Tuesday 6 March 2012

RAHSIA AMALAN SUNAT BERSUGI




TERBUKTI sunnah Rasulullah s.a.w jika diamalkan pasti membawa manfaat dalam kehidupan seharian. Antara amalan yang terbukti hasil kajian saintifik moden ialah kebaikan bersiwak. tahu x bersiwak itu ape...? bersiwak ialah bersugi.. :)
Pakar sains kesihatan moden termasuk dari barat memperakui amalan bersiwak paling baik dalam memantapkan kualiti kesihatan diri. Kajian dilakukan sekumpulan pakar jantung di Veterans General Hospital, Taipei, Taiwan yang diketuai Emily Chen berjaya menyingkap rahsia kebaikan membersihkan gigi.
Dr Chen berkata, membersihkan plak pada gigi secara rutin adalah satu cara mencegah serangan strok dan penyakit jantung. Kajian itu merumuskan, sekiranya terdapat jangkitan pada gigi, keadaan itu boleh memudaratkan seseorang dan meningkatkan risiko diserang penyakit jantung. so jom kita ambik langkah berjaga jaga ea berkaitan nan GG kita.. gg bersih nafas pun segar... org d sekeliling pun senang hati..huhu... :)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Siwak dapat membersihkan mulut dan membuat Tuhan senang.” (Hadis riwayat Bukhari dari Aisyah).
Mulut dan gigi adalah kurniaan Allah yang diciptakan khusus bagi kemudahan hamba-Nya dalam sistem pencernaan. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Bersiwaklah (dalam berus) sisa-sisa makanan antara gigi-gigi kerana (membersihkan sisa-sisa makanan semacam itu) termasuk kebersihan dan kebersihan itu membawa kepada iman dan iman itu bersama-sama pemiliknya di syurga.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

jum kita same rajin2 kan diri tuk bersugi...sebelum tido dan selepas bgun dr tido.. boleh juga selepas beberapa jam selepas makan.. :) kebersihan itu tunggak utama dalam kehidupan agar bebas dr sebarang penyakit.. hati pun kene bersih jugak... insyaALLAH... :)

No comments:

Post a Comment