Monday 3 December 2012

ekonomi dan kewangan islam



Sistem Kewangan Islam telah pun digariskan dalam al-Quran dan sunnah zaman Nabi Muhammad iaitu lebih 1400 tahun yang lalu. Dengan dikatakan bahawa Dasar Sistem Kewangan Islam digubal berasaskan nilai falsafah. Pada asasnya konsep-konsep Islam iaituTauhid (mengesakan Tuhan), Iman (beriman kepada Tuhan), Akidah(percaya kepada ajaran dan hukum-hukum), Taa’bbud (mengabdikan diri kepada tuhan) dan Takwa( bertakwa kepada tuhan).

Sistem kewangan Islam telah dibentuk dengan beransur-ansur semenjak zaman Rasulullah s.a.w. Hanya pada zaman Sayyidina Umar Al-Hhattab (r.a.) barulah agak jelas terbentuk sistem kewangan Islam ini. Setelah itu dari semasa ke semasa sistem ini telah diperbaiki dan diperkembangkan. Pada prinsipnya, sistem kewangan pada masa itu masih lagi tertumpu kepada sektor kerajaan atau sektor awam sahaja dan berpusatkan kepada perbendaharaan negara iaitu Baitul Mal.

Di sektor swasta pula hampir tidak ada institusi tertemtu yang berperanan mengumpulkan modal dari ahli masyarakat untuk kegunaan masyarakat di sektor-sektor yang perlu. Apa yang berlaku berlaku ialah pengumpulan modal berlaku di kalangan orang yang ada kepentingan bersama sahaja. Iaitu orang yang ingin melakukanmudharabah atau musyarakah akan mewujudkan pakatan di kalangan sendiri bagi tujuan mudharabah atau musyarakah. Begitu juga pembentukan takaful di kalangan pedagang-pedagang antarabangsa. Mereka yang menjalankan perdagangan antarabangsa secara besar-besaran melalui lautan sering menemui kemalangan di tengah-tengah lautan yang amat merugikan. Lantaran mereka membentuk sistem takaful antara mereka supaya jika berlaku sebarang kemalangan ahli-ahli takaful tadi akan membayar ganti rugi ahli yang malang tadi.
Walaupun demikian , dapat juga kita rumuskan bahawa perkara penting dalam sistem kewangan Islam melalui amalan pada masa silam dan juga daripada sumber al-Qur’an dan al-Sunnah.


Pelaksanaan prinsip-prinsip Islam dalam sistem kewangan harus dijalankan secara berperingkat, iaitu setiap langkah hanya diambil setelah kajian telitu disempurnakan dengan mengambil kira faktor-faktor berkaitan, khususnya pertimbangan daya maju. Dalam memperkembangkan sistem kewangan Islam di Malaysia adalah penting institusi-institusi di pinggir sistem perbankan dan sistem pasaran modal juga beroperasi atas lunas-lunas Islam. Ini menunjukkan satu perkembangan terhadap pelaksanaan sistem kewangan Islam di Malaysia. Keadaan ini boleh lebih mantap apabila masyarakat bukan Islam lebih menyakini sistem kewangan Islam dibandingkan dengan sistem konvensional.

No comments:

Post a Comment