Thursday, 1 November 2012

%%%TRUST not FRUST%%%


trust is like a vase..... once it breaks, it can be repaired but it will never be the same again...

trust is also like a paper, when we crumped it, it can't be perfect anymore...

trust is also like a glass.. once it is broken, it's can't be repaired but you should to replace it... :)

i dont trust easily, so when i tell you " i trust you" pliz dont make me regret it... trust is everything for me.. pliz make people be trust on you  not be frust becouse of you......be nice and appreciate when people trust on you...... ^^

Tuesday, 30 October 2012

@@....siapa kita untuk menilai orang lain...@@



" Dalam kehidupan seharian yang kita lalui, kita mudah sekali menilai orang lain, dengan sekali pertemuan kita mudah sekali melabel orang itu dan ini, sedangkan tidakkah ketika kita bertemu orang yang kita labelkan sombong itu sebenarnya tidak begitu, orang yang kita labelkan pendiam adalah sebaliknya. Kita harus memahami dengan umur yang Allah s.w.t berikan ini kita sebenarnya masih belum mengenali diri kita sendiri, justeru itu bagaimana pula dengan waktu yang singkat kita boleh menilai orang lain.. .. "

 benar lah seperti kata2 nasihat di ats.. sy sendiri tidak pernah terlepas dari mengalami situasi seperti ini.. moga diampunkan oleh ALLAH.. 


waktu secondary school dulu, pernah tersalah menilai seorang hamba ALLAH.. lastly, die mendapat keputusan paling gempak di sekolah.. SubhanaALLAH... sungguh siapakah kita dalam menilai orang lain....??

sebagai umat yang beragama islam, ajaran Islam sendiri tidak menganjurkan kita untuk menilai seseorang, berprasangka dan membuat tohmahan dan sebagainya tetapi diajar kepada untuk membuat muhasabah terhadap diri sendiri supaya kita dapat mengenali sebenarnya potensi fitrah kita.

kenapa kite berprasangka buruk adalah kerana bisikan syaitan.. syaitan punya dua matlamat iaitu mezahirkan yang buruk kepada yang baik.. dan  mengajak kita berprasangka buruk yang mana hanya memecah belahkan ukhwah dan persaudaraan antara kita...


seperti yang terdapat dalam blog yang telah saya kaji ialah...

Prasangka buruk adalah sifat yang boleh menjadi racun berbisa yang 
akan memusnahkan jiwa nurani seseorang insan.  Silaturahim yang terputus amat sukar untuk diikat kembali jika sifat ini terus menjalar dalam saluran urat nadi perasaan manusia. 

 Apatah lagi jika menyangka seseorang yang memohon maaf dan menunjukkan budi pekerti yang baik itu hipokrit kerana ingin mengambil hati semata-mata.  Hanya Allah yang mengetahui apa yang ada dalam hati hambanya.  

Dalam memafkan dan menerima semula seseorang sebagai sahabat, hindarilah diri daripada menyimpan dendam dan prasangka buruk.  Ikhlaskan hati dengan menyuburkan sangkaan baik terhadap orang yang pernah melakukan kesilapan, insaf dengan segala perbuatan dan memohon maaf kepada kita.


Berwaspada perlu, tetapi jangan bersangka buruk.  Firman Allah
(maksudnya), 

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah
ada antara kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kamu berasa jijik...”(Surah al-Hujurat ayat: 12).



.




nauzubillah.. andai dulu sy juga pernah tersalah menilai dan mentafsir kalian... kini sy sedari... setiap manusia punya kebaikan dan keburukan tersendiri...  begitu juga dengan diri ini... bersama kita menilai diri kita dahulu sebelum kita menilai insan lain.. semoga masih ada ruang dalam membina perhubungan yang lebih erat..

Monday, 29 October 2012

TENTANG RINDU

pagi nie baru sampai kolej, then hati mula merindu maka tercetus idea untuk menulis tentang RINDU.. walaupun asignment masih banyak.. namun, sy akan cuba siapkan perlahan-lahan.. :) jum bicara tentang rindu..

____________________________________RiNdu________________________________________
rindu itu satu anugerah dari ALLAH...
 kadang bila kita sunyi, berjauhan, keseorangan dan kesusahan...

rindu pasti terdetik...
 samada kita rindu pada seseorang, tempat, kenangan lalu mahupun rindu pada ketenangan, rindu pada kebahagian, rindu pada kedamaian hati..

rindu banyak tafsirannya...
 Setiap orang juga mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan rasa rindu. termasuk juga dengan diri saya.. bila rindu pada mama abah mahupun orang tersayang,sudah pasti sy ingin berhubung dengan mereka melalui alam maya mahupun reality.. bila rindu pada kenangan lalu, sy pasti akan menangis kerana terkenang kenangan itu..

 namun lain orang, lain ragam..
 Ada juga yang menggunakan kata-kata, lisan dan perbuatan. rindu adalah anugerah dalam perasaan dimana cara mengubatinya ialah datang dekat kepada sesuatu yang dirindui.. contoh bila rindu pada ketenangan.. kita hendakkan lah perbanyakkan ibadat, basahkan lidah dengan zikrullah.. insyaALLAH.. KETENAGANG AKAN DATANG DALAM HATI KITA...sy juga rindu akan ketenangan di hati..

kebanyakkan, Rindu manusia seperti yang kita ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. semua orang pasti akan melalui nya termasuk juga diri saya.. rindu kerana mengasihi seseorang.. ini kerana. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.. 

Menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an , seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya.

Bahkan al-Imam Tahtawi radhiyallahu anhu menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah) , beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu :

“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.



Rindu kalau tidak di kawal atau ditangani dengan bijaksana boleh membuatkan kita sakit dan kadang-kadang timbul perasaan benci dengan perasaan rindu.. namun rindu pada ketenangan perlu diutamakan daripada kita merindui seseorang.. insyaALLAH.. sesungguhnya,saat ini sy juga merindui dirimu dan keluarga di sana... namun saya ingin perbaiki diri agar sy lebih merindui ketenangan hati agar bila hati sy tenang, sy mampu  menguruskan rindu kepada kalian dengan sebaik mgkin.

kadang-kadang merindui seseorang membuatkan kita sedar betapa pentingnya individu tersebut dalam diari hidup kita..pelu ke rindu tu dibalas ? insyaallah, kalau kita rindui seseorang itu dengan seikhlas hati kita, ALLAH akan sampaikan rasa rindu kita pada orang tu..tak percaya ke ?? boleh try dari sekarang untuk mula belajar merindui (n_n) 


sy rindu kalian yang satu ketika pernah dan sedang rapat dengan saya.. 

Tuesday, 23 October 2012

SaBaR iTu PaHit TaPi HaSiLnYa LeBiH MaNis dArI mAdu


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



sabar adalah  kunci kepada kebahagian. sabar tidak bermakna kita tunduk kepada sesuatu tanpa berusaha tapi kita menjaga hati dari terus melakukan sesuatu di luar jangkaan dansesuatu yang tidak akan merugikan kita kelak. sabar antara langkah terakhir setelah kita berusaha, ia tidak bermakna kita menyerah kalah. manisnya kesabaran akan diketahui kelak.insyaALLAH.. 

sesungguhnya, setiap ujian itu adalah untuk menguji kesabaran dan keupayaan kita dalam menangani masalah dengan tenang.

seperti sabda rasullullah SAW yang berfirman, "Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui siapa yang berjihad dan siapa bersabar di antara kamu". (Muhammad: 31)

Rasulullah SAW bersabda, "Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi) 

Rasulullah SAW bersabda, "Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi) 









Ya ALLAH, sabar kan aku dalam meniti kehidupan ini... aku juga insan biasa, kadang banyak terdorong oleh bisikan syaitan dan gopoh dalam melakukan sesuatu. namun aku ingin belajar bersabar.. kerana aku percaya manisnya kesabaran pasti menjadi milik orang yang bersabar..


Monday, 22 October 2012

KEHEBATAN MEREKA TIADA TANDINGAN




1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.


2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama


4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.tutk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah.Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8.) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

JODOH itu rahsia ALLAH..





KATA2 MOTIVASI DIRI

Selain support dari sahabat,saudara mara yang sentiasa bersama kita... kata2 motivasi juga mampu meningkatkan semangat dalam pelbagai aspek kehidupan seperti dari segi agama, bersosial, ilmu pengetahuan dan juga untuk diri sendiri ketika mengalami kesulitan..antara kata2 motivasi yang akan sha kongsikan ialah..