Wednesday, 21 March 2012

CIRI-CIRI PRODUK HPA




1) Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).
2) Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
3) Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
4) Menggunakan 100% herba.
5) Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.
6) Tidak mengandungi Steroid.
7) Melepasi ujian had kandungan logam berat.
8 ) Melepasi ujian had Mikrob.
9) Melepasi ujian had kecairan.
10) Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.
11) Gunakan tanpa was-was.

Friday, 16 March 2012

produk terbaik keluaran bumiputera

HPA... adalah produk terbaik keluaran bumiputera yang beragama islam dan pengurusan yang berasaskan islam... HPA de best among the other products.. jum bertukar kepada produk HPA.. insyaALLAH anda tidak akan menyesal mencuba produk yang HPA keluarkan... layari e-mail ini untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.. http://duniaherbahpa.com/produk-hpa/

Monday, 12 March 2012

newsletter -e-commerce

migrain attack lagii... :'(

hari nie baru je nak mulakan kelas dan tunaikan appoinment nan doktor gigi.. tetiba migrain lak datang.kepala huyung hayang..macam daun kelapa ditiup angin.... lastly sume gagal..kuliah xpi then appoinment lak di tunda.. sedih la bila sakit sorang2... :'( lau ade mama n abah boleh gak bawak p kinik.huhu... malam nie keadaan dah oky cikit.. thanks k.mira belikan saya makanan tadi.. selamat la k.mira sudi bagi saya makanan..lau x memang terjelepok kat katil la kerja saya hari nie.. nak bgun pun x larat.. badan longlai..kepala lak berdenyut denyut..

Saturday, 10 March 2012

Kesunyian Bertandang lagi.. :)

Sayu bertandang lagi..
kerinduan kepada mama dan abah,
Menguji kekuatan hati,
Walau berdiri dalam ramai d kwasan perbukitan UKM..
Sepi itu tetap datang,
Wahai hati, cuba bersabarlah,
demi menuntut ilmu kerana ALLAH
moga beroleh keberkatan dariNYA..

Dalam santun Allah hadirkan penghibur  untuk diriku,
Dalam senyap Allah takdirkan pelita hidup,
Dalam sopan Allah kurniakan darjat istimewa dan ilmu di dada,
Yang tidak diduga oleh hati ini,
alhamdulillah....

Ya ALLAH, Ya Rahman, Ya Rahim..
Kasihku tetap satu pada jalan yang telah KAU tetapkan,
Aku tidak pernah berputus asa pada jalan ini..
Aku bahagia dalam kelam,
Aku cekal dalam kepayahan,
Aku tenang dalam sukar,
Kerana ini yang mengajar aku erti hidup yang sebanar,
lumrah kehidupan yang berliku,...

Biar jutaan manusia berkata,
Biarlah...
Yang pasti ku pohon redhaMU..
RahmatMU agar senantiasa mengiringi jalanku
Kerana tanpaMU aku pasti rebah..
TanpaMU aku pasti lelah
Tanpa cahayaMU aku pasti hilang arah,
Ya ALLAH, berikan lah aku kekuatan dalam menempuh dugaanMU..
Ya Malikul Mulk,
Kuatkanlah semangatku dalam lemah
Berilah kasihmu dalam tiap kesukaran
Agar ianya menjadi mudah
Melayari sebuah kehidupan yang berliku
Sesungguhnya kasih sayangMU tidak bertepi
Kirimkanlah aku kasihMU,
Agar hidup lebih sempurna dan bahagia...
Amin Ya rabba alamin......

Friday, 9 March 2012

HADIAH UNTUK INSAN TERISTIMEWA...

MAMA N ABAH adalah inspirasi diri ku untuk terus maju.. jum kita same2 doakan untuk kedua ibu bapa kita.. :)




DOA UNTUK IBU BAPA-
Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.. 


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. siyest!! windu kt  my mama
.
.. :'(

Tuesday, 6 March 2012

KOLEKSI NoVeL - NoVeL ku!!

membaca itu amalan yang baik... right...? membaca agar kita dapat tuntut ilmu.. dengan membaca banyak faedah yg kita boleh pelajari... dari segi perhubungan, persekitaran mahupun berkaitan dengan agama.. dalam furqan pun menyeru agar kita banyak membaca... yang d sebut dalam surah iqra' ... minat sha lak membaca novel2 samada yg berbentuk islamik dan yg biasa.. biasa novel2 nie dari 'KAKI NOVEL", ALAF 21" dan "PRIMA" . bila kita membaca kita dapat image de situation dan it teach us how to solve the problem.. :)