ini merupakan perkongsian bersama.. setelah penat belajar maka tiba lah masa untuk mencurahkan / memuntahkan apa yang diperolehi dalam blog ini..ini merupakan salah satu topik dalam subjek dasar fiskal dan dasar kewangan islam.. :)
wujudnya masalah dalam pengagihan zakat oleh institusi zakat. hal ini kerana jurang perhubungan antara pihak pengurusan zakat dengan asnaf sehingga setiap tahun pasti akan berlakunya lebihan zakat yang tidak dapat diagihkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. pusat pengurusan zakat juga tidak dapat mengenal pasti secara tepat golongan yang selayaknya untuk mendapatkan zakat sehingga masih ada golongan asnaf yang masih hidup dalam serba kekurangan.. agihan zakat yang tidak adil ini gagal untuk mencapai kebajikan sosial masyarakat. hal ini kerana, semakin luas kawasan yang dipertanggungjawabkan oleh sesebuah pusat pengurusan zakat maka semakin luas jurang perhubungan antara asnaf dan pengurusan zakat.perkara ini semakin rumit jika pengurusan zakat diurus secara berpusat.
Oleh itu, masjid dicadangkan sebagai pusat pengurusan zakat. hal ini kerana, masjid merupakan institusi islam yang sangat penting bermula pada zaman rasulullah sehingga pada hari ini. peranan masjid perlu diperluaskan dan diperhebatkan lagi kerana banyak masalah telah muncul dalam aspek ekonomi, politik dan juga sosial. hal ini berpunca daripada masyarakat islam itu sendiri semakin menjauhi masjid.
pada zaman rasulullah s.a.w, peranan masjid sangat luas bukan sahaja dalam soal ibadat namun dalam soal yang berkaitan ekonomi, politik, dan juga sosial. masjid merupakan salah satu pusat yang penting dimana keimamanan seseorang bermula dengan masjid. seperti yang telah dijanjikan oleh ALLAH SWT. sesiapa yang mengimarakkan masjid akan dijanjikan kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat dan mendapat petunjuk. oleh itu, pengurusan zakat perlulah diselesaikan bermula di masjid sebagai institusi utama komuniti islam .
dicadangkan agar masjid jami' dijadikan sebagai cawangan pungutan zakat
KELEBIHAN masjid sebagai pusat pungutan zakat :
1) dapat meningkatkan imej islam dengan peranan masjid yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadat tetapi untuk ekonomi dan imej institusi pungutan zakat.
2) untuk memartabatkan peranan masjid dalam aspek pengurusan zakat.
3) dapat menyelesaikan masalah geografi yang luas dalam pengurusan zakat.
4) mendekatkan golongan asnaf dan pemberi zakat dengan masjid dan seterusnya mendorong mereka untuk mengimarakkan masjid.
5) memudahkan penerima zakat (golongan asnaf) untuk memohon bantuan zakat.
6) memberi peluang kepada pusat zakat untuk mengenali penerima zakat yang selayaknya
7) penyakit sosial dalam dielakkan.
8) mendekatkan jurang perhubungan antara amil dan juga golongan asnaf.
persoalannya, siapakah yang akan dipertanggungjawabkan dalam pengurusan zakat ini...?
menurut pada zaman kolonial, para ustaz atau imam di masjid yang berperanan sebagai amil memandangkan masyarakat islam amat menghormati dan mempercayai mereka dalam pengagihan zakat secara adil.
menurut sejarah pre-kolonial juga, imam merupakan individu yang dihormati oleh masyarakat kerana beliau merupakan ustaz yang membimbing masyarakat dalam hal ehwal yang berkaitan dengan ibadat, serta menguruskan zakat.
CADANGAN : maka lantiklah imam sebagai amil dengan bergaji penuh, berjawatan tetap, dan profesional supaya dapat mengelakkan tanggapan masyarakat bahawa amil yang diulantik tidak profesional dalam hal yang berkaitan pengurusan zakat
CADANGAN : imam pertama fokus kepada hal yang berkaitan ibadat manakala imam kedua disamping bergilir menjadi imam, boleh la dicadangkan untuk memegang jawatan yang fokus dalam menguruskan hal ehwal perekonomian terutamanya zakat.
No comments:
Post a Comment