PROFESIONAL AMIL DALAM MPENGURUSAN
ZAKAT
Professional amil telah wujud pada zamal Rasulullah
s.a.w manakala kutipan dan pengagihan zakat juga dilaksanakan pada lokasi yang
sama. Ini bermaksud zakat dikutip dan diagihkan di kawasan yang sama dan tiada
lebihan zakat dibawa ke kerajaan pusat.
Tiada fakta atau laporan yang menunjukkan lebihan
dana atau zakat diagihkan ke kawasan lain ketika zaman rasulullah S.A.W. Pada
zaman tersebut, Rasulullah telah menggunakan khidmat amil untuk mengutip dan mengagihkan zakat.
Ini secara tak langsung, membuktikan bahawa kaedah
lokalisasi kutipan dan pengagihan zakat telah berlaku pada zaman tersebut.
Konsep lokalisasi ini perlu dilaksanakan untuk
mengatasi kewujudan masalah seperti jumlah lebihan zakat yang tidak diagihkan
setiap tahun oleh kebanyakan negeri di Malaysia.
Isu ini berlaku disebabkan
oleh jurang perhubungan antara pihak institusi zakat dengan golongan asnaf.
Pihak pengurusan zakat dikatakan tidak dapat
mengenal asnaf yang berkelayakan secara tepat
terutamanya golongan miskin dan fakir.
Hal ini kerana, semakin besar
kawasan yang dipertanggungjawabkan maka semakin luas jurang perhubungan yang
wujud antara asnaf dengan pihak
pengurusan zakat. Isu ini akan semakin menjadi-jadi jika ia dilakukan secara berpusat.
Oleh itu, dicadangkan kaedah lokalisasi dan amil
professional untuk mengatasi masalah ini.
Apabila kaedah lokalisasi diwujudkan
maka proses desentralisasi kuasa adalah perlu.
Desentralisasi pengurusan zakat
ini tidak bertentangan dengan syariat islam kerana kaedah ini adalah
bertujuan menjaga kepentingan golongan
fakir dan miskin serta asnaf yang lain.
Kaedah lokalisasi ini telah
dipraktikkan dengan jayanya di zaman rasulullah s.a.w lagi dan semestinya ia
mempunyai banyak kelebihan.
Dalam aspek pengurusan zakat, amil tempatan lebih
mudah mengenal pasti keseluruhan asnaf di kawasan masing-masing terutamanya keperluan oleh kumpulan fakir dan
miskin dan berusaha meningkatkan tahap
kehidupan mereka.
Institusi zakat perlulah memartabatkan profession
amil menjadi professional terutamanya untuk menjayakan dan melaksanakan
konsep lokalisasi pengagihan zakat.
DUA perkara yang perlu diberi perhatian
oleh institusi zakat iaitu :
Pertamanya amil perlu diperkasakan lagi dengan mewujudkan jawatan yang tetap, gaji yang penuh setiap bulan dan bertugas sepenuh masa sepanjang tahun.
Pertamanya amil perlu diperkasakan lagi dengan mewujudkan jawatan yang tetap, gaji yang penuh setiap bulan dan bertugas sepenuh masa sepanjang tahun.
Jawatan amil ini perlulakh dijadikan jawatan amil
yang professional bermakna perlantikan amil perlu mempunyai akademik yang
tinggi dan berpengetahuan ilmu agama yang luas serta menjadi contoh dan ikutan
akhlak murni.
Ini akan meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap amil yang
dilantik dan kritikan terhadap amil. Selain itu, pengurusan zakat juga akan
efisien serta cekap.
Kajian mendapati bahawa amil sementara yang bertugas
di mukim atau kampung lebih mengenali masyarakat setempat kerana lebih banyak pengalaman
bersosial bersama masyaraka dan mesra dengan mayarakat.
Kesimpulannya, Amil amat berperanan penting dalam
pengurusan zakat. Oleh itu professional amat perlulah di mantapkan agar matlamat
dapat dicapai dan isu dalam pengurusan zakat dapat diatasi dengan cemerlang.
Untuk menjayakan pelaksanaan lokalisasi zakat,amil yang berkualiti diperlukan
di peringkat mukim agar ia dapat menyokong kualiti pengurusan zakat di
peringkat daerah dan negeri. Amil yang berkualiti terdiri daripada beberapa
aspek yang perlu dititik beratkan iaitu sahsiah, akhlak, tahap pendidikan yang
tinggi, tahap pengetahuan agama yang luas serta diterima oleh masyarakat.
ISU ZAKAT
1) Lebihan zakat setiap tahun
2) Jurang perhubungan pihak zakat dengan golongan
asnaf
3) Nilai keagamaan dalam golongan asnaf
4) Agihan
zakat kepada golongan asnaf
Faktor
vJumlah
zakat yang meningkat setiap tahun
1) Kesedaran dalam kalangan
masyarakat untuk membayar zakat
2) kemudahan yang disediakan untuk
membayar
vZakat
– potongan gaji, bayaran di institusi bank dan bukan bank
vWujud
isu lebihan zakat dan agihan zakat kepada golongan asnaf
vLebihan
zakat disebabkan oleh jurang perhubungan antara pihak zakat dengan golongan
asnaf.
vFaktor
semakin luas kawasan zakat yang dipertangungjawabkan oleh kakitangan zakat,
maka semakin luas jurang perhubungan antara gol asnaf dan pihak zakat.
-
Pihak pengurusan zakat tidak dapat
mengenal pasti golongan asnaf secara tepat.
-
Cadangan
Kaedah lokalisasi zakat
Mengecilkan kawasan tanggungjawab
dalam pengurusan zakat (kutipan dan agihan zakat)
Proses desentralisasi kuasa
Pusat pengurusan zakat perlu
mengagihkan kuasa memungut dan mengagihkan zakat kepada kakitangan di lokasi
tempatan seperti daerah, mukim, dan kariah.
Dimana lokalisasi zakat perlu
diadakan…?
~masjid..
Siapa yang perlu
dipertanggungjawabkan ….???
~Dicadangkan amil.
Bagaimana masjid dan amil mampu
menjayakan proses pengurusan zakat… ????
Masjid..
Sebagai tempat
Kesan : akan meningkatkan
keberkesanan proses pengurusan zakat di lokasi tersebut.
No comments:
Post a Comment