Monday, 3 December 2012

INSTITUSI YANG MENGAMALKAN SISTEM KEWANGAN ISLAM


Ada beberapa intitusi perbankan dan luar sistem perbankan memainkan peranan penting dalam memperkembangkan sistem kewangan Islam di Malaysia. Antaranya adalah seperti berikut :-


  1.  @-Lembaga Urusan Tabung Haji
  2. @-Sistem Pembankan
  3. @-Syarikat Takaful Atau Insurans Islam
  4. @-Sijil Pelaburan kerajaan
  5. @-Instuisi Amal Jariah
  6. @-Institusi Pajak Gadai Islam (AL Rahn)
  7. @-Institusi Zakat
  8. @-Institusi Wakaf
  9. @-Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM)
  10. @-Amanah Ikhtiar Malaysia

Sistem kewangan islam


  1. sebagai pelajar yang mengambil jurusan ekonomi islam.. saya ingin berkongsikan serba sedikit ilmu yang saya perolehi berkaitan dengan sistem kewangan islam.. kenapa perlunya kita mengamalkan sistem kewangan islam dan bukannya sistem kewangan barat..  sebelum itu,  bersama saya mengkaji ciri2 sistem kewangan islam dan tujuan sistem kewangan islam dilaksanakan di Malaysia... 

  2. Ciri-ciri Sistem Kewangan Islam
Untuk mencapai tujuan-tujuan kewangan Islam, Sistem kewangan Islam haruslah berlandaskan ciri-ciri berikut:
a. sifat tolong-menolong antara satu sama lain dan bukan persaingan yang sengit
b. kegiatan yang dilakukan mestilah disertai dengan persetujuan bersama
c. kegiatannya hendaklah disertai dengan sifat yang digalakkan oleh Islam seperti qana’ah (kesederhanaan), ikhlas, benar, bertimbang rasa dan lain-lain.
d. bebas dari segala larangan termasuk riba, gharar, ikhtikar, penindasan, penipuan, pembaziran dan sebagainya


Tujuan Sistem Kewangan Islam Dilaksanakan Di Malaysia

ekonomi dan kewangan islam



Sistem Kewangan Islam telah pun digariskan dalam al-Quran dan sunnah zaman Nabi Muhammad iaitu lebih 1400 tahun yang lalu. Dengan dikatakan bahawa Dasar Sistem Kewangan Islam digubal berasaskan nilai falsafah. Pada asasnya konsep-konsep Islam iaituTauhid (mengesakan Tuhan), Iman (beriman kepada Tuhan), Akidah(percaya kepada ajaran dan hukum-hukum), Taa’bbud (mengabdikan diri kepada tuhan) dan Takwa( bertakwa kepada tuhan).

Sistem kewangan Islam telah dibentuk dengan beransur-ansur semenjak zaman Rasulullah s.a.w. Hanya pada zaman Sayyidina Umar Al-Hhattab (r.a.) barulah agak jelas terbentuk sistem kewangan Islam ini. Setelah itu dari semasa ke semasa sistem ini telah diperbaiki dan diperkembangkan. Pada prinsipnya, sistem kewangan pada masa itu masih lagi tertumpu kepada sektor kerajaan atau sektor awam sahaja dan berpusatkan kepada perbendaharaan negara iaitu Baitul Mal.

Di sektor swasta pula hampir tidak ada institusi tertemtu yang berperanan mengumpulkan modal dari ahli masyarakat untuk kegunaan masyarakat di sektor-sektor yang perlu. Apa yang berlaku berlaku ialah pengumpulan modal berlaku di kalangan orang yang ada kepentingan bersama sahaja. Iaitu orang yang ingin melakukanmudharabah atau musyarakah akan mewujudkan pakatan di kalangan sendiri bagi tujuan mudharabah atau musyarakah. Begitu juga pembentukan takaful di kalangan pedagang-pedagang antarabangsa. Mereka yang menjalankan perdagangan antarabangsa secara besar-besaran melalui lautan sering menemui kemalangan di tengah-tengah lautan yang amat merugikan. Lantaran mereka membentuk sistem takaful antara mereka supaya jika berlaku sebarang kemalangan ahli-ahli takaful tadi akan membayar ganti rugi ahli yang malang tadi.
Walaupun demikian , dapat juga kita rumuskan bahawa perkara penting dalam sistem kewangan Islam melalui amalan pada masa silam dan juga daripada sumber al-Qur’an dan al-Sunnah.


Pelaksanaan prinsip-prinsip Islam dalam sistem kewangan harus dijalankan secara berperingkat, iaitu setiap langkah hanya diambil setelah kajian telitu disempurnakan dengan mengambil kira faktor-faktor berkaitan, khususnya pertimbangan daya maju. Dalam memperkembangkan sistem kewangan Islam di Malaysia adalah penting institusi-institusi di pinggir sistem perbankan dan sistem pasaran modal juga beroperasi atas lunas-lunas Islam. Ini menunjukkan satu perkembangan terhadap pelaksanaan sistem kewangan Islam di Malaysia. Keadaan ini boleh lebih mantap apabila masyarakat bukan Islam lebih menyakini sistem kewangan Islam dibandingkan dengan sistem konvensional.

Sunday, 25 November 2012

PETUA ATASI MASALAH JERAGAT SECARA TRADISIONAL...



bila umur semakin meningkat, semakin banyak jeragat akan kelihatan di muka dan ia memang menggusarkan sesiapa sahaja. Selain rawatan di pusat kecantikan, anda juga boleh mencuba petua turun- temurun ini. petua turun temurun ini bagus di amalkan kerana ianya bebas dari bahan kimia.. berbeza dengan product kecantikan, rata-rata banyak mengdatangkan masalah kepada kulit muka.. menipiskan kulit muka..  oleh itu, anda boleh gunakan tips ini...
1***Sediakan dua inci daun betik muda, segenggam beras, air dan satu inci kulit kayu manis. 












2*** beras perlulah direndam semalaman. Keesokannya, kisar beras itu bersama-sama daun betik serta kulit kayu manis. 

3****Setelah siap, sapu atau gosok perlahan-lahan pada seluruh wajah. 

4****Biarkan ia kering dalam 20 minit sebelum boleh dibilas dengan air suam.

 Semoga petua ini dapat membantu mengurangkan tompok-tompok hitam sekali gus menyerlahkan kecantikan semula jadi. SELAMAT MENCUBA.... 

_ TIPS HILANGKAN PARUT DI MUKA_

petua kecantikan yang simple ini sy ambil dari mama sy.. mama pernah menyarankan saya agar menjaga kulit muka dari berparut dan mama bagi tips ini kepada saya. saya kongsikan kepada anda... SIMPLE AND EASY....!!!!
untuk kulit yang licin dan hilangkan parut.. ambil beberapa pucuk daun jambu batu yang masih muda.. (seperti gambar di atas)

bersihkan dulu pucuk daun tersebut dengan air.. gosok kan di telapak tangan dan sapukan di muka.. biarkan selama beberapa minit dan apabila kering, bilas muka anda dengan air..anda pasti akan teruja apabila menyentuh kulit muka yang licin... dalam proses ini, anda mungkin akan merasa gatal, ianya normal, kerana ia menghakis kotoran dan parut d muka..



KAYU CENGKIH
selain digunakan dalam masakan. kayu cengkih juga boleh digunakan untuk kecantikan iaitu untuk menghilangkan parut di muka ataupun di badan. caranya adalah simple sahaja..






1_ basuh kayu cengkih dengan air..
2_asahkan kayu cengkih tersebut dalam lesung batu bersama sedikit air..
3_ gunakan air dari kayu cengkih yang telah diasah td untuk disapukan di bahagian parut sahaja..

lakukan secara istiqamah.. insyaALLAH dalam seminggu atau dua minggu parut di muka akan beransur mengecil dan hilang..


KELEBIHAN BERDOA DI ANTARA AZAN DAN IQAMAH




Jangka masa antara selepas azan dan sebelum iqamat perlu direbut dengan sebaik-baiknya untuk berdoa, kerana dijanjikan akan termakbul, insya ALLAH.

Doalah yang baik2 dan elakkan doa yang mudarat kepada orang lain. tidak baik namanya..  doa menunjukkan yang kita bersifat rendah diri denganNYA.. orang yang malas berdoa ialah orang yang ego dan sombong dengan tuhannya.. ALLAH Murka jika kita bersikap sombong. sebagai mukmin, doa adalah senjata dan kekuatan kita..



Daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda, terjemahannya:


"Doa tidak ditolak di antara waktu azan dan iqamat."

Hadits Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi