Thursday 27 June 2013

Wasilah untuk Diri


19 SYAABAN - 28/6/2013

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah..Allah masih beri kita kekuatan untuk teruskan kehidupan di dunia ini..Alhamdulillah..
Diriku ini bukanlah sempurna.. diakui banyak kelemahan yang perlu diperbaiki terutama hati ini.. kerana semuanya bermula dengan hati.. baiknya hati kita, baiklah akhlak kita, baiklah akhlak kita baiklah hubungan kita dengan manusia (Hablumminasnas) dan juga dengan ALLAH(hablumminALLAH) mungkin orang sekeliling kita nampak kita hebat,mantap,kuat semangat, dan terbaik tetapi hakikatnya hanya Allah yang tahu. ALLAH Maha mengetahui ape lagi yang terdetik di hati, ALLAH maha mengetahui semuanya. Allah tutup aib kita sebab itu orang tidak nampak kelemahan kita.. SUBHANALLAH...


sha suka bila dapat ilmu dari usrah dan share apa yg sha dapat dari perkongsian tersebut, sha suka berkongsi ilmu dengan orang sekeliling dan sha senang hati apabila orang dapat mencurahkan ilmu serta menegur sha. tanpa tarbiyah kita pasti rebah. tanpa tarbiyah diri juga kita pasti hanyut dengan cinta dunia. nasihat yang baik ialah biarlah berhikmah. like slowtalk so much and love much..  tetiba teringat kat arwah pulak yang suka slowtalk. tenang bila menegur dan penuh hikmah.. kita yang mendengar pun tenang hati dan boleh menerima teguran :) mungkin orang akan ckp sha banyak cakap bila suka share itu ini.ehehe.. never mind. ilmu perlu dikongsi. asalkan ia ilmu yang bermanfaat. :) think positive didahulukan think negatif dielakkan.. apa yang sha katakan/kongsikan bukanlah untuk menunjukkan diri ini hebat..nauzubillahiminzalik.. jauh sekali untuk membangga diri. moga Allah jaga hati sha dan kita semua.. tetapi untuk wasilah dan kuatkan hati sha sendiri..memang sha suka bagi nasihat, peringatan dan teguran dan hakikatnya perkara yang sha buat itu adalahuntuk kuatkan sha untuk bangkit... sha jadikan ia sebagai teguran untuk sha jugak... untuk perbaiki diri sha.

Bila mana kita nampak seseorang itu mula berubah ke arah kebaikan,  janganlah mudah kita menghakimi orang tersebut.. berlapang dada..itulah jalan yang terbaik..dan sentiasa memberi peluang untuk menerima perubahan seseorang.. sebaik dan sealim kita belum tentu kita mendapat pengakhiran yang baik, dan seburuk seseorang belum tentu buruk pengakhirannya. ape yang penting pengakhiran hidup kita, jangan kita pandang kita baik, orang lain buruk sedangkan kita tidak tahu ape yang akan belaku hadapan hari. 


Dan bila mana kita dengar apa yang orang di sekeliling katakan tentang seseorang itu, tolong jangan terus berburuk sangka terhadap dia..yakin dan percayalah terhadap orang tersebut...dan anggaplah bahawa orang yang dikatakan itu sedang diuji oleh Allah..dan dalam masa yang sama Allah juga tengah menguji keyakinan dan kepercayaan kita terhadap orang itu..apa-apa pun mohon pada Allah agar memberi jalan yang terbaik..



husnuzon.. 

~moga setiap hari yang dilalui dapat memperbaiki hati dan diri ini ke arah yang lebih baik~

Wednesday 19 June 2013

(O_O) nOTeD tO SelF (O_O)




(O_O) JODOH URUSAN ALLAH (O_O)

percayalah Allah akan memberi yang lebih baik... Dekatkan diri pada pemilik rasa (ALLAH) dan sesungguhnya urusan tersebut(JODOH) adalah urusanNYA.... 

•.♥• SS & SSS •.♥•


Suatu hari nanti, sewaktu kita telah berkahwin dengan orang lain – bukan dengan si dia yang kita idamkan, nescaya kita akan takjub dengan kebahagiaan yang kita rasakan.

Jodoh adalah perkara ghaib. Tanpa ada seorang pun yang tahu bila dan dengan siapa kita akan berjodoh. Cinta dan jodoh tidak mengenal status dan ciri fizikal.

Bukan kerana kamu cantik maka para lelaki menyukaimu. Juga bukan kerana jejaka tersebut nampak alim dengan dakwah – dakwahnya lalu setiap wanita mendambakannya.

Bila hari ini Allah belum mempertemukan kita dengan orang yang kita cintai, insyaAllah ia akan datang esok atau lusa, atau bila – bila pun ia menghendaki, itu adalah sebahagian dari kekuasaanNya.

Terima Kasih Allah, Yang telah memberikan kenikmatan atas rasa ini dan menyelamatkan diri ini dari segala angan-angan kosong.

-cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah tiada-

(^_^) Ciri-Ciri Calon Menantu Pilihan ibu (^_^)

Calon Menantu Pilihan Ibu seperti...

1) Nailah Bte Farafishah Al-Kalbiyah
2) Fatimah Bte Abdul Malik
3) Siti Hajar
4) Siti Khadijah

Justeru, seperti itulah calon menantu pilihan ibu. Biar tidak pandai memasak, tidak pandai menjahit, tidak pandai berbuat kerja dapur, tetapi dia adalah seorang wanita solehah yang baik agamanya “

Engkau anakku, bukannya mahu mencari orang gaji, tetapi mahu mencari calon isteri. Maka, pilihlah yang beragama.

Berpeganglah pada hadis Nabi ini, maka engkau akan berbahagia.

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan berbahagia” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ikutilah kisah2 muslimah hebat di atas di sini:
http://quranicgen.com/baitulmuslim/calon-menantu-pilihan-ibu/

Ape yang sha boleh simpulkan berdasarkan cerita di dalam link itu ialah...

Nailah Bte Farafishah Al Kalbiyah : seorang isteri yang setia... haaa.. pentingnya setia! hehee
Fatimah b. Abd Malik : pengorbanan seorang isteri, turut sama berjuang demi agama dan masyarakat.
Siti Hajar : bersangka baik dengan ALLAH. Yakin dengan ujian ALLAH dan pertolongan ALLAH..
Siti Khadijah : Cinta yang tulus dengan kasih syg dan perhatian.. sehingga rasulullah sering menyebut dan mengenangkannya..

wah... hebatnya cinta mereka.. 


Selamat menuntut ilmu dan beramal..insya-ALLAH..