Saturday 10 March 2012

Kesunyian Bertandang lagi.. :)

Sayu bertandang lagi..
kerinduan kepada mama dan abah,
Menguji kekuatan hati,
Walau berdiri dalam ramai d kwasan perbukitan UKM..
Sepi itu tetap datang,
Wahai hati, cuba bersabarlah,
demi menuntut ilmu kerana ALLAH
moga beroleh keberkatan dariNYA..

Dalam santun Allah hadirkan penghibur  untuk diriku,
Dalam senyap Allah takdirkan pelita hidup,
Dalam sopan Allah kurniakan darjat istimewa dan ilmu di dada,
Yang tidak diduga oleh hati ini,
alhamdulillah....

Ya ALLAH, Ya Rahman, Ya Rahim..
Kasihku tetap satu pada jalan yang telah KAU tetapkan,
Aku tidak pernah berputus asa pada jalan ini..
Aku bahagia dalam kelam,
Aku cekal dalam kepayahan,
Aku tenang dalam sukar,
Kerana ini yang mengajar aku erti hidup yang sebanar,
lumrah kehidupan yang berliku,...

Biar jutaan manusia berkata,
Biarlah...
Yang pasti ku pohon redhaMU..
RahmatMU agar senantiasa mengiringi jalanku
Kerana tanpaMU aku pasti rebah..
TanpaMU aku pasti lelah
Tanpa cahayaMU aku pasti hilang arah,
Ya ALLAH, berikan lah aku kekuatan dalam menempuh dugaanMU..
Ya Malikul Mulk,
Kuatkanlah semangatku dalam lemah
Berilah kasihmu dalam tiap kesukaran
Agar ianya menjadi mudah
Melayari sebuah kehidupan yang berliku
Sesungguhnya kasih sayangMU tidak bertepi
Kirimkanlah aku kasihMU,
Agar hidup lebih sempurna dan bahagia...
Amin Ya rabba alamin......

No comments:

Post a Comment