Friday 23 November 2012

*** kelebihan 10 Muharram***

Sambil-sambil ada niat nak puasa esok, 
jom amik tahu serba sedikit sejarah dibalik tarikh 10 Muharram. jum bersama sha mengungkai kelebihan 10 muharam.. insyaALLAH.. kita same2 berkongsi ilmu walaupun sepotong ayat.. tapi kat bawah nie dah berpotong-potong ayat.. huhuuu... xpe2.. jum kita baca bersama.. :)

Beberapa sejarah 10 Muharram yang dinukilkan Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya "Mukasyafatul Qulub" (Dibalik ketajaman mata hati) bahawa pada tarikh tersebut:

- Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
- Diterima taubat Nabi Adam a.s.
- Dicipta Adam a.s.
- Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
- Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
- Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
- Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
- Selamat Musa dan pengikutnya.
- Lemas Firaun.
- Dilahirkan Nabi Isa a.s.
- Diangkat Nabi Isa kelangit.
- Diangkat Nabi Idris ke langit.
- Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
- Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
- Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
- Nabi Yaakub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
- Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
- Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
- Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Selamat Berpuasa Hari 'Asyura.

No comments:

Post a Comment