Friday 28 December 2012

DOA MUNAJAT UNTUK PELAJAR


maaf lah, sha just scan yang sedia ada.. ini ialah pemberian nenek . Dah xberapa elok tapi ape yang penting ilmunya kan..hehee dapat nie pun masa darjah 4 macam tue la.. lepas nenek mengajar baca yasin, dia bagi kertas himpunan doa nie. katanya bekal untuk peperiksaan UPSR nanti. amalkan dari sekarang bila nak mula belajar dan lepas solat fardu.  rupa kertas nie dah banyak yang luka2.huhuu... tapi ianya sangat bermanfaat untuk sha hingga hari ini. dari sekolah rendah hingga ke universiti. terima kasih nenek. sekarang sha kongsikan dengan anda semua. semoga berjaya dalam final exam dengan jayanya kerana sekarang musim final exam bagi student universiti kan.. sha pun masih ade 5 papers lagi.. nerbes jugak..huhuu.. btw, best of luck for you all... ^^


kumpulan doa ini terdiri daripada:

1) doa penerang hati
2) doa mohon kemudahan dalam bekerja dan berfikir
3)doa mohon diberi kebijaksanaan
3) doa mudah faham dan hafal
4) serta doa untuk mengingati perkara yang dilupai.

::Doa Penerang Hati:: 

Ya Allah kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul, serta mendapat ilham daripada malaikat yang hampir denganMU, kurniakanlah kami kesihatan Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang


::Doa Mohon diberi kemudahan dalam bekerja dan berfikir::

Ya Allah tiada sesuatu yang mudah kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah dan Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah dengan kehendakMU


::Doa Mohon diberi Kebijaksanaan::

Ya Allah bukakanlah kami hikmatMU dan limpahkan kami rahmat dari perbendaharaan rahmatMU Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang 



;:Doa Mudah Faham dan Hafal::

Ya Allah keluarkanlah aku dari kegelapan ragu-ragu, muliakan daku dengan sinaran kefahaman, bukakan bagiku pintu ilmu dan hiasilah daku dengan akhlak yang baik dan kasih sayang 



::Doa Mengingati Perkara yang lupa::

Ya Allah aku mempertaruhkan kepada MU apa yang Engkau ajarkan kepadaku, kembalikanlah semula kepadaku apabila aku memerlukannya 


Boleh juga mengamalkan doa daripada surah An-nur ayat 35



Insyallah,dapat tenangkan hati & lindungi daripada apa2 gangguan ketika belajar.

Sebelum itu adalah lebih baik kita memuji Allah, berselawat, beristighfar dengan ikhlas dan yakin. Pilihlah waktu yg afdhal, menghadap kiblat dan merendahkan suara kita..InsyaAllah...~ Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hambanya~


FAHAM itu adalah rezeki. Allah mengurniakan kefahaman kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Ingin mendapatkan rezeki FAHAM ILMU, samalah seperti apa yang kita lakukan untuk memperoleh rezeki-rezeki yang lain seperti harta, makanan dan sebagainya.


Semoga terus kuat berusaha untuk syurga dunia dan akhirat. Mujahadah itu kuncinya! insyaa-ALLAH...





semoga bermanfaat untuk semua... dan semoga doa diterima olehNYA.. insyaaALLAH ..aamiin...

p/s untuk besarkan gambar nie. click atas gambar tersebut.. boleh save image dan print.. tampal atas meja belajar yea.. sebelum belajar, doa dahulu.. usaha + doa + tawalkal = insyaaALLAH Allah akan kurniakan kejayaan untuk kita.... usaha sahaja tidak mencukupi jika kita tidak meminta dari Yang Esa.. ^^


No comments:

Post a Comment