Monday 29 October 2012

TENTANG RINDU

pagi nie baru sampai kolej, then hati mula merindu maka tercetus idea untuk menulis tentang RINDU.. walaupun asignment masih banyak.. namun, sy akan cuba siapkan perlahan-lahan.. :) jum bicara tentang rindu..

____________________________________RiNdu________________________________________
rindu itu satu anugerah dari ALLAH...
 kadang bila kita sunyi, berjauhan, keseorangan dan kesusahan...

rindu pasti terdetik...
 samada kita rindu pada seseorang, tempat, kenangan lalu mahupun rindu pada ketenangan, rindu pada kebahagian, rindu pada kedamaian hati..

rindu banyak tafsirannya...
 Setiap orang juga mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan rasa rindu. termasuk juga dengan diri saya.. bila rindu pada mama abah mahupun orang tersayang,sudah pasti sy ingin berhubung dengan mereka melalui alam maya mahupun reality.. bila rindu pada kenangan lalu, sy pasti akan menangis kerana terkenang kenangan itu..

 namun lain orang, lain ragam..
 Ada juga yang menggunakan kata-kata, lisan dan perbuatan. rindu adalah anugerah dalam perasaan dimana cara mengubatinya ialah datang dekat kepada sesuatu yang dirindui.. contoh bila rindu pada ketenangan.. kita hendakkan lah perbanyakkan ibadat, basahkan lidah dengan zikrullah.. insyaALLAH.. KETENAGANG AKAN DATANG DALAM HATI KITA...sy juga rindu akan ketenangan di hati..

kebanyakkan, Rindu manusia seperti yang kita ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. semua orang pasti akan melalui nya termasuk juga diri saya.. rindu kerana mengasihi seseorang.. ini kerana. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.. 

Menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an , seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya.

Bahkan al-Imam Tahtawi radhiyallahu anhu menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah) , beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu :

“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.



Rindu kalau tidak di kawal atau ditangani dengan bijaksana boleh membuatkan kita sakit dan kadang-kadang timbul perasaan benci dengan perasaan rindu.. namun rindu pada ketenangan perlu diutamakan daripada kita merindui seseorang.. insyaALLAH.. sesungguhnya,saat ini sy juga merindui dirimu dan keluarga di sana... namun saya ingin perbaiki diri agar sy lebih merindui ketenangan hati agar bila hati sy tenang, sy mampu  menguruskan rindu kepada kalian dengan sebaik mgkin.

kadang-kadang merindui seseorang membuatkan kita sedar betapa pentingnya individu tersebut dalam diari hidup kita..pelu ke rindu tu dibalas ? insyaallah, kalau kita rindui seseorang itu dengan seikhlas hati kita, ALLAH akan sampaikan rasa rindu kita pada orang tu..tak percaya ke ?? boleh try dari sekarang untuk mula belajar merindui (n_n) 


sy rindu kalian yang satu ketika pernah dan sedang rapat dengan saya.. 

No comments:

Post a Comment