Tuesday 4 December 2012

MaJLiS ILmU...


malam ini terdetik untuk mendengar dan bertandang ke majlis ilmu... kaki terasa ringan untuk melangkah ke sana.. sudah lama rasanya sy meninggalkan majlis ilmu... terasa kesebakkan di dada.. kalau dulu sewaktu belajar di matrikulasi selalunya setiap jumaat ada program bimbingan puteri.. namun bila di Universiti, banyak perubahan yang berlaku... suasana dan persekitaran sosial dgn kawan2 menjarakkan diri untuk bertandang ke majlis ilmu... ruginya kerana tidak mengambil peluang dari awal belajar di sini..

malam nie ilmu yang saya dapat ialah penerimaan nasihat.. nasihat kita boleh terima tanpa mengira siapa jua yang memberi nasihat.. tidak kira samada islam mahupun kafir.. asalkan ianya bermanfaat untuk kita dan orang lain.... seronok bila menghadiri majlis ilmu... benarlah kata kawan2 saya.. mereka selalu pesan kan saya agar sentiasa menghadiri majlis ilmu agar saya tidak kesunyiaan dan mendapat kawan yang baik. malah mereka adalah kawan yang boleh menegur kita secara berhikmah... bukan kawan yang menegur kita secara terang-terangan di khalayak ramai kerana itu bukan adab menegur tetapi jatuh kepada boleh meng'aibkan diri kita.....


No comments:

Post a Comment