Saturday 8 December 2012

Al-ijarah

now jum kita same2 menimba ilmu yang berkaitan salah satu kontrak pertukaran/jual beli  yang terdapat dalam islam iaitu Al-ijarah...

al-ijarah dalam bahasa arab yang membawa maksud sewa / upah / bayaran .. menurut ulama al-shafiyyah, al-ijarah ialah kontrak penyewaan yang dilaksanakan ke atas manfaat yang diketahui dan manfaat tersebut dikira harus di sisi syarak penggunaannya.

kontrak al-ijarah ini boleh dilaksanakan keatas barang yang mempunyai manfaat seperti rumah yang boleh disewakan, kereta yang boleh disewakan.. al-ijarah ini tidak boleh dilaksanakan  ke atas pokok yang sedang berbuah kerana buah tersebut bukanlah manfaat tetapi bahan maujud (ada dari segi fizikal) .

oleh itu, al-ijarah ini boleh dikategorikan dalam jualbeli manfaat..

pensyariatan al-ijarah...

@@terdapat dalam surah al-thalaq 65:6




أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنْتُمْ مِنْ وُجْدِكُمْ وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ ۚ وَإِنْ كُنَّ أُولَاتِ حَمْلٍ فَأَنْفِقُوا عَلَيْهِنَّ حَتَّىٰ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ ۖ وَأْتَمِرُوا بَيْنَكُمْ بِمَعْرُوفٍ ۖ وَإِنْ تَعَاسَرْتُمْ فَسَتُرْضِعُ لَهُ
أُخْرَىٰ

Let those women, during their waiting period ('Iddat), live where you yourselves live according to your means. You shall not harass them so as to make life intolerable for them. If they are pregnant, maintain them until their delivery: and if, after that, they suckle your offspring, compensate them and settle the matter of compensation with mutual consultation and in all fairness. But if you cannot bear with each other then let another woman suckle the baby for you...

@@ para ulama juga bersandarkan kepada hadish yang mengharuskan kontrak ini iaitu sabda rasulullah yang mafhumnya :

"berikanlah upah kepada orang yang membantu kamu sebelum kering keringatnya"


terdapat dua jenis al-ijarah iaitu :


1. al-ijarah yang berbentuk manfaat umpamanya penyewaan rumah, kenderaan, pejabat,pakaian.. dan semua manfaat yang diharuskan oleh syarat sah menjadi kontrak al-ijarah.

2. al ijarah yang bersifat pekerjaan iaitu dengan cara mengupah seseorang seperti mengupah buruh binaan, tukang jahit, pekebun dan sebagainya..

apakah rukun bagi al-ijarah...???
pada pendapat para jumhur ulama terdapat empat rukuk al-ijarah iaitu :
1. orang yang berakad

2. sewa
3.manfaat
4 sighah( ijab dan qabul)

namun menurut ulama hanafiyyah, rukun al-ijarah ialah pada sighah manakala ketiga yang lain termasuk dalam syarat al-ijarah dan bukannya rukun al-ijarah (ali khafifi :435)

Bagaimana al-ijarah boleh tamat...???

 al-ijarah boleh tamat jika terdapat keadaan seperti berikut iaitu :

1: tamatnya tempoh kontrak al-ijarah
2: objek akad telah hilang ataupun rosak seperti rumah yang disewa terbakar.
3: salah seorang ahli yang berakad meninggal dunia ( di sisi ulama hanafiyyah)
4: terdapat halangan untuk meneruskan al-ijarah seperti bangunan, rumah disita dan menyebabkan kontrak al-ijarah tamat.

APLIKASI al-ijarah dalam sistem perbankan islam...

1) guna konsep al-ijarah dalam pembiayaan projek (project financing) 

contohnya pelanggan memerlukan modal dari pihak bank untuk membina bangunan.. oleh itu bank akan guna konsep al-ijarah iaitu bank akan membina bangunan yang dikehendaki oleh pelanggan dan kemudiaannya menyewakan bangunan tersebut kepada pelanggan.. 

 maksudnya disini pihak bank adalah orang tengah untuk pelanggan mendapatkan sesuatu.. pelanggan akan menyatakan keperluannya kepada pihak bank samada untuk mendapatkan bangunan, kenderaan atau peralatan kilang seperti mesin (barang yang boleh bagi manfaat dan guna untuk jangka masa yang panjang dan kekal fizikalnya). maka pihak bank akan menghubungi pembekal dan membeli daripada pembekal kemudiaannya menyewakan kepada pelanggan. disini kita boleh tengok konsep al-ijarah yang digunakan oleh pihak bank.. dimana aset tersebut akan terus menjadi milik bank dan pelanggan akan terus menyewa aset yang diperlukan tadi.. hasil pihak bank ialah melalui sewa yang telah diberikan kepada pelanggan..

2) konsep al-ijarah thumma al-bay dalam pembiayaan aset (aset financing)

ini merupakan kontrak sewa dan kemudiaan nya beli.. kontrak ini bermula dengan kontrak al-ijarah yang bertujuan sewa oleh pihak bank kepada pelanggan kemudiaan berakhir dengan pembelian oleh pihak pelanggan. ini bermakna pada akhir tempoh matang penyewaan, penyewa akan beli aset tersebut daripada pihak bank. maka harta tersebut akan berpindah milik iaitu daripada pihak bank menjadi aset pelanggan.. 

3 ) konsep al-ijarah wa al iqtina'

konsep yang digunakan sama sepeti dalam konsep al-ijarah thumma al-bay iaitu milikan aset akan bertukar milik. 

1 comment:

  1. assalamualaikum. mintak izin untuk guna isi-isi di atas. terima kasih

    ReplyDelete