Thursday 27 December 2012

PENSWASTAAN ZAKAT



okey... arinie sha dah study sal penswastaan zakat.. now sha nak muntahkan ape yang sha dah belajar dengan retype dan wat dalam bentuk nota mcm nie.. disamping berkongsi dengan pembaca blog, mudah-mudahan dapat ingat dan exam final nanti dapat jawab exam dgn cemerlang.. insyaaALLAH..

Bagaimana program penswastaan zakat diwujudkan…???

 Ø Dalam mempertingkatkan lagi pengurusan zakat maka intitusi zakat telah melantik atau menubuhkan beberapa buah anak2 syarikat yang bertujuan untuk mengurus mengenai kutipan dan agihan zakat. Misalnya PZS (PUSAT ZAKAT SELANGOR) merupakan anak syarikat di bawah selian  MAIS (majlis agama islam Selangor).

 Ø Setiap negeri mempunyai anak2 syarikat yang bermatlamat untuk meningkatkan lagi pengurusan zakat. Anak2 syarikat ini dibawah seliaan majlis agama islam negeri masing2.

Tanggungjawab anak-anak syarikat zakat ini ialah….

 Ø Mengurus dan mentadbir hal ehwal yang berkaitan zakat iaitu kutipan dan agihan zakat kepada asnaf yang layak menerima bantuan zakat.

Tujuan program penswastaan zakat..

    1)  Usaha untuk meningkatkan jumlah pungutan zakat di beberapa buah negeri. Contohnya pusat zakat Selangor telah ditubuhkan sebagai satu institusi untuk mengutip zakat.

    2)  Usaha penswastaan ini merupakan salah satu kempen kesedaran yang berterusan yang bertujuan untuk menambahkan jumlah kutipan zakat.

Terdapat dua faktor yang menyebabkan jumlah hasil pungutan zakat oleh JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI berkurangan dan Sebab berlakunya program penswastaan zakat ialah :

    1)  Ketidakpatuhan sesetengah individu untuk membayar zakat khususnya bagi zakat harta yang diittifa’ .

    2)  Berlaku bocoran kutipan zakat dimana individu tidak membayar zakat kepada institusi zakat tetapi membayar terus kepada asnaf. Ini menyebabkan jumlah kutipan zakat oleh institusi zakat berkurangan walaupun individu telah membayar zakat.

Tindakan yang perlu diambil untuk meningkatkan kesedaran dan penswastaan institusi pungutan dan agihan zakat ialah :

 v Program kesedaran dan pemahaman tentang zakat perlu lah dijalankan. Menyebarkan maklumat tentang kepentingan membayar zakat melalui media massa, seminar, ceramah, dan kursus yang dijalankan.

 v Persoalan yang timbul ialah Walaupun program kesedaran telah diadakan yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk membayar zakat namun masih terdapat segelintir individu yang tidak membayar zakat melalui pusat zakat malah membayar secara terus kepada golongan asnaf. Tindakan sedemikian menyebabkan tiada rekod pembayaran zakat dan jumlah kutipan zakat berkurangan walaupun individu tersebut telah membayar zakat .

  
Kelemahan dalam pembayaran terus kepada asnaf ialah.. :

    1)  Berlaku pertindihan dalam agihan zakat. Mungkin asnaf memperolehi zakat sebanyak dua kali iantu dari pihak zakat dan juga individu yang membayar terus kekepada asnaf



Mungkin ada alasan / factor yang menyebabkan individu enggan membayar zakat secara terus kepada institusi akat....  antara faktor-faktornya ialah… :

 Ø Pengurusan yang tidak cekap
-         KERANA KAEDAH PENGURUSAN ZAKAT ANTARA NEGERI ADALAH BERBEZA

 Ø Pecah amanah

 Ø Agihan zakat tidak betul

-         MASIH TERDAPAT ASNAF YANG TIDAK DIBANTU, INI DIKUATKAN LAGI DENGAN KEHIDUPAN MEREKA YANG TERBIAR DISIARKAN DI MEDIA MASSA. MEMBUKTIKAN BAHAWA AGIHAN ZAKAT TIDAK SAMPAI KEPADA MEREKA.

Ini akan menyebabkan tanggapan masyarakat terhadapat institusi zakat adalah negatif.  Walaupun laporan prestasi tahunan zakat menunjukkan peningkatan dalam kutipan dan agihan zakat yang memberangsangkan.
Ini menerangkan bahawa jika nama baik sesebuah institusi zakat terpelihara maka tidak akan wujud sebarang sebab kenapa masih ada pembayar zakat tidak membayar zakat secara institusi formal.
Ini mungkin menyebabkan kenapa individu enggan membayar zakat secara formal melalui institusi kutipan zakat.

Selain proses penswastaan zakat yang meningkatkan jumlah hasil zakat, kajian menunjukkan masih terdapat factor lain yang meningkatkan jumlah hasil zakat iaitu :

    1)  Faktor pertambahan pembayar zakat

    2)  Peningkatan dalam jumlah hasil pendapatan individu yang disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi.

Factor individu membayar zakat secara terus kepada institusi formal ialah…:

    1)  Puas hati individu terhadap agihan dan pengurusan zakat yang   

        efisien.




Langkah yang perlu diambil oleh institusi zakat untuk menggalakkan pembayaran terus kepada pusat kutipan dan agihan zakat ialah…:

v Pihak urusan zakat khususnya anak syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal zakat perlulah sentiasa memperbaiki perkhidmatan mereka.

v Memastikan pengurusan zakat secara cekap bukan sahaja dari aspek kutipan malah dalam aspek agihan zakat

v Hubungan puas hati dengan pembayaran zakat adalah berhubungan positif. Peranan perasaan puas hati adalah penentu kepada tempat pembayaran zakat oleh individu.


Bocoran zakat : bocoran ini berlaku apabila terdapat individu yang enggan membayar zakat melalui institusi format tetapi membayar secara terus kepada asnaf.ini menyebabkan tiada rekod pembayaran zakat dicatatkan dan ianya terkeluar daripada jumlah hasil kutipan zakat.





No comments:

Post a Comment