Monday 9 December 2013

LaKaR RiNdU MeLaLui TuLiSaN

terasa rindu..
pada mereka yang 'di sana'

air mata...
jangan sesekali jatuh...
jangan lemah...

kuat..
kuat..

setiap yang datang dariNYA, pasti kan kembali padaNYA..

diri juga tidak terkecuali..

Allah.. Allah.. Allah...

kuatkan hati2 kami yang kehilangan...
Pelihara mereka Ya ALLAH.. lapangkan tempat istirehat mereka....kurniakan mereka taman2 syurga..

rindu ingin ziarah...




Monday 23 September 2013

KEMBARA MENCINTAINYA

just a simple ME... nothing more.Hamba Dhoif yang masih berjuang dan masih meniti alam kehidupan penuh duri. 

✿ where there is love, there is life and me...dengan KASIHSAYANG semuanya akan bermakna 

✿ suka membaca tak kisah ape jua bahan bacaan, paling suka yang motivasikan diri sebab masih kurang motivasi diri. majalah solusi,Q&A,Gen-Q,blog islamik penulisan P ROF MADYA RASID MUHAMMAD

jom jelajah blog yang menarik seperti..


https://www.facebook.com/haslinda.alias.9?fref=ts

http://mujahadahcintaku.blogspot.com/2011/06/allah.html

http://keranakasihnabi.blogspot.com/

http://doaharian.blogspot.com/

http://shafiqolbu.wordpress.com/


✿ suka berfacebook ? tak salah malah dituntut guna wadah internet untuk motivasi diri dan masyarakat. 

JOM FOLLOW MEREKA DI FB :
Tentang Dia https://www.facebook.com/tentangdia93?fref=ts 

Mardhiah Mustaffa
https://www.facebook.com/mardhiah.mustaffa?fref=ts

✿ suka santapan rohani dan motivasi diri. sape cakap santapan rohani hanya ustaz/zah sahaja.. hehe .. 
pakar mata kita Dr Muhaya

♥ MOTIVASI DIRI♥ Dr.Muhaya ♥

CELIK HATI: BACA/DENGAR/LIHAT DENGAN MATA HATI
http://www.youtube.com/watch?v=yi7K8yGlWWw

✿ hiburan ? sape cakap saya tak suka hiburan.. suka sangat.. tapi bukan man2 yang dalam korea, KPOP.. mula2 ingat KPOP nie ape la.. ingat makanan yang dalam mulut yang metup2 tue hehe TAPI kalau gula2 lolipop suka laa... :D 

1116 SENARAI lagu2x, macam2x ade di: http://lagu-lagu-nasyid-abg-as.blogspot.com/2008/03/senarai-lagu-nasyid.html

RADIO? 
dengar yang baik,insya-Allah semuanya baik2
jom hiburkan diri sambil MengingatiNYA : http://www.nasyidfm.com.my/v1

VIDEO ?
http://www.youtube.com/user/radioikim/videos

Al-Quran ? kalau kita malas baca, sekurangnya kita cuba dengar dan hayati maknanya..
http://www.surah.my/1#1

JOM KEMBARA ILMU DI : 

http://kulliyyah.blogspot.com/

nak berjaya dunia kene ade ILMU,
nak berjaya akhirat kene ade ILMU,
nak berjaya kedua-duanya juga kene ade ILMU

rugi jika kita hanya utamakan ilmu dunia dan pinggirkan ilmu akhirat..sedang, ILMU itu cahaya hati.

namun.. masih banyak kekurangan dan perlu belajar lagi dan lagi dan ditegur serta ditarbiyyah, dan berdoa ditemukan dgn insan yang ingin same2 jihad dan membimbing dalam mencari keredhaan dan cinta ILAHI. subhanaALLAH..

doakan sya yea !! moga malaikat juga doakan kalian..

Saturday 20 July 2013

kehidupan satu proses pembelajaran

kita sebenar seorang penuntut ilmu sepanjang hayat.....
kita sebenarnya "student" dalam melayari kehidupan.....
non stop student...
setiap hari... setiap detik.. setiap masa...
kita akan face "something" dalam hidup kita..

kita diuji... 
kita belajar erti Kasih Sayang ALLAH...
dengan ilmu kita akan faham...
ALLAH sedang pandang kita dengan ujian.
.ALLAHURABBI
ALLAH uji tanda ALLAH sayang..
ALLAH nak tengok kesabaran kita dan bagi kita pahala..

kenapa...???
                                  sebab ALLAH nak bagi kita syurga megikut keimanan kita,...
                                        kita belajar BERSANGKA BAIK dengan pencipta...
kita tahu setiap kejadian pasti ade hikmat yang tersembunyi..
kita belajar tentang kesabaran dan keredhaan kepadaNYA...

kita diumpat/dihina/dikutuk...
kita belajar untuk tidak bersikap demikian...
kerana hati yang bersih tidak akan melihat kelemahan orag lain...
namun lebih menilai diri kita sendiri..
ALLAHURABBI.....
kita belajar dari kesilapan orang lain agar kita tidak menjejaki langkahnya..

kita berkawan dengan kawan2 yang soleh/solehah 
kita belajar mendekatkan diri kepada ALLAH..
kita berkawan dengan kawan2 yang nakal/liar/jauh dari peringatan..
serba sedikit kita akan turut berada dalam kelalaian..

ia satu proses pembelajaran.....
jadikan ia sebagai wasilah ALLAH hantar mereka kepada kita..
ALLAH pinjamkan mereka kepada kita 
untuk ape...????
untuk kita belajar daripada mereka
yang baik kita ambil..
yang tidak elok kita jauhi

hidup ini sebagai musafir ...
 musafir yang dhoif ilmu....
sedangkan ALLAH bagi banyak cara untuk kita belajar..
 ilmu ALLAH itu luas...
dengan masalah kita belajar menjadi matang...
pengalaman itulah ilmu kita...

pengalaman buruk bukan untuk disesali bahkan untuk kita belajar...
belajar MEMPERBAIKI DIRI...

dengan ilmu.. kita amalkan dalam real liffe (insya-ALLAH )
kerana dengan amal..
keimanan akan bercambah...

iman up and down...
strong and weak..

it need to recharge and recharge...
tanda kita berusaha mendekatkan diri kepada ALLAH
sedangkan kita tahu syaitan xpernah JEMU BERUSAHA untuk menyesatkan kita...


ALLAH... peliharalah aku... sedang aku juga hamba yang sedang meniti arus kehidupan...
belajar sehingga akhir hayatku... dekatkan hatiku dengan hati insan-insan yang mencintaiMU Ya ALLAH..


..




Sunday 7 July 2013

MARHABAN YA RAMADHAN

Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita melakukan perubahan pada diri kita. Bukan perubahan yang sementara, tetapi perubahan yang berterusan. Namun, ia bukanlah bermaksud kita perlu tunggu bulan Ramadhan baru nak berubah. Bulan-bulan lain pun boleh kerana Islam itu tidak bermusim.

"Kita hamba Allah, bukan hamba Ramadhan. Kalau orang lain mahu terbaik kerana satu perlumbaan, kita mahu jadi terbaik kerana Allah." INSYA-ALLAH..upgrade niat kita untuk mencari keredhaan dan rahmat ALLAH.

update and upgrade self






<3 SSS <3

Thursday 27 June 2013

Wasilah untuk Diri


19 SYAABAN - 28/6/2013

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah..Allah masih beri kita kekuatan untuk teruskan kehidupan di dunia ini..Alhamdulillah..
Diriku ini bukanlah sempurna.. diakui banyak kelemahan yang perlu diperbaiki terutama hati ini.. kerana semuanya bermula dengan hati.. baiknya hati kita, baiklah akhlak kita, baiklah akhlak kita baiklah hubungan kita dengan manusia (Hablumminasnas) dan juga dengan ALLAH(hablumminALLAH) mungkin orang sekeliling kita nampak kita hebat,mantap,kuat semangat, dan terbaik tetapi hakikatnya hanya Allah yang tahu. ALLAH Maha mengetahui ape lagi yang terdetik di hati, ALLAH maha mengetahui semuanya. Allah tutup aib kita sebab itu orang tidak nampak kelemahan kita.. SUBHANALLAH...


sha suka bila dapat ilmu dari usrah dan share apa yg sha dapat dari perkongsian tersebut, sha suka berkongsi ilmu dengan orang sekeliling dan sha senang hati apabila orang dapat mencurahkan ilmu serta menegur sha. tanpa tarbiyah kita pasti rebah. tanpa tarbiyah diri juga kita pasti hanyut dengan cinta dunia. nasihat yang baik ialah biarlah berhikmah. like slowtalk so much and love much..  tetiba teringat kat arwah pulak yang suka slowtalk. tenang bila menegur dan penuh hikmah.. kita yang mendengar pun tenang hati dan boleh menerima teguran :) mungkin orang akan ckp sha banyak cakap bila suka share itu ini.ehehe.. never mind. ilmu perlu dikongsi. asalkan ia ilmu yang bermanfaat. :) think positive didahulukan think negatif dielakkan.. apa yang sha katakan/kongsikan bukanlah untuk menunjukkan diri ini hebat..nauzubillahiminzalik.. jauh sekali untuk membangga diri. moga Allah jaga hati sha dan kita semua.. tetapi untuk wasilah dan kuatkan hati sha sendiri..memang sha suka bagi nasihat, peringatan dan teguran dan hakikatnya perkara yang sha buat itu adalahuntuk kuatkan sha untuk bangkit... sha jadikan ia sebagai teguran untuk sha jugak... untuk perbaiki diri sha.

Bila mana kita nampak seseorang itu mula berubah ke arah kebaikan,  janganlah mudah kita menghakimi orang tersebut.. berlapang dada..itulah jalan yang terbaik..dan sentiasa memberi peluang untuk menerima perubahan seseorang.. sebaik dan sealim kita belum tentu kita mendapat pengakhiran yang baik, dan seburuk seseorang belum tentu buruk pengakhirannya. ape yang penting pengakhiran hidup kita, jangan kita pandang kita baik, orang lain buruk sedangkan kita tidak tahu ape yang akan belaku hadapan hari. 


Dan bila mana kita dengar apa yang orang di sekeliling katakan tentang seseorang itu, tolong jangan terus berburuk sangka terhadap dia..yakin dan percayalah terhadap orang tersebut...dan anggaplah bahawa orang yang dikatakan itu sedang diuji oleh Allah..dan dalam masa yang sama Allah juga tengah menguji keyakinan dan kepercayaan kita terhadap orang itu..apa-apa pun mohon pada Allah agar memberi jalan yang terbaik..



husnuzon.. 

~moga setiap hari yang dilalui dapat memperbaiki hati dan diri ini ke arah yang lebih baik~

Wednesday 19 June 2013

(O_O) nOTeD tO SelF (O_O)




(O_O) JODOH URUSAN ALLAH (O_O)

percayalah Allah akan memberi yang lebih baik... Dekatkan diri pada pemilik rasa (ALLAH) dan sesungguhnya urusan tersebut(JODOH) adalah urusanNYA.... 

•.♥• SS & SSS •.♥•


Suatu hari nanti, sewaktu kita telah berkahwin dengan orang lain – bukan dengan si dia yang kita idamkan, nescaya kita akan takjub dengan kebahagiaan yang kita rasakan.

Jodoh adalah perkara ghaib. Tanpa ada seorang pun yang tahu bila dan dengan siapa kita akan berjodoh. Cinta dan jodoh tidak mengenal status dan ciri fizikal.

Bukan kerana kamu cantik maka para lelaki menyukaimu. Juga bukan kerana jejaka tersebut nampak alim dengan dakwah – dakwahnya lalu setiap wanita mendambakannya.

Bila hari ini Allah belum mempertemukan kita dengan orang yang kita cintai, insyaAllah ia akan datang esok atau lusa, atau bila – bila pun ia menghendaki, itu adalah sebahagian dari kekuasaanNya.

Terima Kasih Allah, Yang telah memberikan kenikmatan atas rasa ini dan menyelamatkan diri ini dari segala angan-angan kosong.

-cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah tiada-

(^_^) Ciri-Ciri Calon Menantu Pilihan ibu (^_^)

Calon Menantu Pilihan Ibu seperti...

1) Nailah Bte Farafishah Al-Kalbiyah
2) Fatimah Bte Abdul Malik
3) Siti Hajar
4) Siti Khadijah

Justeru, seperti itulah calon menantu pilihan ibu. Biar tidak pandai memasak, tidak pandai menjahit, tidak pandai berbuat kerja dapur, tetapi dia adalah seorang wanita solehah yang baik agamanya “

Engkau anakku, bukannya mahu mencari orang gaji, tetapi mahu mencari calon isteri. Maka, pilihlah yang beragama.

Berpeganglah pada hadis Nabi ini, maka engkau akan berbahagia.

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan berbahagia” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ikutilah kisah2 muslimah hebat di atas di sini:
http://quranicgen.com/baitulmuslim/calon-menantu-pilihan-ibu/

Ape yang sha boleh simpulkan berdasarkan cerita di dalam link itu ialah...

Nailah Bte Farafishah Al Kalbiyah : seorang isteri yang setia... haaa.. pentingnya setia! hehee
Fatimah b. Abd Malik : pengorbanan seorang isteri, turut sama berjuang demi agama dan masyarakat.
Siti Hajar : bersangka baik dengan ALLAH. Yakin dengan ujian ALLAH dan pertolongan ALLAH..
Siti Khadijah : Cinta yang tulus dengan kasih syg dan perhatian.. sehingga rasulullah sering menyebut dan mengenangkannya..

wah... hebatnya cinta mereka.. 


Selamat menuntut ilmu dan beramal..insya-ALLAH.. 

Thursday 16 May 2013

Kehidupan

Sendirian
Akan menjadikan kita supaya lebih menghargai persahabatan.

Perpisahan,
Akan menjadikan kita supaya lebih menghargai pertemuan,

Dan kematian,
Akan menjadikan kita supaya lebih menghargai kehidupan..

kata2 semangat :

Saat engkau sunyi sendirian,
Saat engkau kembara seorangan,
Dan saat engkau hilang kebergantungan...
Percayalah, Yakinlah, Allah sentiasa berada disismu,
pesan nenek : kita akan rasa sendirian bila kita letak pergantungan kepada makhluk maka letaklah pergantungan kepada ALLAH.. (*_*)
La tahzan...

Jumaat Datang silih berganti sehingga tiba masa rahsiaNYA ^^

Saturday 23 February 2013

Ukhwah itu Indah



perkenalan bermula dari tahun 1997 ( umur 5 tahun) dengan menuntut di Pasti yang sama dan S.K yang sama, kemudian di usia remaja, kami membawa haluan ilmu yang berbeza di sekolah yang berbeza, namun sekali sekala masih berhubung dengan menziarahi ke rumah.. alhamdulillah, Allah mengurniakan sahabat seperti dirinya.. 

alhamdulillah, setelah lama tidak bersua kerana kesibukkan mengejar program fakulti dan kolej kediaman, akhirnya pertemuan kali ini membawa keceriaan sepanjang outing bersama dan melewati tarikh 23/2/2013 dengan penuh makna..

tatkala diri memerlukan teman dan harapan untuk bersandar, dirinya hadir menemani, masing2 walaupun jauh sentiasa memberi semangat dan menjadi pendengar setia tatkala meluahkan perasaan dan story morie dan tiada kaitan dengan biskut marie yaa :) ALHAMDULILLAH, syukur kehadrat ilahi kerana mereka memahami situasi diri ini.. 


first time dapat keluar sama.. kawan sha ditemani kawannya, alhamdulillah, dengan hadirnya insan baru ini, bertambah kawan sha.. ALLAH menemukan kami.. juga sebagai anugerah dan pinjaman di dunia ini.. walaupun baru kenal, tapi macam dah lama kenal sebab asyik wat kelakar, menyebabkan tiada kekosongan ruang antara kami.

kali ini kami hanya mampu window shoping dan cuci mata tengok buku2 ilmiah (duit poket belum masuk lagi, baucer buku pulak tertinggal ) after penat berjalan ke hulu kehilir, kami sempat makan pizza sambil berkongsi cerita yang terbuku dalam lipatan, berkongsi ilmu apa adanya sebelum masing2 membawa haluan ke tempat pengajian masing2. ^^ 


moral hari ini : Bila berkawan, nawaitu itu penting, berkawan bukan untuk kepentingan diri sendiri mahupun untuk mengambil manfaat daripada kelebihan yang dimiliki mereka, tapi berkawanlah kerana ALLAH.. indahnya ukhwah bila berteraskan kasih sayang kerana ALLAH.. insyaa-ALLAH akan terasa eratnya sebuah ukhwah yang terjalin.. bila berkawan, perlunya untuk masing2 menegur untuk kebaikan bersama, bukan untuk tunjuk kurang ajar, bukan juga kerana terlebih belajar tapi agar masing2 dapat belajar. :)

ukhwah fillah abadan abada..

Friday 22 February 2013

DI SAAT MEMERLUKAN


alhamdulillah, kwan2 dan parents serta family banyak memberi semangat agar aku terus melangkah kehadapan dalam menghadapi setiap ujian ALLAH.. kita pasti diuji, cuma ujian kita pasti berbeza.

 kwan dan family yang prihatin xkan sesekali meninggalkan kita keseorang di saat kita lemah dalam mengharungi ujian.. kerana mereka memahami isi hati ini.. syukur, alhamdulillah, sepanjang menghadapi ujian kehilangan, banyak menyedarkan dan ALLAH masih memberi kesihatan kepada diri. 

Salam,Lily,
Just heard the news.
Are you ok lily?
Do be strong dear
Saya nak tanya awak nih
Kalau awak pinjam barang ngn saya,
Berhak ke saya nk amik balik barang tu tnps izin awak?
Saya berhak kan.
Boleh ke awak marah kat saya? Tak boleh.sebab saya punya hak.
Sama jugak dlm case ni
Setiap makhluk tu Allah yg punya and Allah ada hak yg mutlak keatasnya.
Kematian tu satu kepastian
Dan Allah punya hak nak amik bila2 masa je
Kita KENA redha dengn pemergian dia
Jangan nangis dan jangan menyesal dan jangan marah.
Kala kita nangis,menyesal,marah tandanya kita tak redha denga Allah
Allah berhak claim barang dia
Saya tau awak kuat dan akan terus kuat
Buktinya,banyak Allah bagi cabaran kat awak..n here still you are..the strong n still the stronger lily
Sesungguhnya kematian satu peringatan buat orang yang ditinggalkan
Zayyad alhamdulillah dah selesai urusan dan amalan dia kat dunia.
Bagaimna ngn amalan kita..cukupkah?
Ye sesiapa pun akan sedih..
Tapi ingat,mungkin ada lagi yang kebih sedih dari kita,
Ahli kluarga dia yang dari kecik sampai besar jaga dia..
So,dont forget to smile
SMILE
SMILE
Tolong tenangkan family dia n jangan bersedih lagi
Mungkin dia tengah happy kat sana..
Jangan bagi zayyad sedih bila tgk awak n family dia nangis
Lap lap lap air mata tu sayang
N dont forget to smile
Kalau awak perlukan kwn tu borak2..freely msg saya
Saya tgh cuti skrg
Kalau saya tak online,nnti ti gglkn msg kt fb..nnti sy terus online
Anytime,anywhere dear
Jangan layan perasaan sangat
Saya doakan zayyad diampunkan dosanya,dan ditempatkan di kalangan orang yang Allah sayang..
I love you _ writen by my lovely friend from uni of al- azhar, mesir

setelah selesai kesemua urusan di selangor, back to kelantan, sesampai aja dah subuh, saat ingin menunaikan solat, abah menghulurkan buku dan memelukku serta berbisik " tabahlah ini semua ujian untuk menguji keimanan kita "


terima kasih abah.. sayang.sayang.sayang abah jugak <3

pesan nenek pula, apa yang berlaku jadikan pedoman hidup.. ingat dunia persinggah ada hidup mati, akhirat kelak hidup selamanya, xde mati.. 

hidup perlukan amal tapi tiada hisab, akhirat adanya hisab(amalan kita di dunia,dosa akan diadili dengan azabNYA,nauzubillah himinzalik, pahala diganti dengan ganjaran syurgaNYA,subhanaALLAH) , tiada lagi amal...  (perkongsian bersama)



Thursday 21 February 2013

Panggilan tidak dijangka

assalamualaikum pembaca blog sha

malam ini merupakan malam jumaat, usai solat dan mengaji, ditadahkan doa memohon keampunan diri, keluarga dan insan yang dekat dengan diri tanpa mengira masih bernafas mahupun telah dipanggil ilahi...kerana kita sebagai hamba perlulah sentiasa memohon keampunan kerana setiap hari mungkin tanpa sedar diri melakukan kesalahan..

rehat seketika bersama bacaan al-quran untuk menenangkan hati agar tidak terlalu mengikut perasaan, merdu dan terbuai dengan bacaan surah yassin oleh sheikh mishary rashid Al-Afasy. subhanaALLAH...

sedang keasyikan melayan bacaan surah yassin, handfon menyanyikan lagu tema, tanpa sebarang keraguaan lantas tangan mencapai dan menjawab.. suara lembut seorang lelaki separuh abad menerpa di cuping telinga, bertya kan adakah ini "sharlily shahira mat nasir" .. di hati, siapakah gelaran lelaki ini..

ini ayah arwah ahmad zayyad.. YA ALLAH..rupanya pakcik.. selama ini hanya ada number umie arwah  sahaja,. diri ini mula merindui dirinya tatkala berbual dengan permata hati dirinya.. arwah sangat menyayangi ayahnya.. seperti banyak2 cerita yang dikongsikan, beliau begitu mengagumi sikap ayahnya yang penyayang. 

pakcik bahasakan diri ini ira, terasa janggal pulak, tapi xpe lah, ianya tetap dalam nama sha a.k.a "sharlily shahira"..  pakcik seorang yang peramah, senang hati berbual dengan dirinya.. waktu jumpa di kubur aritue, xsempat untuk berbual kerana masing2 dalam kesayuan di jiwa kehilangan insan yang disayangi..

pakcik bagitahu kaklong dan abang ngah mimpi arwah amad datang dalam tido.. amad datang dengan memberitahu "amad gembira di sini" dengan dirinya yang sedang gelak2 bahagia ALHAMDULILLAH Ya Allah... berbesar hati aku menadah tangan syukur andai mimpi itu petunjuk keadaan dirinya di alam sana... semoga kamu bahagia di alam sana.. kami XKAN pernah melupakan kamu.. kami sayang kamu

Saturday 26 January 2013

Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui

assalamualaikum pembaca blog sha.. sudah lama sha tidak meluangkan masa menulis dalam ruangan blog ini... rindu rasanya untuk kembali menulis seperti dulu setelah lama berehat dan menenangkan jiwa yang sedang diuji Maha Kuasa

cuti sem kali ini, sha dan keluarga dikejutkan oleh pemergian insan yang rapat dan menyintai diri ini..
ALLAH menemukan kita, dan ALLAH juga yang akan memisahkan kita kerana Kita miliknya yang mutlak dan walau siapa pun mereka, mereka hanya insan yang dipinjamkan untuk kita di dunia ini..

tanggal 18/1/2013 tidak disangka bahawa inilah tarikh terakhir sha menatap wajahnya dan dirinya menemani sha untuk pulang bercuti..

sebulan sebelum pemergian, dirinya banyak menunjukkan kasih sayang dan tanda2 yang bermain di fikiran ini. manjanya untuk selalu berdekatan seperti kami tidak akan bertemu kembali. kata2 yang menyentuh hati ini tatkala dirinya mengingati supaya sha belajar hidup berdikari, jangan mudah lemah andai dirinya pergi dahulu ternyata ianya bukan sekadar kata2..

tanggal 25/1/2013 bersamaan hari jumaat, dia telah pergi meninggalkan kami semua. seharian tidak dapat melelapkan mata bila mengetahui keadaan dirinya yang sedang berperang dengan kesakitan dan koma di hospital.. hanya 2 jam mampu melelapkan dan terjaga seperti dirinya memanggil untuk membantu. tanpa berlenggah dikeheningan pagi semua ahli rumah masih lena dibuai mimpi dan melepaskan lelah masing2, solat didirikan dan bacaan untuk dirinya..

petangnya sha dan keluarga berkemas dan bertolak ke selangor, tidak sanggup rasanya untuk terus berada di kelantan.. subuhnya sampai di selangor, singgah sekejap di rumah maklong untuk solat dan terus ke kediaman untuk pengebumiaan.. sayu hati ini cuba dikuatkan.. hanya ALLAH yang Maha Mengetahui semuanya..

syukur ke hadrat ilahi kerana masih memberi perluang untuk melihat wajahnya walaupun untuk kali terakhir dan ini menyedarkan diri ini.. hidup kita hanyalah pinjaman.. walau sekuat mana sayang kita, mereka hanya pinjaman untuk kita, suatu hari nanti, kita juga bakal menyusur mereka di sana.. sekurangnya sha tidak terkilan apabila dapat melihat wajahnya yang sudah berkain putih, mengiringi ke kubur dan membacakan talkhin bersama.. ALLAH, sungguh benar kematian memberi peringatan kepada manusia yang masih hidup di bumi... di sana kita akan keseorangan hanya amalan yang akan membantu kita.. ALLAH, takutknya.. tertanya pada diri, masih cukupkan amalan ku di dunia..

pertemuan yang diatur oleh ALLAH dalam satu program MGI anjuran MARA, walaupun kita berlainan program pengajian.. dengan hanya pertemuan singkat ini.. dirinya melamar diri ini untuk dijadikan peneman dirinya.. tatkala itu, pelbagai andaian bermain di fikiran, jujurkan dan ikhlaskah kata2 nya kerana sha tidak pernah rapat dengan lelaki.. dirinya insan pertama yang menawan hati ini dan banyak menasihati..

sepanjang 3 tahun mengenali dan berhubung, banyak yang mengajar diri ini tentang kehidupan sosial masyarakat, agama mahupun perhubungan sesama ahli keluarga. kita hanya merancang, hanya ALLAH yang menentukan.

kami semua sayang akan dirinya yang sentiasa bersikap tenang dan banyak menghiburkan hati insan disekeliling, namun ALLAH lagi menyayangi dirimu.. semuanya pasti ada hikmahnya yang kita sendiri tidak menyedarinya..

hanya doa dan sedekah yang mampu sha hadiahkan untuknya di alam sana tanda ingatan dari sha. sama2 kita sedekahkan al-fatihah untuk Allahyarham Ahmad Zayyad bin Che Pah,hambaMU Ya ALLAH, dan mendoakan moga ALLAH mengampunkan dosa-dosa dan moga kuburnya sebahagian dr taman2 syurga, dilapangkn, diterangkan. dijauhkan azab siksa MU ya ALLAH engkau yg maha pengasih lg penyayang. maha kaya lg maha pemurah. rahmati lah hambamu ini.... amin....al-fatihah..






Sunday 13 January 2013

(O_O) KeNaNgAn Oh KeNaNgan (O_O)

sungguh bila usia perhubungan semakin melonjak dari tahun ke tahun, semakin besar erti nya dengan setiap kenangan yang dilalui bersama.. pahit, manis, baik, buruk dikongsi dengan sejuta perasaan yang tak terhingga... yang terindah adalah kenangan, yang pahit ialah pengalaman...

Kenangan pahit kadang ia memberi kita keinsafan,pengalaman.tak lupa jugak dengan kenangan ia akan membuatkan kita tabah.. tabah untuk terus melangkah ke hadapan.. dengan kekuatan yang ada, kudrat yang ada..usah direnung pada yang lepas namun teruskan memandang pada yang dihadapan..  
  kenangan yang baik akan kita sematkan dalam memory sebagai satu tanda ingatan..
 
 


OHH.. TEAR


....tears does could speak...
for me, tear drops are meaningful...

tears mean happIness
tears mean sadness
tears mean disappoint
tears mean love
tears mean thankful
tears mean joy
tears mean thank you
tears mean shout.. z
tears mean weakness
tears mean lonely
tears mean lot things. things that couldn't be explained by words...



ALLAH MAHA PENYAYANG.. ALLAH bagi  KITA UJIAN.... sebab DIA nak kita fikir baik buruk dan merenung salah kita...YAAA ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA... 

Saturday 12 January 2013

AnDaI IKhLas DaLaM mEnYinTAi


andai keikhlasan di hati, kamu tidak mungkin akan melukakan perasaannya kerana kamu tahu pentingnya sebuah perasaan..
andai keikhlasan di hati, kamu tidak mungkin akan mendustakan kata2 mu kerana kamu tahu kata2 mampu merosakkan perhubungan..
andai keikhlasan di hati, kamu tidak mungkin akan menduakan perasaannya kerana kamu tahu sakitnya bila dicurangi...
andai keikhlasan di hati. kamu tidak mungkin akan terus di takuk lama kerana kamu pasti ingin kebahagian dan perubahan yang baik untuk masa depan..
andai keikhlasan di hati, kamu tidak mungkin akan merosakkan dirinya kerana kamu sayang dan ikhlas mencintainya...
andai kejujuran di hati, kamu pasti berusaha mengubah diri kamu.. menyunting dirinya melalui walinya dan membimbingnya bersama kamu mencapai jannahnya.. 

Allah SWT tidak menciptakan wanita dari kepala lelaki untuk dijadikan atasannya. Tidak juga Allah SWT menciptakan wanita dari kaki lelaki untuk dijadikan bawahannya. Tetapi Allah menciptakan wanita dari tulang rusuk lelaki, dekat dengan lengannya untuk dilindunginya, dan dekat dengan hatinya untuk dicintainya.
Allah tidak menciptakan wanita atau sebagai barang pertukaran,  apatah lagi sekadar objek buat lelaki. Tetapi Allah menciptakan wanita sebagai teman yang mendampingi hidup Adam tatkala kesepian di syurga. 



ikhlas lah dalam berkasih sayang....... disitu lah kebahagiaan akan diperolehi.....



Friday 11 January 2013

@_@ SETTLE ONE BY ONE @_@

hari nie dah settle kertas untuk subject hubungan etnik dan dasar kewangan dan fiskal islam... ALLHAMDULILLAH  Ya ALLAH..  2 hari sebelumnya, study punya la study bagaikan nak rak untuk kejar 2 papers yang akan diduduki serentak dalam satu hari dan merupakan  hari yang penat kerana perlu berkejar bas untuk ke 2 tempat dewan exam yang berlainan.

kedua-dua subjek nie memerlukan pembacaan dan pemahaman yang tinggi untuk mengetahui sejarah pembentukkan etnik MALAYSIA dan menganalisis keluk dan dasar-dasar kerajaan.. 

Dah hari ini, settle satu lagi subjek iaitu kalkulus. subjek yang memerlukan daya ingatan yang kuat untuk mengingati langkah2 pengiraan untuk mengaplikasikan matematik dalam ekonomi... paper yang paling merisaukan sudah dilalui dengan jayanya.. kalkulus semoga aku mendapat keputusan yang baik untuk semester ini..aaameeen...  

xpernah rasa takut seperti ini sampaikan sukar untuk melelapkan mata... inilah akibat kerana sha  memilih kasih dalam revision subjek yang diminati didahulukan.. (sekarang da penim kepala deng dek migrain attack).. kononnya boleh kejar nota yang hanya 3 bab sahaja.. 3 bab itu lah bakal jadi killer paper.. semoga di jauhkan...

NOW tinggal satu lagi paypeeer yang last....pastu hoooreeeyyy balik kampung.. ^^ moga kali ini lecturer bermurah ati untuk menyediakan soalan yang simple.. heheee~ kami sangat2 mengharapkan kali ini soalan tidak terlalu trick seperti mid term.. ^^

Usaha + Doa + Tawakal = Insyaallah Berjaya .. Permudahkanlah .. Izinkanlah .. Ameen .. ^_^ .. jAdIkAn aKu mEncIntAi sEsuAtu yAng mEmbAwA kEpAdA kEcIntAanMU ..

Thursday 10 January 2013

(O_O) CEMBURU DAN KESANNYA (O_O)

pada pendapat sha la kan.. cemburu nie ada 2 impak.. pertama positive dan kedua negative.. jika terover cemburu pun xboleh jugak... akan memudaratkan perhubungan korang.. so cemburu dan kasih sayang kene seimbang barulah xde yang terlebih dan terkurang...(TERLEBIH KASIH SAYANG TAKPA, JANGAN TERLEBIH YANG LAIN) :D cemburu yang positive dimana cemburu itu membuatkan korang berusaha menjadi lebih baik untuk pasangan dan menegur pasangan jika ada sesuatu yang membuatkan korang rasa x senang duduk.. 

cemburu tanda sayang, tanda pasangan prihatin dan kasih dengan diri kita.. kalau dia tak sayang buat ape dia nak cemburu kan.. burn time ja..huhuu..

lelaki yang baik akan cemburu bila lelaki rapat mahupun pandang pasangannya.. kerana dia tahu sifat lelaki macam mane. buaya darat.. bila dibiarkan akan melarat.. :) cemburunya ada makna kerana dia menginginkan pasangan nya untuk menjaga diri hanya untuk nya.dia akan menegur kita cara berpakaian yang baik dan pergaulan kita kerana dia xnak lelaki lain pandang mahupun ambik kesempatan keatas kita dengan pandangan bernafsu.. cemburu ini cemburu yang positive kerana dengan cemburu, pasangan akan menjaga kita.. beruntung kalau korang dapat lelaki seperti ini.. jangan pulak korang tambah sakit hatinya dengan kayu tiga, kayu empat.. isyh3.. no.no.. don't be like that.. (*_*)

 perempuan pula akan cemburu jika pasangannya bergurau senda dan rapat yang berlebihan dengan perempuan lain kerana mereka tahu hati kaum mereka adalah lembut dan mudah jatuh hati dengan lelaki yang rapat dengan mereka. mula lah nak perasan lelaki suka kat dia dan menapak untuk mengorak..hahaa..^^

 Perasaan cemburu adalah normal dalam sesuatu perhubungan. Namun, terdapat segelintir pasangan yang mempunyai perasaan cemburu yang meluap-luap sehingga perasaan cemburu itu menjadi tidak normal. Perasaan cemburu ini dikenali sebagai cemburu buta. Cemburu buta boleh mendatangkan keretakan terhadap sesuatu perhubungan. Pasangan akan mula rasa rimas dan akan cuba mengelakkan diri dari pasangan yang cemburu buta. Jika anda adalah seorang yang cemburu buta, sesuatu perlu anda lakukan agar hubungan anda dan pasangan kekal harmoni.


pssstt Cemburu tandanya sayang, tapi cemburu buta, sayang boleh melayang. Bye sayang…Oh..don’t don’t... ( sila kawal perasaan cemburu anda. Jangan biarkan diri anda diselubungi perasaan cemburu buta.. sama2 jaga perhubungan.. jangan kerana cemburu menguasai diri, timbul dendam di hati.. dari sayang kepada benci.. jangan sampai tahap mcm tue sudah la yea.. seraaammmm.....)


conclusion : sama2 jaga perhubungan, kalau dah tahu sesuatu yang pasangan tak suka, cuba elakkan... yang mana boleh meretakkan hubungan, sila jauhkan.. jika ada yang ketiga, jauhkan yang ketiga kerana third party hanya boleh merosakkan hubungan... jadilah yang terbaik untuk pasangan.. seperti kata my lovely one : WALAUPUN KITA X BOLEH MEMUASKAN HATI SEMUA PIHAK SEKURANGNYA KITA CUBA PERBAIKI KEADAAN KE PERHUBUNGAN YANG LEBIH BAIK..

DOA UNTUK KESEJAHTERAAN


 ikegelisahan membuatkan kita pasti x lena tido, selera makan tak menentu... sampaikan sesetengah orang kalau hati terlalu gelisah boleh menyebabkan menjadi murung.. ni akan membahayakan lagi kesihatan fizikal dan mental.. sooo ape kata amalkan doa nie.. simple dan mudah dihafal.. berdoa sambil memahami maksud doa akan lebih membuatkan kita tenang dan yakin yang masalah kita ini hanya kecil dibandingkan dengan masalah orang lain yang lagi besar.. sehingga terpaksa berlapar, ketakutan dek bom dan perang.. masalah kita nie apalah sangat kan.. jom sama2 bersyukur... dan amalkan doa nie... :)

boleh jugak diamalkan untuk mengelakkan sikap malas, kedekut, bebanan hutang dan penindasan orang.. berdoa untuk kesejahteraan hidup.. jangan jadi Hambanya yang sombong.. (perkongsian bersama untuk diri dan pembaca blog)

“Allahumma inni a’uzubika minal hammi walhazan. Wa’a’uzubika minal ‘ajzi wal kasal wa’a’uzubika minal jubni wal bukhli, wa ‘a’uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal.


Tuesday 8 January 2013

PeReMpUaN dAn AiR MaTa

Air mata wanita melambangkan perasaannya. Apabila dia menangis, itulah perasaanya yang ikhlas tatkala itu air mata tidak berbohong. Seorang wanita itu tidak akan menangis jika hatinya tidak terluka atau tersentuh akan sesuatu hal..




dia nanges sebab dia sayang awak, dia kisah pasal awak, dia nak yang terbaik untuk awak... 

UAI


TUJUAN
Menilai kepentingan UAI sebagai produk & perkhidmatan
Kedudukan UAI sebagai produk & perkhidmatan.
Langkah-langkah yang diambil oleh pihak
berkuasa

industri pengurusan aset islam

Merangkumi :-
Pengurusan dana & perkhidmatan portfolio
Pengurusan amanah

Merujuk kepada pelaburan patuh syariah aset yang disahkan oleh Lembaga Syariah.

Pengurusan dana termasuk dana komoditi, pelaburan ekuiti, pengurusan risiko dan pasaran wang dalam bon

Terdapat tiga hub kewangan yang terbesar didunia:-
Malaysia di Asia Tenggara
Bahrain di Timur Tengah
Emiriah Arab Saudi
Malaysia dan Bahrain diiktiraf mengambil peranan yang aktif dalam pembangunan pengurusan aset Islam.

UNIT AMANAH ISLAM
UAI pertama dilancarkan hanya pada tahun 1994

Unit Amanah Islam merupakan satu bentuk pelaburan kolektif yang ditawarkan dan diuruskan oleh pengurus dana profesional.

Ianya memberi peluang pulangan jangka panjang kepada pelabur yang terlibat. Sesuatu unit saham amanah itu dikira sebagai saham amanah Islam sekiranya ianya diuruskan selari dengan prinsip Syariah dan pelaburan dana juga dibuat dalam portfolio sekuriti lulus Syariah.

Jawatankuasa syariah/penasihat syariah dilantik untuk memastikan bahawa operasi mereka adalah selaras dengan prinsip-prinsip syariah.

PRODUK DAN PERKHIDMATAN
Berdasarkan kepada dua pendekatan


1) Melibatkan permohonan pelbagai prinsip-prinsip syariah untuk memudahkan inovasi produk dan perkhidmatan baru

2) Menggunakan produk yang sedia ada (konvensional) dan perkhidmatan yang biasanya diterima Islam dengan pengubahsuaian dengan menghapuskan sebarang unsur yang dilarang untuk memastikan pematuhan prinsip syariah.

PRINSIP-PRINSIP DALAM UIA

al-musyarakah

Pemegang unit akan berkongsi dalam pengumpulan dana dan tiap-tiap daripada mereka memiliki syer dalam amanah saham tersebut

Berkongsi dari segi pemilikan dana amanah saham tersebut

bersama-sama dengan pemegang-pemegang unit yang lain

al-wakalah

Perwakilan,‘penjagaandanpenyerahan kuasa

Kuasa kepada orang lain untuk menguruskan hal-hal tertentu di bawahkuasanya   berdasarkan kepada perjanjian di dalam surat ikatan amanah

harta musya

Harta
Merujuk kpd harta yang mempunyai kaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain, dimiliki oleh ramai pemilik dan setiap pemilik boleh berurusan dengan bahagian yang telah ditentukan tanpa menunggu hak ahli syarikat yang lain, dengan syarat bahagian tersebut telah ditentukan kadarnya
UNIT  AMANAH
KONVENSIONAL
Dianggap sebagai peluang pelaburan alternatif dalam pasaran kewangan.

Pelaburan dalam dana unit amanah adalah satu pelaburan ke dalam dana yang dicipta oleh sebuah syarikat melalui surat Ikatan Amanah dimana unit dikeluarkan dan bukannya saham.

Surat Ikatan Amanah berfungsi sebagaiperlembagaan’  di mana struktur beroperasi. Ia pada asasnya mengandungi perjanjian antara syarikat pengurusan dana, pemegang amanah dan pelabur dana.

Surat Ikatan Amanah berfungsi sebagaiperlembagaan’  di mana struktur beroperasi. Ia pada asasnya mengandungi perjanjian antara syarikat pengurusan dana, pemegang amanah dan pelabur dana.

Pemegang unit tidak mempunyai hak untuk mengundi dan mengambiltahu dalam menjalankan syarikat itu bagi mengeluarkan dana amanah. Pulangan pelaburan biasanya dalam bentuk dividen dan modal penghargaan.