Saturday 23 February 2013

Ukhwah itu Indah



perkenalan bermula dari tahun 1997 ( umur 5 tahun) dengan menuntut di Pasti yang sama dan S.K yang sama, kemudian di usia remaja, kami membawa haluan ilmu yang berbeza di sekolah yang berbeza, namun sekali sekala masih berhubung dengan menziarahi ke rumah.. alhamdulillah, Allah mengurniakan sahabat seperti dirinya.. 

alhamdulillah, setelah lama tidak bersua kerana kesibukkan mengejar program fakulti dan kolej kediaman, akhirnya pertemuan kali ini membawa keceriaan sepanjang outing bersama dan melewati tarikh 23/2/2013 dengan penuh makna..

tatkala diri memerlukan teman dan harapan untuk bersandar, dirinya hadir menemani, masing2 walaupun jauh sentiasa memberi semangat dan menjadi pendengar setia tatkala meluahkan perasaan dan story morie dan tiada kaitan dengan biskut marie yaa :) ALHAMDULILLAH, syukur kehadrat ilahi kerana mereka memahami situasi diri ini.. 


first time dapat keluar sama.. kawan sha ditemani kawannya, alhamdulillah, dengan hadirnya insan baru ini, bertambah kawan sha.. ALLAH menemukan kami.. juga sebagai anugerah dan pinjaman di dunia ini.. walaupun baru kenal, tapi macam dah lama kenal sebab asyik wat kelakar, menyebabkan tiada kekosongan ruang antara kami.

kali ini kami hanya mampu window shoping dan cuci mata tengok buku2 ilmiah (duit poket belum masuk lagi, baucer buku pulak tertinggal ) after penat berjalan ke hulu kehilir, kami sempat makan pizza sambil berkongsi cerita yang terbuku dalam lipatan, berkongsi ilmu apa adanya sebelum masing2 membawa haluan ke tempat pengajian masing2. ^^ 


moral hari ini : Bila berkawan, nawaitu itu penting, berkawan bukan untuk kepentingan diri sendiri mahupun untuk mengambil manfaat daripada kelebihan yang dimiliki mereka, tapi berkawanlah kerana ALLAH.. indahnya ukhwah bila berteraskan kasih sayang kerana ALLAH.. insyaa-ALLAH akan terasa eratnya sebuah ukhwah yang terjalin.. bila berkawan, perlunya untuk masing2 menegur untuk kebaikan bersama, bukan untuk tunjuk kurang ajar, bukan juga kerana terlebih belajar tapi agar masing2 dapat belajar. :)

ukhwah fillah abadan abada..

No comments:

Post a Comment