Wednesday 19 June 2013

(O_O) JODOH URUSAN ALLAH (O_O)

percayalah Allah akan memberi yang lebih baik... Dekatkan diri pada pemilik rasa (ALLAH) dan sesungguhnya urusan tersebut(JODOH) adalah urusanNYA.... 

•.♥• SS & SSS •.♥•


Suatu hari nanti, sewaktu kita telah berkahwin dengan orang lain – bukan dengan si dia yang kita idamkan, nescaya kita akan takjub dengan kebahagiaan yang kita rasakan.

Jodoh adalah perkara ghaib. Tanpa ada seorang pun yang tahu bila dan dengan siapa kita akan berjodoh. Cinta dan jodoh tidak mengenal status dan ciri fizikal.

Bukan kerana kamu cantik maka para lelaki menyukaimu. Juga bukan kerana jejaka tersebut nampak alim dengan dakwah – dakwahnya lalu setiap wanita mendambakannya.

Bila hari ini Allah belum mempertemukan kita dengan orang yang kita cintai, insyaAllah ia akan datang esok atau lusa, atau bila – bila pun ia menghendaki, itu adalah sebahagian dari kekuasaanNya.

Terima Kasih Allah, Yang telah memberikan kenikmatan atas rasa ini dan menyelamatkan diri ini dari segala angan-angan kosong.

-cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah tiada-

No comments:

Post a Comment