa  saya sudah cukup banyak dan adakah doa saya akan dimakbulkan oleh YANG ESA.. sedang diri masih penuh dengan kealphaan dunia.. maka saya mencari ruang dan masa untuk menjawab persoalan saya ini... jum bersama saya terokai ape yang telah saya jumpa dan ingin berkongsi dengan anda semua...


Daripada Abu Hurairah .a., bahawa (maksudnya) :

Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang hamba tentu akan dimakbulkan selama mana dia tidak berdoa yang isinya mengandungi dosa, untuk maksud memutuskan silaturrahim, atau minta segera dikabulkan". Ada seorang yang bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana yang dimaksudkan dengan meminta untuk segera dikabulkan?".

 Baginda menjawab, "Seseorang berkata, 'Sesungguhnya aku sudah berdoa dan berdoa, namun sehingga saat ini aku belum melihat doaku dikabulkan', sehingga saat itu juga dia merasa penat berdoa dan tidak mahu lagi berdoa". (Hadis riwayat Muslim)

Doa adalah senjata umat islam. Kita digalakkan supaya berdoa setiap hari. Doa tidak semesti hanya untuk diri kita. Kita sebenarnya boleh juga berdoa untuk orang lain, seperti keluarga, sahabat, jiran dan juga kepada sekelian umat islam yang lain. Tidak rugi kalau kita berdoa untuk orang lain kerana kebaikan doa tersebut akan turut diperoleh oleh mereka yang mendoakannya. Daripada Abu Darda' .a., bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):

Doa seorang muslim untuk saudaranya (sesama muslim) tanpa pengetahuannya adalah mustajab. Setiap kali dia memanjatkan doa kebaikan untuk saudaranya, dia atas kepalanya ada seorang malaikat yang berkata, "Amin. Semoga engkau juga beroleh perkara yang sama". (Hadis riwayat Muslim)

kita juga dilarang daripada mendoakan yang tidak baik.. seperti yang dinyatakan dalam hadis riwayat muslim ini...

Janganlah kamu mendoakan yang tidak baik untuk diri kamu, anak-anak kamu, dan harta kamu kerana boleh jadi doa kamu itu bertepatan dengan waktu yang mana waktu itu doa dikabulkan sehingga apa yang kamu mohonkan juga dikabulkan. (Hadis riwayat Muslim)




semoga kita sentiasa berdoa.... hanya dengan mengangkat tangan dan meminta padaNYA.. Semoga hidup dan urusan kita lebih baik di kemudian hari... aamiiinnn....


19/10/2012

tarikh ini bermakna umur sha dah menjangkau angka 2 di depan.. pejam celik pejam celik rupanya umur sudah meningkat.. semoga iman dan kesihatan semakin bertambah baik. dari hari berganti minggu, berganti bulan seterusnya berganti tahun..Ya ALLAH... cepat sungguh masa itu berlalu...


19/10/1992 ... tarikh sha dilahirkan oleh mama... tarikh dimana sha baru mengenal dan melihat dunia..  dan kini sudah 20 tahun, sha bersama abah mama dan keluarga.. alhamdulillah.. semoga doa2 dari sahabat, teman istimewa dan mama abah di hari ulang tahun kelahiran sha kali ini makbulkan.. aamiinn...

terima kasih buat kawan2 dari SMK SERING, KOLEJ TAFE SEREMBAN, KOLEJ MARA KUALA NERANG dan UKM yang mengucapkan "selamat ulang tahun kelahiran" dan mendoakan yang baik2 untuk sha.. serta hadiah2 dari kalian.. akan sha abadikan dan kenang sepanjang masa..

terima kasih untuk sahabat sha dari indonesia hafiza oktasia yang col sha untuk mengucapkan ulang tahun kelahiran serta kawan2 baik sha a.k.a ly2 yang belajar dari sekolah rendah hingga kini.. mereka sahabat terbaik yang pernah di anugerahkan kepada sha a.k.a ly2..

terima kasih sudi berkongsi kegembiraan bersama sha.. akan sha simpan dan kenang hadiah tersebut sepanjang masa. .. rata2 kalian menggunakan alam maya iaitu facebook yang sesuai dengan arus semasa yang semakin hari semakin canggih..

terima kasih buat insan istimewa yang sanggup bersusah payah buat kejutan walaupun cuaca seharian tidak mengizinkan, serta datang untuk menyambut ulang tahun kali inie walaupun angka jam sudah di angka burung hantu berjaga.. dan belanja makan serta magic mug yang paling sweet yang pernah sha dapat.. terima kasih...

ini kali kedua sha menyambut ulang tahun kelahiran di negeri selangor.. sebelum ini sha menyambut di KEDAH selama satu tahun.. dan kebanykan sha akan menyambut ulang tahun di negeri sendiri iaitu di kelantan.. kebiasaan nya sambutan hari lahir sha adalah ala kadar sahaja.. cukup sekadar buat ape yang patut..
.

terima kasih buat mama abah yang sanggup membesarkan sha dari kecil hingga kini... yang sanggup memarahi sha atas tujuan mendidik agar sha tidak bersikap manja dalam meniti liku2 kehidupan dan terima kasih kerana mengingati tarikh sha dilahirkan terutama mama... terima kasih abah kerana sudi col walaupun sudah lewat pagi semata untuk bertya khabar dan ucap "selamat ulang tahun" dan "jangan nakal2.. umur semakin meningkat.. cuba jadi matang" huhuuu~ terharu...



\











ULANG TAHUN KELAHIRAN

setiap tahun pasti akan ada tarikh keramat untuk diri kita dan ibu yang mengandungkan kita iaitu ulang tahun kelahiran kita.. kita harus bersyukur kerana masih diberi ruang dan nafas sehingga hari ini.. berterima kasih kepada kedua mutiara hati iaitu mama dan abah yang membesar dan mendidik kita selama ini dengan penuh kasih sayang dan teguran yang membina..

ada yang tertanya-tanya apakah hukum menyambut ulang tahun kelahiran dengan meniup lilin ( meniru budaya lain) beserta mengadakan pesta ulang tahun kelahiran.. di sini sha ingin berkongsikan hukum dan jawapan kepAda persoalan ini.. jum bersama sha terokai ape jawapan yang kita akan same2 ketahui..


Sebenarnya menyambut ulangtahun hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin baginda berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.
Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita mengingati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.
Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?
Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud: “Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.” (H.R. Abu Daud dan Ahmad)



Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barangsiapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah HARAM sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.
 Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.


boleh menyambut ulang tahun kelahiran dengan syarat tidak meniru budaya orang lain.. kerana meniup lain bukan dari agama islam tetapi agama kristian..

cara terbaik menyambut kelahiran iaitu dengan mengadakan solat syukur dan membaca surah yasin beserta berdoa semoga kita dipanjangkan umur... 

jawapan dipetik dari video UIA...

Sunday 21 October 2012

RAJIN VS MALAS...

. rajin itu penentu kepada rezeki dan kejayaan  namun malas itu penentu kepada kegagalan... choice in your hand. jom kita same2 berdoa agar sentiasa menjadikan diri kita seorang yang rajin. insyALLAH , kejayaan menunggu kita di hadapan hari.. RAJIN ITU UBAT ,MALAS ITU RACUN.

Saturday 20 October 2012

past year exam papers for students's ukm..


Past Year Exam Papers

Hi all,
I'm just here to share what I've just learnt from a friend - how to
download past year papers from PTSL digital library. Cool huh? =P

step 1:
go to http://ptsldigital.ukm.my/

step 2:
key in your user name : substitute the alphabet 'A' in your matrix
number with digit one '1'
example: A123456 becomes 1123456 and the password is the same as the
one you use to borrow books in the library

step 3:
in the database, search for "KERTAS SOALAN"

step 4:
key in the code of your course.
Example: If it's TITAS ZZZT1012, just key in ZT1012
if it's VVVB1493, just key in VB1493

step 5:
click "VIEW DOCUMENT CONTENTS"

step 6:
click "KERTAS SOALAN" to download.

For your information, some codes are not updated. The system is still
using the 'old' code.
or example, for those taking TITAS this semester, (if you refer to
your exam slip), the code is ZT1033, but it wont be available in the database.
I was told that the 'old' code was ZT1012, so i tried and i found a
few sets of past year questions.

For more information, please consult the librarians at 'Kaunter
Perkhidmatan Pelanggan, PTSL'