Tuesday, 8 January 2013

lokalisasi zakat


Zakat merupakan salah satu rukun islam yang memainkan peranan dalam kehidupan umat islam sepanjang zaman kewujudannya. Zakat juga merupakan salah satu mekanisme ibadat  kewangan dan perekonomian. Seperti yang  kita ketahui, zakat ialah penyucian harta dan jiwa. Selain untuk mengurangkan kemiskinan, zakat juga bermatlamat untuk menyucikan jiwa penerima zakat dan pembayar zakat. Hal ini kerana nilai keagamaan adalah penting dalam mengubah asnaf dan pembayar zakat agar sentiasa bersyukur dan berusaha dalam mengubah nasib mereka. Supaya tidak berada pada tokok yang sama namun beralih daripada penerima zakat kepada pembayar zakat pula. Oleh itu, institusi zakat perlulah memainkan peranan penting dalam menyemai nilai keagamaan dalam kalangan golongan asnaf.

 Secara teori zakat dibayar oleh golongan kaya dan akan diagihkan  kepada golongan  miskin. Proses pengagihan zakat diharapkan mencapai kesan optimum kepda asnaf dimana asnaf Berjaya keluar daripada golongan yang menerima zakat malah mungkin menjadi penyumbang zakat pula.  asnaf menjadi guna tenaga yang produktif dan seterusnya boleh menjadi penyumbang kepada ekonomi Negara.

Kaedah lokalisasi zakat dicadangkan agar dapat mengatasi masalah agihan zakat. Pengecilan kawasan agihan zakat akan mengecilkan juga skop tanggungjawab pihak institusi zakat dalam pengurusan zakat. Ini lebih efisien dalam proses pengurusan zakat.












Lokalisasi zakat : professional amil.

walaupun jumlah kutipan zakat menunjukkan peningkatan hasil zakat dari tahun ke tahun namun masalah isu lebihan zakat dan agihan zakat masih lagi menjadi perbahasan oleh institusi zakat.
 Isu pengagihan zakat masih lagi menjadi perbahasan pada hari ini kerana masih ramai asnaf yang selayakknya menerima bantuan zakat masih terbiar. Ini lebih dikuatkan lagi apabila kehidupan mereka ini disiarkan dalam media.   

Kaedah lokalisasi pengagihan zakat merupakan salah satu cadangan alternative dalam mengatasi masalah dalam pengurusan zakat. Salah satu cadangan kepada penyelesaian masalah ini ialah mengecilkan kawasan tanggungjawab pengurusan zakat yang dinamakan sebagai kaedah lokalisasi zakat. (localization of zakat)
Kaedah lokalisasi ini melibatkan proses desentralisasi kuasa dimana pusat pengurusan zakat perlu mengagihkan kuasa memungut dan mengagih zakat kepada kakitangan di lokasi tertentu seperti daerah, mukim, kampung, atau kariah. Kaedah ini berkemungkinan dapat meningkatkan keberkesanan proses pengurusan zakat di lokalisasi tersebut.
Oleh itu, amil diperlukan dalam menjayakan kaedah lokalisasi zakat ini.

Profesion Amil


PROFESIONAL AMIL DALAM MPENGURUSAN ZAKAT

Professional amil telah wujud pada zamal Rasulullah s.a.w manakala kutipan dan pengagihan zakat juga dilaksanakan pada lokasi yang sama. Ini bermaksud zakat dikutip dan diagihkan di kawasan yang sama dan tiada lebihan zakat dibawa ke  kerajaan pusat.

Tiada fakta atau laporan yang menunjukkan lebihan dana atau zakat diagihkan ke kawasan lain ketika zaman rasulullah S.A.W. Pada zaman tersebut, Rasulullah telah menggunakan khidmat amil untuk mengutip  dan mengagihkan zakat. 

Ini secara tak langsung, membuktikan bahawa kaedah lokalisasi kutipan dan pengagihan zakat telah berlaku pada zaman tersebut.

Konsep lokalisasi ini perlu dilaksanakan untuk mengatasi kewujudan masalah seperti jumlah lebihan zakat yang tidak diagihkan setiap tahun oleh kebanyakan negeri di Malaysia.

 Isu ini berlaku disebabkan oleh jurang perhubungan antara pihak institusi zakat dengan golongan asnaf.

Pihak pengurusan zakat dikatakan tidak dapat mengenal asnaf yang berkelayakan secara tepat  terutamanya golongan miskin dan fakir.

 Hal ini kerana, semakin besar kawasan yang dipertanggungjawabkan maka semakin luas jurang perhubungan yang wujud antara asnaf dengan  pihak pengurusan zakat. Isu ini akan semakin menjadi-jadi  jika ia dilakukan secara berpusat.

Oleh itu, dicadangkan kaedah lokalisasi dan amil professional untuk mengatasi masalah ini. 

Apabila kaedah lokalisasi diwujudkan maka proses desentralisasi kuasa adalah perlu. 

Desentralisasi pengurusan zakat ini tidak bertentangan dengan syariat islam kerana kaedah ini adalah bertujuan  menjaga kepentingan golongan fakir dan miskin serta asnaf yang lain. 

Kaedah lokalisasi ini telah dipraktikkan dengan jayanya di zaman rasulullah s.a.w lagi dan semestinya ia mempunyai banyak kelebihan.

Dalam aspek pengurusan zakat, amil tempatan lebih mudah mengenal pasti keseluruhan asnaf di kawasan masing-masing  terutamanya keperluan oleh kumpulan fakir dan miskin dan berusaha meningkatkan  tahap kehidupan mereka.

Institusi zakat perlulah memartabatkan profession amil  menjadi professional  terutamanya untuk menjayakan dan melaksanakan konsep lokalisasi pengagihan zakat.

 DUA perkara yang perlu diberi perhatian oleh institusi zakat iaitu :

Pertamanya amil perlu diperkasakan lagi dengan mewujudkan  jawatan yang tetap, gaji yang penuh setiap bulan dan bertugas sepenuh masa sepanjang tahun.
Jawatan amil ini perlulakh dijadikan jawatan amil yang professional bermakna perlantikan amil perlu mempunyai akademik yang tinggi dan berpengetahuan ilmu agama yang luas serta menjadi contoh dan ikutan akhlak murni.

 Ini akan meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap amil yang dilantik dan kritikan terhadap amil. Selain itu, pengurusan zakat juga akan efisien serta cekap.

Kajian mendapati bahawa amil sementara yang bertugas di mukim atau kampung lebih mengenali masyarakat setempat kerana lebih banyak pengalaman bersosial bersama masyaraka dan mesra dengan mayarakat.

Kesimpulannya, Amil amat berperanan penting dalam pengurusan zakat. Oleh itu professional amat perlulah di mantapkan agar matlamat dapat dicapai dan isu dalam pengurusan zakat dapat diatasi dengan cemerlang. Untuk menjayakan pelaksanaan lokalisasi zakat,amil yang berkualiti diperlukan di peringkat mukim agar ia dapat menyokong kualiti pengurusan zakat di peringkat daerah dan negeri. Amil yang berkualiti terdiri daripada beberapa aspek yang perlu dititik beratkan iaitu sahsiah, akhlak, tahap pendidikan yang tinggi, tahap pengetahuan agama yang luas serta diterima oleh masyarakat.

ISU ZAKAT
1)  Lebihan zakat setiap tahun

2)  Jurang perhubungan pihak zakat dengan golongan asnaf

3)  Nilai keagamaan dalam golongan asnaf

4) Agihan zakat kepada golongan asnaf

Faktor
vJumlah zakat yang meningkat setiap tahun
1) Kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk membayar zakat

2) kemudahan yang disediakan untuk membayar

vZakat – potongan gaji, bayaran di institusi bank dan bukan bank

vWujud isu lebihan zakat dan agihan zakat kepada golongan asnaf

vLebihan zakat disebabkan oleh jurang perhubungan antara pihak zakat dengan golongan asnaf.

vFaktor semakin luas kawasan zakat yang dipertangungjawabkan oleh kakitangan zakat, maka semakin luas jurang perhubungan antara gol asnaf dan pihak zakat.

-        Pihak pengurusan zakat tidak dapat mengenal pasti golongan asnaf secara tepat.

-         

Cadangan

Kaedah lokalisasi zakat
Mengecilkan kawasan tanggungjawab dalam pengurusan zakat (kutipan dan agihan zakat)

Proses desentralisasi kuasa
Pusat pengurusan zakat perlu mengagihkan kuasa memungut dan mengagihkan zakat kepada kakitangan di lokasi tempatan seperti daerah, mukim, dan kariah.

Dimana lokalisasi zakat perlu diadakan…?

~masjid..

Siapa yang perlu dipertanggungjawabkan ….???

~Dicadangkan amil.

Bagaimana masjid dan amil mampu menjayakan proses pengurusan zakat… ????

Masjid..
Sebagai tempat

Kesan : akan meningkatkan keberkesanan proses pengurusan zakat di lokasi tersebut.

Sunday, 6 January 2013

SAY NO TO MIGRAIN...

sha nie dah lame pengidap migrain tegar.. bila dah kene migraine, tubuh automatik jadi manja..kalau situasi, ataupun cuaca yang x sesuai dengan tubuh badan or tertekan sikit.. senang dapat migrain.. rasa separuh mati bila kena migrain.. ibarat mayat hidup.. lesu terus bila migrain menyerang.

korang nak tahu x migrain tue ape..? meh sha explain serba sedikit.hehee..
Migrain tue  sejenis penyakit di bahagian kepala. sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. 

penyebab kepada migraine ialah saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain. ( tapi dalam kes sha nie, sha x rasa keturunan, sebab mama abah bebas dari migraine.. ) 

nie pulak tanda2 migraine yang sha salu rasa..
- rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. kadang rasa  juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum betul2 kene attack.. YA ALLAH.. sakitnya DIA sahaja yang tahu.. kadang serik bila kene attack.. namun 
ALHAMdulillah, sakit itukan penghapus dosax2.

okey tip untuk atasi migrain.. SAY NO TO MIGRAINE.. 


1. Rehat / baring di dalam tempat yang gelap dan sunyi.
(sangat suka keadaan yang tenang bila kene attack.. sgt marah bila bising2.. haha.. sha xde la garang.. )
2. Mandi. Dengan basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki membawa ke atas badan dan ke kepala) 
3. Amalkan sujud setiap pagi. Memang la kan sebab solat subuh :-p
4. Baring atas katil tapi kepala terjuntai ke bawah. Untuk mengalirkan darah ke dalam kepala. (nanti dapat rasa darah mengalir kat kepala, dan pada mulanya ia akan rasa sakit)
sabar lah ini semua kifarah dosa..
5. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais dalam tuala dan tekapkan pada mata.
6. Urut bahagian atas mata. Atas kening tu. Urut sampai rasa migraine lega sikit
7. Amalkan minum air mineral ECPI
8. Elakkan terkena cahaya matahari atau cahaya lampu yang terang

tangani stress, tangani migraine. say no to stress and say no to migraine.. ^^

KIFARAH DOSA

exam sem nie mencabar jugak bila first paper da jatuh sakit.. mungkin nie ujian dan kifarah dosa.. YA ALLAH.. aku panjatkan doa moga aku diberi kesihatan untuk menempuh 5 paper yang akan datang...

sakit itu kifarah dosa..Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.... yaa aku kena kuat dan sabar.. kerana sakit itu kifarah untuk dosaku... :) alhamdulillah...

SEMANGAT UNTUK DIRIKU ***

FORGETTING is imposiable, BUT.
if we can ACCEPT! wat happen. we will eventually foget it by naturally =) dats all. 
percaya KERANA ALLAH, LA ILA HA ILLALLAH, percaturan Allah, jnji Allah itu pasti.

jika sedih, nangislah puas2 sampai berhenti, then tdo sebentar, then bangun semula teruskn kerja yg diprtanggungjawabkn. 

katakan pd diri:
"sesungguhnya Kasih Allah itu lebih BESAR dr kekecewaan ku dan.
perancangan Alah itu lebih HEBAT dari angan-angan ku".

kemudian doalah, "Ya Allah. gantikanlah padaku yg lebih baik dari apa yg telah daku kehilangan." 


Firman ALLAH SWT,
Sesungguhnya " ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Al-Baqarah: 286)


"KEHIDUPAN pasti ada cabaran, suka dan duka. Tidak bernama kehidupan tanpa cabaran, ia ibarat warna-warni yang menghias diri.
Namun, seberat mana masalah yang menimpa, jangan mudah berputus asa. Rahmat dan nikmat Allah sentiasa meliputi kita. Sebenarnya tujuan Allah menyakitkan adalah bagi menyembuhkan, begitu juga Allah menyempitkan adalah untuk meluaskan. Hebatnya perancangan Allah bagi menguji hamba-Nya.."

hebatnya ujian ALLAH, DIA turunkan ujian kepada kita untuk menguji keimanan kita dan untuk kita berfikir.. SUBHANAALLAH.. kadang aku terlalu alpha dengan dunia.. Bimbinglah aku agar sentiasa redha dengan ketentuanMU dan buka lah pintu hatiku agar aku sentiasa ke arah yang positive.. aamiin...


SAYANG DAN UJIAN..

semakin kita SAYANG seseorang itu , maka Allah swt akan sentiasa menguji kita dengan pelbagai lagi DUGAAN untuk melihat sejauh mana tahap KESABARAN kita :)

إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِيْنَ
(Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar)