Thursday 21 February 2013

Panggilan tidak dijangka

assalamualaikum pembaca blog sha

malam ini merupakan malam jumaat, usai solat dan mengaji, ditadahkan doa memohon keampunan diri, keluarga dan insan yang dekat dengan diri tanpa mengira masih bernafas mahupun telah dipanggil ilahi...kerana kita sebagai hamba perlulah sentiasa memohon keampunan kerana setiap hari mungkin tanpa sedar diri melakukan kesalahan..

rehat seketika bersama bacaan al-quran untuk menenangkan hati agar tidak terlalu mengikut perasaan, merdu dan terbuai dengan bacaan surah yassin oleh sheikh mishary rashid Al-Afasy. subhanaALLAH...

sedang keasyikan melayan bacaan surah yassin, handfon menyanyikan lagu tema, tanpa sebarang keraguaan lantas tangan mencapai dan menjawab.. suara lembut seorang lelaki separuh abad menerpa di cuping telinga, bertya kan adakah ini "sharlily shahira mat nasir" .. di hati, siapakah gelaran lelaki ini..

ini ayah arwah ahmad zayyad.. YA ALLAH..rupanya pakcik.. selama ini hanya ada number umie arwah  sahaja,. diri ini mula merindui dirinya tatkala berbual dengan permata hati dirinya.. arwah sangat menyayangi ayahnya.. seperti banyak2 cerita yang dikongsikan, beliau begitu mengagumi sikap ayahnya yang penyayang. 

pakcik bahasakan diri ini ira, terasa janggal pulak, tapi xpe lah, ianya tetap dalam nama sha a.k.a "sharlily shahira"..  pakcik seorang yang peramah, senang hati berbual dengan dirinya.. waktu jumpa di kubur aritue, xsempat untuk berbual kerana masing2 dalam kesayuan di jiwa kehilangan insan yang disayangi..

pakcik bagitahu kaklong dan abang ngah mimpi arwah amad datang dalam tido.. amad datang dengan memberitahu "amad gembira di sini" dengan dirinya yang sedang gelak2 bahagia ALHAMDULILLAH Ya Allah... berbesar hati aku menadah tangan syukur andai mimpi itu petunjuk keadaan dirinya di alam sana... semoga kamu bahagia di alam sana.. kami XKAN pernah melupakan kamu.. kami sayang kamu

No comments:

Post a Comment