Saturday, 12 January 2013

AnDaI IKhLas DaLaM mEnYinTAi


andai keikhlasan di hati, kamu tidak mungkin akan melukakan perasaannya kerana kamu tahu pentingnya sebuah perasaan..
andai keikhlasan di hati, kamu tidak mungkin akan mendustakan kata2 mu kerana kamu tahu kata2 mampu merosakkan perhubungan..
andai keikhlasan di hati, kamu tidak mungkin akan menduakan perasaannya kerana kamu tahu sakitnya bila dicurangi...
andai keikhlasan di hati. kamu tidak mungkin akan terus di takuk lama kerana kamu pasti ingin kebahagian dan perubahan yang baik untuk masa depan..
andai keikhlasan di hati, kamu tidak mungkin akan merosakkan dirinya kerana kamu sayang dan ikhlas mencintainya...
andai kejujuran di hati, kamu pasti berusaha mengubah diri kamu.. menyunting dirinya melalui walinya dan membimbingnya bersama kamu mencapai jannahnya.. 

Allah SWT tidak menciptakan wanita dari kepala lelaki untuk dijadikan atasannya. Tidak juga Allah SWT menciptakan wanita dari kaki lelaki untuk dijadikan bawahannya. Tetapi Allah menciptakan wanita dari tulang rusuk lelaki, dekat dengan lengannya untuk dilindunginya, dan dekat dengan hatinya untuk dicintainya.
Allah tidak menciptakan wanita atau sebagai barang pertukaran,  apatah lagi sekadar objek buat lelaki. Tetapi Allah menciptakan wanita sebagai teman yang mendampingi hidup Adam tatkala kesepian di syurga. 



ikhlas lah dalam berkasih sayang....... disitu lah kebahagiaan akan diperolehi.....



Friday, 11 January 2013

@_@ SETTLE ONE BY ONE @_@

hari nie dah settle kertas untuk subject hubungan etnik dan dasar kewangan dan fiskal islam... ALLHAMDULILLAH  Ya ALLAH..  2 hari sebelumnya, study punya la study bagaikan nak rak untuk kejar 2 papers yang akan diduduki serentak dalam satu hari dan merupakan  hari yang penat kerana perlu berkejar bas untuk ke 2 tempat dewan exam yang berlainan.

kedua-dua subjek nie memerlukan pembacaan dan pemahaman yang tinggi untuk mengetahui sejarah pembentukkan etnik MALAYSIA dan menganalisis keluk dan dasar-dasar kerajaan.. 

Dah hari ini, settle satu lagi subjek iaitu kalkulus. subjek yang memerlukan daya ingatan yang kuat untuk mengingati langkah2 pengiraan untuk mengaplikasikan matematik dalam ekonomi... paper yang paling merisaukan sudah dilalui dengan jayanya.. kalkulus semoga aku mendapat keputusan yang baik untuk semester ini..aaameeen...  

xpernah rasa takut seperti ini sampaikan sukar untuk melelapkan mata... inilah akibat kerana sha  memilih kasih dalam revision subjek yang diminati didahulukan.. (sekarang da penim kepala deng dek migrain attack).. kononnya boleh kejar nota yang hanya 3 bab sahaja.. 3 bab itu lah bakal jadi killer paper.. semoga di jauhkan...

NOW tinggal satu lagi paypeeer yang last....pastu hoooreeeyyy balik kampung.. ^^ moga kali ini lecturer bermurah ati untuk menyediakan soalan yang simple.. heheee~ kami sangat2 mengharapkan kali ini soalan tidak terlalu trick seperti mid term.. ^^

Usaha + Doa + Tawakal = Insyaallah Berjaya .. Permudahkanlah .. Izinkanlah .. Ameen .. ^_^ .. jAdIkAn aKu mEncIntAi sEsuAtu yAng mEmbAwA kEpAdA kEcIntAanMU ..

Thursday, 10 January 2013

(O_O) CEMBURU DAN KESANNYA (O_O)

pada pendapat sha la kan.. cemburu nie ada 2 impak.. pertama positive dan kedua negative.. jika terover cemburu pun xboleh jugak... akan memudaratkan perhubungan korang.. so cemburu dan kasih sayang kene seimbang barulah xde yang terlebih dan terkurang...(TERLEBIH KASIH SAYANG TAKPA, JANGAN TERLEBIH YANG LAIN) :D cemburu yang positive dimana cemburu itu membuatkan korang berusaha menjadi lebih baik untuk pasangan dan menegur pasangan jika ada sesuatu yang membuatkan korang rasa x senang duduk.. 

cemburu tanda sayang, tanda pasangan prihatin dan kasih dengan diri kita.. kalau dia tak sayang buat ape dia nak cemburu kan.. burn time ja..huhuu..

lelaki yang baik akan cemburu bila lelaki rapat mahupun pandang pasangannya.. kerana dia tahu sifat lelaki macam mane. buaya darat.. bila dibiarkan akan melarat.. :) cemburunya ada makna kerana dia menginginkan pasangan nya untuk menjaga diri hanya untuk nya.dia akan menegur kita cara berpakaian yang baik dan pergaulan kita kerana dia xnak lelaki lain pandang mahupun ambik kesempatan keatas kita dengan pandangan bernafsu.. cemburu ini cemburu yang positive kerana dengan cemburu, pasangan akan menjaga kita.. beruntung kalau korang dapat lelaki seperti ini.. jangan pulak korang tambah sakit hatinya dengan kayu tiga, kayu empat.. isyh3.. no.no.. don't be like that.. (*_*)

 perempuan pula akan cemburu jika pasangannya bergurau senda dan rapat yang berlebihan dengan perempuan lain kerana mereka tahu hati kaum mereka adalah lembut dan mudah jatuh hati dengan lelaki yang rapat dengan mereka. mula lah nak perasan lelaki suka kat dia dan menapak untuk mengorak..hahaa..^^

 Perasaan cemburu adalah normal dalam sesuatu perhubungan. Namun, terdapat segelintir pasangan yang mempunyai perasaan cemburu yang meluap-luap sehingga perasaan cemburu itu menjadi tidak normal. Perasaan cemburu ini dikenali sebagai cemburu buta. Cemburu buta boleh mendatangkan keretakan terhadap sesuatu perhubungan. Pasangan akan mula rasa rimas dan akan cuba mengelakkan diri dari pasangan yang cemburu buta. Jika anda adalah seorang yang cemburu buta, sesuatu perlu anda lakukan agar hubungan anda dan pasangan kekal harmoni.


pssstt Cemburu tandanya sayang, tapi cemburu buta, sayang boleh melayang. Bye sayang…Oh..don’t don’t... ( sila kawal perasaan cemburu anda. Jangan biarkan diri anda diselubungi perasaan cemburu buta.. sama2 jaga perhubungan.. jangan kerana cemburu menguasai diri, timbul dendam di hati.. dari sayang kepada benci.. jangan sampai tahap mcm tue sudah la yea.. seraaammmm.....)


conclusion : sama2 jaga perhubungan, kalau dah tahu sesuatu yang pasangan tak suka, cuba elakkan... yang mana boleh meretakkan hubungan, sila jauhkan.. jika ada yang ketiga, jauhkan yang ketiga kerana third party hanya boleh merosakkan hubungan... jadilah yang terbaik untuk pasangan.. seperti kata my lovely one : WALAUPUN KITA X BOLEH MEMUASKAN HATI SEMUA PIHAK SEKURANGNYA KITA CUBA PERBAIKI KEADAAN KE PERHUBUNGAN YANG LEBIH BAIK..

DOA UNTUK KESEJAHTERAAN


 ikegelisahan membuatkan kita pasti x lena tido, selera makan tak menentu... sampaikan sesetengah orang kalau hati terlalu gelisah boleh menyebabkan menjadi murung.. ni akan membahayakan lagi kesihatan fizikal dan mental.. sooo ape kata amalkan doa nie.. simple dan mudah dihafal.. berdoa sambil memahami maksud doa akan lebih membuatkan kita tenang dan yakin yang masalah kita ini hanya kecil dibandingkan dengan masalah orang lain yang lagi besar.. sehingga terpaksa berlapar, ketakutan dek bom dan perang.. masalah kita nie apalah sangat kan.. jom sama2 bersyukur... dan amalkan doa nie... :)

boleh jugak diamalkan untuk mengelakkan sikap malas, kedekut, bebanan hutang dan penindasan orang.. berdoa untuk kesejahteraan hidup.. jangan jadi Hambanya yang sombong.. (perkongsian bersama untuk diri dan pembaca blog)

“Allahumma inni a’uzubika minal hammi walhazan. Wa’a’uzubika minal ‘ajzi wal kasal wa’a’uzubika minal jubni wal bukhli, wa ‘a’uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal.


Tuesday, 8 January 2013

PeReMpUaN dAn AiR MaTa

Air mata wanita melambangkan perasaannya. Apabila dia menangis, itulah perasaanya yang ikhlas tatkala itu air mata tidak berbohong. Seorang wanita itu tidak akan menangis jika hatinya tidak terluka atau tersentuh akan sesuatu hal..




dia nanges sebab dia sayang awak, dia kisah pasal awak, dia nak yang terbaik untuk awak... 

UAI


TUJUAN
•Menilai kepentingan UAI sebagai produk & perkhidmatan
•Kedudukan UAI sebagai produk & perkhidmatan.
•Langkah-langkah yang diambil oleh pihak
berkuasa

industri pengurusan aset islam

•Merangkumi :-
•Pengurusan dana & perkhidmatan portfolio
•Pengurusan amanah

•Merujuk kepada pelaburan patuh syariah aset yang disahkan oleh Lembaga Syariah.

•Pengurusan dana termasuk dana komoditi, pelaburan ekuiti, pengurusan risiko dan pasaran wang dalam bon

•Terdapat tiga hub kewangan yang terbesar didunia:-
• Malaysia di Asia Tenggara
•Bahrain di Timur Tengah
• Emiriah Arab Saudi
•Malaysia dan Bahrain diiktiraf mengambil peranan yang aktif dalam pembangunan pengurusan aset Islam.

UNIT AMANAH ISLAM
•UAI pertama dilancarkan hanya pada tahun 1994

•Unit Amanah Islam merupakan satu bentuk pelaburan kolektif yang ditawarkan dan diuruskan oleh pengurus dana profesional.

•Ianya memberi peluang pulangan jangka panjang kepada pelabur yang terlibat. Sesuatu unit saham amanah itu dikira sebagai saham amanah Islam sekiranya ianya diuruskan selari dengan prinsip Syariah dan pelaburan dana juga dibuat dalam portfolio sekuriti lulus Syariah.

•Jawatankuasa syariah/penasihat syariah dilantik untuk memastikan bahawa operasi mereka adalah selaras dengan prinsip-prinsip syariah.

PRODUK DAN PERKHIDMATAN
Berdasarkan kepada dua pendekatan


1) Melibatkan permohonan pelbagai prinsip-prinsip syariah untuk memudahkan inovasi produk dan perkhidmatan baru

2) Menggunakan produk yang sedia ada (konvensional) dan perkhidmatan yang biasanya diterima Islam dengan pengubahsuaian dengan menghapuskan sebarang unsur yang dilarang untuk memastikan pematuhan prinsip syariah.

PRINSIP-PRINSIP DALAM UIA

al-musyarakah

•Pemegang unit akan berkongsi dalam pengumpulan dana dan tiap-tiap daripada mereka memiliki syer dalam amanah saham tersebut

•Berkongsi dari segi pemilikan dana amanah saham tersebut

•bersama-sama dengan pemegang-pemegang unit yang lain

al-wakalah

•Perwakilan,‘penjagaan’ dan ‘penyerahan kuasa

•Kuasa kepada orang lain untuk menguruskan hal-hal tertentu di bawahkuasanya   berdasarkan kepada perjanjian di dalam surat ikatan amanah

harta musya

•Harta
•Merujuk kpd harta yang mempunyai kaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain, dimiliki oleh ramai pemilik dan setiap pemilik boleh berurusan dengan bahagian yang telah ditentukan tanpa menunggu hak ahli syarikat yang lain, dengan syarat bahagian tersebut telah ditentukan kadarnya
UNIT  AMANAH
KONVENSIONAL
•Dianggap sebagai peluang pelaburan alternatif dalam pasaran kewangan.

•Pelaburan dalam dana unit amanah adalah satu pelaburan ke dalam dana yang dicipta oleh sebuah syarikat melalui surat Ikatan Amanah dimana unit dikeluarkan dan bukannya saham.

•Surat Ikatan Amanah berfungsi sebagai ‘perlembagaan’  di mana struktur beroperasi. Ia pada asasnya mengandungi perjanjian antara syarikat pengurusan dana, pemegang amanah dan pelabur dana.

•Surat Ikatan Amanah berfungsi sebagai ‘perlembagaan’  di mana struktur beroperasi. Ia pada asasnya mengandungi perjanjian antara syarikat pengurusan dana, pemegang amanah dan pelabur dana.

•Pemegang unit tidak mempunyai hak untuk mengundi dan mengambiltahu dalam menjalankan syarikat itu bagi mengeluarkan dana amanah. Pulangan pelaburan biasanya dalam bentuk dividen dan modal penghargaan.




ZAKAT


Zakat
zakat bertujuan untuk penyucian harta dan jiwa  pembayar dan  penerima zakat.
Zakat bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan mengagihkan kekayaan samarata dengan masyarakat. Zakat dipungut daripada golongan kaya dan diagihkan kepada golongan miskin.
Zakat merupakan rukun islam ke 4 yang wajib dipatuhi dan dilaksanakan oleh masyarakat islam setelah cukup syarat-syarat.
Zakat disyariatkan oleh Allah S.W.T terhadap hambanya untuk menyucikan harta dan diri mereka.
Al-quran menyebut tentang zakat sebanyak 82 kali bersama kewajiban menunaikan solat. Ini menunjukkan betapa pentingnya rukun islam ke 4 ini.

Zakat merupakan salah satu mekanisme dalam ibadat kewangan dan perekonomian yang bermatlamatkan untuk membasmi kemiskinan dan penyucian jiwa.
Terdapat 8 golongan asnaf yang layak menerima zakat.
-amil
-muallaf
-musafir
-fisabilillah
-fakir
-miskin
-orang yang memiliki hutang
-hamba
Jenis zakat terdiri daripad zakat harta, zakat pendapatan, zakat pertanian, zakat fitrah, zakat wang simpanan,
Terdapat institusi formal yang dikenali “pusat pungutan zakat” yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal zakat sepeti mengutip dan mengagihkan zakat.