Friday 7 December 2012

***AL-MUDHARABAH dan PENSYARIATANNYA***

sistem kewangan islam banyak disebut dalam al-quran dan terdapat dalam hadis serta dinyatakan oleh para fuqaha..
 jum bersama saya mengkaji sistem kewangan yang terdapat dalam islam dan pensyariatannya..

AL-mudharabah_ merupakan satu bentuk kerjasama antara pemilik modal dengan seseorang/institusi yang pakar dalam menguruskan modal tersebut untuk diniagakan dan keuntungan akan dibahagikan mengikut persetujuan awal kontrak. disini keuntungan dibahagi mengikut persetujuan namun kerugiaan hanya ditanggung oleh pemilik modal sahaja..

antara pensyariatannya ialah :

al-quran 

firman ALLAH dalam surah al-muzammil 73:20 yang mafhumnya :

"dan sebahagian mereka berjalan di bumi mencari kurnia ALLAH SWT"

dan firman ALLAH dalam surah al-baqarah 2:198 yang mafhumnya :

"tidak ada dosa bagimu mencari kurnia (rezeki perniagaan)dari tuhanmu"

hadis Rasulullah SAW pula 

"tiga bentuk usaha yang mendapat berkat daripada ALLAH ialah menjual dengan kredit, MUDHARABAH, dan hasil keringat sendiri"

para fuqaha'

menyatakan bahawa amalan ini telah dilakukan oleh sebahagian sahabat dan tidak diingkari oleh sahabat yang lain.

justeru berdasarkan kepada dalil2 yang dikemukakan para fuqaha memutuskan bahawa amalan AL-mudharabah ini adalah tidak bercanggah dengan islam.. AL-mudharabah ini DIBOLEHKAN dalam islam kerana ia bertujuan untuk saling membantu antara pemilik modal dan seorang yang punya kepakaran dalam uruskan kewangan dan perniagaan.. AL-mudharabah ini seperti yang dilaksanakan oleh BIMB.. disini kita boleh lihat bahawa tidak semua yang punya modal itu pandai menguruskan kewangan yang dimiliki dan tidak semua yang punya kepakaran mempunyai modal untuk memulakan perniagaan.. oleh itu perkongsian jenis AL-mudharabah ini  diHARUSKAN dalam islam.. kerana ia memberi manfaat kepada kedua belah pihak sejajar dengan konsep islam iaitu saling menjaga kebajikan sesama umat..

sekian sahaja untuk hari ini... ^^ semoga sama2 mendapat ilmu dan berkongsi ilmu... ^^

No comments:

Post a Comment