Wednesday 16 May 2012

kERJAYA LEPASAN EKONOMI


buntu dalam menentukan major dan masa depan untuk tahun dua.... sekarang dah akhir tahun satu,.,so tahun dua nanti sha kene pilih major tuk pengajian sha... buntu punya buntu... then terbuka pintu ati untuk mencari prospek kerjaya untuk lepasan ijazah sarjanamuda,,,, nak naikkan semangat balik.... !! dulu cita2 nak jadi akauntan... setakat matrik je dapat belajar lam kos perakaunan... so sekarang dalam bidang ekonomi.. mungkin dah tersurat laluan sha ke arah ini... :-)   yang penting usaha tanpa kenal erti penat lelah dalam menuntut ilmu...

ini ialah prospek pekerjaan untuk lepasan ijazah sarjanamuda ekonomi... so sape2 yang belajar dalam bidang nie.. xperlu la bersusah ati...rezeki itu sudah ALLAH tentukan untuk kita cuma usaha untuk mencarinya sahaja..

 Manakala peluang kerjaya pula contoh :
  • Penasihat ekonomi
  • Penganalisis Ekonomi
  • Pegawai kewangan  ( sape2 yang ambik major ekonomi mononteri&fiskal)
  • Pegawai Perancang Ekonomi  (ekonomi pembangunan)
  • Pegawai Perancang Bandar  (ekonomi pembangunan )
  • Broker Saham  (ekonomi monontori &fiskal)
  • Pegawai Pembangunan
  • Pegawai Sumber manusia 
  • Pengurus kewangan
  • Pegawai Bank
  • Penasihat kewangan
  • Pengurus dana
  • Pengurus insuran dan eksekutif
  • Pengurus hotel
  • Pegawai pemasaran
  • Perancangan Pemasaran
  • Pegawai Perhubungan Awam
  • Pengurus Perkhidmatan
  • Penyelidik Pemasaran
  • Operator Pelancongan
  • Pengurus Acara
  • Guru Ekonomi


Rujukan : http://www.xpresi.org/kerjaya-lepasan-ekonomi-stpm/#ixzz1v65yoQwG

DINNER KOLEJ

setelah usia pengajian mencecah satu tahu... akhirnya tibanya masa yang ditunggu iaitu Dinner kolej yang dihadiri oleh ratusan pelajar dari Kolej Dato'Onn... Sha salah seorang dari AJK sekretariak jamuan.. so preparetion kene OK!  nak bg org makan so kami should take note what we should do for de best result n sume tetamu yang hadir berpuas ati.. tema dinner kolej tahun nie ialah tema china...




ini sebelum dinner bermula.. meja disusun mengikut susunan yang telah kami plan kan....



ini hasil kerja setelah kami menghias dewan DECTAR untuk dinner kami pada tahun ini,  ini ialah hasil tangan kami.... cantik kan... macam lilin.... tengs kepada abg caterer yang ajar kan kami hias meja ini....

pic 3: sedetik seindah semalam bersama menyaksikan perasmian dinner kolej pada tahun ini yang bertemakan chinesse oriental...

Monday 14 May 2012

kasih sayang

kasih sayang perlu disuburkan dalam setiap insan... tidak kira lah samada kasih sayng terhadap sesama makhluk mahupun terhadap binatang..kerana semua nya adalah ciptaan ALLAH S.W.T...  kasih sayang sesama insan adalah penting untuk mewujudkan ukhwah kerana ALLAH S.W.T.. kasih sayang boleh ditunjukkan melalui perbuatan mahupun lisan... dengan bertindak secara sopan dengan menjaga ati dan perasaan orang lain agar tidak tersinggung dengan perbuatan kita manakala melalui lisan juga boleh di tunjukkan  dengan bercakap perkara yang baik tanpa menggunakan perkataan yang kesat dan menegur kesalahan orang lain secara berhemah.....   apabila ade kasih sayang dalam diri seseorang maka die akan menjaga orang yang d sayangi sebaik mungkin... berpesan -pesan ke arah kebaikan itu juga menunjukkan kasih sayang sesama mahkluk kerana ALLAH S.W.T

"ORANG MUKMIN ITU MENGASIHANI ORANG LAIN SEBAGAIMANA DIA MENGASIHANI DIRINYA SENDIRI "

CINTA....??? mmmm.,... ape itu yea...


cinta itu fitrah manusia..tapi tahukan kita ape erti 'CINTA" YANG SEBENARNYA...??? Jum kita same2 membaca penulisan d bawah ini berkaitan dengan cinta..semoga cinta kita kepada yang lebih esa melebihi cinta kepada makhlukNYA... amin...
"Cinta". Perkataan yang biasa kita dengar dan ungkapkan. 
Setiap manusia yang berpeluang hidup di muka bumi ini pasti mengalami perasaan cinta.  Manusia memang dilahirkan secara fitrahnya mempunyai perasaan cinta.
Seorang ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya kerana cintanya kepada anak.
Seorang bapa sanggup berkorban harta dan tenaga kerana perasaan cintanya kepada keluarga. 
Seorang penuntut sanggup mengharungi susah dan payah kerana cintanya kepada ilmu. 
Seorang perwira sanggup berkorban jiwa kerana cintanya kepada tanahair. 
Seorang hartawan sanggup berkorban masa dan maruah kerana cintanya kepada harta. 
.. dan seorang pencinta kononnya sanggup merentasi lautan berapi lantaran cintanya kepada kekasihnya. 
Secara dasarnya, kita sanggup berbuat apa sahaja kerana ingin menjaga dan mengejar cinta.
Itulah cinta.  Ia fitrah.  Dan ia juga boleh menjadi fitnah. 
Ia boleh menjadikan seseorang mulia atau hina.  Ia bisa merubah manusia menjadi lebih baik di sisi Tuhan dan manusia, dan ia  juga bisa menjatuhkan nilai seseorang dari sudut pandangan Tuhan dan manusia.
Sudah lama kita menjalani kehidupan ini, dan sudah banyak kali perkataan 'cinta' kita ungkapkan dan luahkan. 
Di kesempatan yang terbatas ini, marilah kita bermuhasabah.  Muhasabah tentang cinta.  Mudah-mudahan muhasabah ini bisa menyedarkan kita semua akan di mana letak duduknya rasa cinta kita?  Di tempat yang sepatutnyakah?  Atau sudah tersasarkah cinta kita selama ini?
01.Orang yang beriman sangat cinta kepada ALLAH
"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah..." - [Al-Baqarah: 165]
Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Promosi RM5 selama sebulan!
02.Amaran Kepada Yang Meletakkan Cinta Kepada Mahkluq Melebihi Cinta Kepada ALLAH
Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." "Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." - [At-Taubah: 24]
Cukuplah dengan dua ayat al-Quran di atas bagi kita mula bermuhasabah. 
Jika selama ini kita telah meletakkan cinta dan perhatian kepada makhluq, nah mulai hari ini marilah kita letakkan semula rasa cinta dan kasih itu di tempat yang sepatutnya. 
Menyedari bahawa meletakkan cinta kepada ALLAH mengatasi segala-galanya, kita mesti membuktikan rasa cinta itu. 
Tidak cukup dengan hanya kalimah "aku cintakan ALLAH" atau "ALLAH adalah segala-galanya buatku" atau seumpama dengannya.  Ia mesti dibuktikan!
ALLAH subhanahu wata'ala telah berfirman di dalam al-Quran tentang pembuktian cinta kepada ALLAH adalah dengan mengikuti segala suruhan dan perintah yang telah disampaikan oleh Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam:
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." "Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - [Ali-Imran: 31]
Justeru, bagi merealisasikan rasa cinta kepada ALLAH, kita juga mesti meletakkan rasa patuh dan cinta kepada Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam. Al-hubb (cinta) dan al-ittiba' (ikut) Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam adalah suatu yang dituntut agama.
Muslimin-muslimat sekalian,
Sudah banyak rasa kecewa menyinggahi jiwa kita.  Sudah tidak terkira kita rasa sedih apabila orang yang kita cintai membuat sesuatu yang tidak kita sukai.  Sudah acap kali kita didatangi keresahan apabila harta yang kita cintai hilang atau berubah hakmilik.  Ya, cinta kepada makhluq pasti mengundang kekecewaan.
Sekiranya cinta dan kasih diletakkan kepada ALLAH melebihi rasa cinta kita kepada makhluqNYA, nescaya kita tidak akan didatangi kecewa.  Sedih yang melanda akan segera terubat apabila cinta kepada ALLAH menguasai jiwa.  Malah, jiwa akan hidup dalam ketenangan dan kemanisan iman akan mula menyerap ke dalam jiwa.
Hadis riwayat Anas radhiAllahu 'anhu, dia berkata bahawa Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, yaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai orang lain hanya karena Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka." - [Shahih Muslim No.60]

APA ITU NIKAH GANTUNG...????


APE KAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN NIKAH GANTUNG...SEKARANG SHA DAJ]H JUMPA JAWAPAN NYA...SHA NAK SHARE DENGAN KAWAN2... 

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.
Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.
Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.
Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.
Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.
Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.
Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.
Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.
Semoga dengan perkongsian artikel saya kali ini memberi manfaat buat anda.

Sunday 6 May 2012

looooooveeee my sis....!





HDAYAH ALLAH

Hidayah itu adalah milik Allah Yang Maha Kuasa. Hanya Dia yang mempunyai kuasa veto berhak memilih siapa sahaja hambaNya untuk diberikan hidayah, berjalan dijalan Islam yang sebenar. Bersyukurlah dengan sepenuh hati milikNya itu andai terasa diri sudah diberi hidayah dariNya..


Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka; bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat. 
(Surah al-Fatihah, Ayat 6-7)..

Ya ALLAH...semoga engkau membuka pintu hatiku ke arah jalanMU.... amin...
sebaknya dada bila sujud padmu... bila mengenangkan dosa2 yang telah aku lakukan.... 

Bersyukur


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (QS. Ibrahim [14]:7).
kebiasaannya, bila kita di kurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan, apa yang kita akan lakukan??
BERSYUKUR!

bijaksana VS inventor


Luqman Hakim adalah seorang genius yang disebut dalam al-Quran. Kisah beliau diabadikan dalam sebuah surah bernama Luqman, yang mengandungi 34 ayat.
Tuhan memaklumkan dalam ayat 12 surah Luqman,
"Sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya) "Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)."
Apakah itu hikmah? Hikmah sering dikaitkan dengan sifat arif dan bijaksana. Ia dimiliki oleh orang berilmu, namun tidak semua orang berilmu memilikinya.
Menurut penulis Ruh al-Bayan, hikmah adalah ketepatan dalam memilih yang benar dengan lisan, ketepatan dalam berfikir dengan bantuan anggota badan dan ketepatan bergerak dengan anggota badan. Sekiranya berbicara, Luqman berbicara dengan hikmah. Sekiranya berfikir, beliau berfikir dengan hikmah dan sekiranya bergerak, beliau bergerak dengan hikmah juga.
Ramai orang bertanya kepadanya, "Daripada siapa tuan mempelajari hikmah?" Jawab Luqman,"Saya mempelajari hikmah daripada orang-orang bodoh, dan orang-orang bodoh. Saya melihat ada cacat pada diri mereka lalu saya berusaha menjauhinya."
Thomas Edison adalah seorang inventor yang berjaya mencipta mentol lampu pada tahun 1879. Sebelum itu 9999 cubaannya tidak berjaya. Namun kata beliau,"Saya tidak gagal. Saya berjaya menemui 9999 cara yang tidak menghasilkan mentol lampu." Dalam cubaannya yang ke-10,000 barulah mentol lampu beliau menyala.

Tuesday 1 May 2012

disiplin pelajar

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH DISIPLIN PELAJAR

Institusi Keluarga
Ibu bapa adalah orang yang terpenting dalam sesebuah keluarga. Mereka memainkan peranan utama dalam mencorak masa depan keluarga. Anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa yang menjadi pengarahnya. Dalam konteks ini, penekanan aspek disiplin amat mustahak sekali. Terdapat di kalangan ibu bapa yang tidak menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Ini menyebabkan anak-anak terikut dengan sikap dan perbuatan ibu bapa mereka. Ada ibu bapa yang tidak sehaluan atau sefahaman di rumah, anak-anak merasa tidak aman dan cuba mencari jalan keluar dari masalah ini.
Contohnya Ibu dan bapa sering berkelahi di hadapan anak-anak dan pada waktu yang sama mengharapkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Sesetengah ibu bapa pula menyerahkan soal disiplin sepenuhnya kepada pihak sekolah, sedangkan pada hakikatnya pembentukan morality seseorang itu bermula di rumah.
Dengan ini timbul golongan anak-anak yang tidak mendengar nasihat keluarga dan banyak menghabiskan masa bersama-sama rakan sebaya untuk berkongsi masalah dan menghilangkan rasa bosan.
Punca pendapatan ibu bapa juga mempengaruhi masalah disiplin. Ibu bapa yang berpendapatan rendah menyebabkan anak-anak tidak mampu membayar yuran persekolahan. Pelajar merasa malu untuk ke sekolah. Oleh itu mereka melencong atau melepak di kompleks-kompleks membeli belah. James Becker mengatakan ketidakseimbangan disiplin sesebuah keluarga akan menyebabkan anak-anak tidak dapat menwujudkan pengawalan diri yang baik.
Rakan sebaya
Rakan atau kawan adalah ibu bapa kedua bagi seseorang pelajar. Ada pelajar yang masih berkawan dengan rakan yang tidak bersekolah. Mereka yang tidak bersekolah ini mungkin kerana keciciran dalam pelajaran ataupun sudah menamatkan alam persekolahan akan berlagak dewasa dengan menghisap rokok, berpakaian tidak senonoh dan melakukan sesuatu tindakan untuk menarik perhatian.
Keadaan ini akan menjadi lebih buruk lagi bagi pelajar miskin. Kedua-dua ibu bapa sibuk mencari nafkah, si anak akan terbiar dan memilih haluan sendiri. Pelajar ini mempunyai perasaan rendah diri dan bagi menunjukkan diri mereka hebat dan berkemampuan, peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah tidak diikuti.
Pengaruh rakan sebaya mampu mencorakkan sikap dan nilai tingkahlaku pelajar, lebih-lebih lagi mereka yang tercicir dalam pelajaran dan yang mengalami masalah keluarga. Pelajar menganggap peraturan dan undang-undang sekolah sebagai sesuatu yang remeh dan tidak perlu dipatuhi.
Mereka akan membentuk kumpulan sendiri yang akan mengadakan peraturan tertentu. Ahli kumpulan tersebut hendaklah mematuhinya. Dari sini mula timbulnya masalah disiplin seperti peras ugut dan pergaduhan.
Pihak sekolah
Sekolah adalah rumah kedua para pelajar. Begitu juga dengan para pendidik yang menjadi ibu bapa semasa di sekolah. Tugas guru semakin mencabar dalam era globalisasi. Di samping menjadi pendidik, mereka juga menjadi 'role model' kepada pelajar. Kegagalan guru mendidik akan menjurus ke arah masalah disiplin pelajar.
Negara kita juga menghadapi masalah kekurangan guru lelaki di mana fenomena ini mungkin menjadi salah satu punca kemerosotan disiplin. Nisbah antara guru lelaki dengan guru perempuan pada kadar 4 : 6 (Berita Harian: 19 Julai 1999). Keadaan yang lebih meruncing sangat dirasai di sekolah rendah dan menurut Kementerian Pendidikan, fenomena kekurangan guru lelaki akan berterusan dalam beberapa tahun yang akan datang kerana jumlah guru pelatih perempuan di Maktab perguruan melebihi jumlah guru pelatih lelaki.
Amalan demokrasi dalam pendidikan kurang diterapkan terutamanya dalam pemilihan mata pelajaran elektif. Pelajar tidak sepatutnya dipaksa memilih aliran belajar dan mata pelajaran pilihan. Ia boleh menjejaskan prestasi pelajar tersebut. Ini menyebabkan berlakunya konflik jiwa, pemberontakan batin dan rasa tidak puas hati di jiwa pelajar.
Konflik juga timbul kerana pelajar tidak puas hati kepada guru yang mengajar. Contohnya pengajaran guru tidak berkesan atau kurang cekap dalam mata pelajaran berat seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Selain itu sekolah di negara ini kebanyakkannya berorientasikan kepada peperiksaan maka pelajar menghadapi tekanan mental dan sosial.
Pengaruh media massa dan siber
Media massa dapat di kategorikan kepada dua jenis iaitu media cetak dan media elektronik. Kedua-dua media ini banyak mempengaruhi para pelajar ketika ini. Golongan remaja khususnya para pelajar mudah meniru dan mengikut pelbagai adegan dan perlakuan negatif yang ditayang dalam pelbagai media.
Contohnya filem, suratkhabar, majalah dan televisyen yang menonjolkan budaya kuning amat mudah diikuti oleh para pelajar. Babak ganas dan seks akan menjadikan fikiran remaja keras dan rakus.
Mereka ingin tahu dan mencuba sendiri apa yang dilihat. Dalam era globalisasi ini juga menyebabkan para pelajar dapat mencapai pelbagai maklumat dengan melayari internet. Dengan wujudnya 'siber cafe' telah memudahkan para pelajar mendapat bahan dan maklumat mengikut citarasa samada yang berguna dan berfaedah atau yang boleh merosakkan minda pelajar seperti melayari laman web lucah.


C.i.N.t.A


Apa yang dimaksudkan buta dalam bercinta?
CINTA tidak sebenarnya buta, walaupun CINTA tidak bermata
namun CINTA ada pada kita, dan kitalah yang menjadi mata
kepada CINTA. Dan mata itu terletak pada hati. Berjalannya hati
adalah melalui petunjuk dan cahaya yang telah ditetap kan oleh
ALLAH, bukan melalui nafsu.

Kenapa dikatakan cinta itu buta??
Kerana bila tidurnya tidak lena,
Mandinya tidak basah,
Makannya tidak kenyang,
Hilang tumpuan sibuk & asyik terkenangkan orang tersayang,
Ingatan persis layang-layang terbang di awan terapung bersama angan-angan,
Bila nasihat orang tua dikatakan penghalang,
Bila yang haram menjadi halal,
Berjalan beriringan sambil berpegang tangan,
Naik motor berpelukan takut tercicir dijalanan,
Lama -kelamaan kesucian menjadi korban,
Kononnya sebagai tanda cinta sejati tidak berbelah bahagi.
Yang paling diendahkan..
Bilamana tanggungjawab sebagai hamba-Nya mula diabaikan,
Bilamana kitab-Nya sudah tidak betah ditangan,
Dek kerana mata hati yang mula kabur terjerumus dalam cinta dunia..


Nauzubillah hi min zalik....  syg kan seseorang xkan membawa die ke neraka ALLAH S.W.T

PLKN


Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan di negara kita merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta , kasih dan sayang akan negara. Program ini berbeza daripada kerahan tenaga yang dilaksanakan daripada beberapa buah negara lain kerana menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial, budaya dan ekonomi.
Program yang dilaksanakan ini banyak mendatangkan manfaat. Melaluinya remaja dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja pada hari ini. Perubahan masa dan cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum merdeka.
PLKN juga bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja. Disiplin diri merupakan asas penting bagi sesuatu kejayaan. Masa lapang selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan mendisiplinkan diri dengan jadual yang ditentukan. Program ini juga dapat mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan menguji ketahanan mental dan fizikal.
enjoy ur activities in PLKN...