JENIS WAKAF
Wakaf terbahagi kepada dua kategori utama iaitu :
Wakaf Mutlak (AM) - merujuk kepada amalan menyerahkan harta
wakaf dengan tidak menyatakan sesuatu tujuan tertentu dalam perwakafan
hartanya. Harta itu boleh dibangunkan bagi apa-apa maksud, selagi tidak
bertentangan dengan syarak.
Wakaf Muqayyad (KHAS) – amalan mewakafkan harta dimana
pewakaf menyatakan tujuan wakaf secara spesifik semasa menwakafkan hartanya.
Harta wakaf tersebut hendaklah digunakan hanya untuk tujuan yang dinyatakan
secara khusus itu. Contohnya mewakafkan tanah khas untuk pembinaan masjid,
surau, perkuburan dan sebagainya.
• Sedekah diberikan kepada golongan yang memerlukan manakala
wakaf ditujukan bagi kegunaan seluruh masyarakat secara umum, meskipun golongan
yang memerlukan diberikan keutamaan.
• Sedekah adalah sesuatu yang boleh dipindah milik. Sesuatu
harta apabila telah diwakafkan, pewakaf sudah tidak memiliki hak dan
campurtangan ke atas harta tersebut.
• Sedekah boleh diberi di dalam apa bentuk sekalipun
manakala wakaf adalah terhad kepada sesuatu harta dimana harta tersebut boleh
mendatangkan hasil atau menjana lebih banyak manfaat secara berterusan atau
bentuk hasil yang boleh disimpan.
No comments:
Post a Comment