Friday, 7 December 2012

HIJAU warna KEGEMARANku

setiap orang mesti punya warna kegemaran kan... ada yang suka pink digelar pinky girl.. namun sy sebaliknya.. sy sangat suka warna alam seperti warna bukit dan pokok2 iaitu warna hijau dan coklat. ia sangat menenangkan saya.. sy suka sangat tengok kehijauan alam... dulu waktu belajar selalu mengikuti perkhemahan dan jungle traking... the best time i had in my life.. enjoy the time...

kini bila saya punya teman.. dia memahami saya dan hadiah yang dia selalu kasi mesti warna hijau... ianya buat saya semakin sayang kat dia.. <3 u my best frend and my special one...  AZHL

 sapa yang minat warna hijau.. jum bersama saya meneroka ilmu warna hijau.. :)

Keistimewaan Warna Hijau Dalam Islam dan Al-Quran

Ada banyak perkataan HIJAU di dalam ayat-ayat Al-Quran dan menjelaskan keadaan penghuni Jannah ataupun segala yang ada di sekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa.. hijau warna syurga.. Berikut dipetik beberapa ayat al-Quran serta maksud yang telah meletakkan warna HIJAUpada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah.

1. Maksud ayat : ” Mereka itu disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya.”

2. Maksud ayat :  “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”
Surah Ar-Rahman : Ayat 76

3. Maksud ayat : “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian HIJAU yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”
Surah Al-Insan : Ayat 21


4. Maksud ayat : " Mereka (Ahli syurga) mengenakan pakaian sutra halus yang HIJAU dan sutra tebal.
Surah Al-Kahf : Ayat 31

HIJAU juga adalah warna kegemaran Rasulullah SAW. Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna HIJAU. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna HIJAU. Warna HIJAU juga mampu menjadikan pandangan mata nyaman & selesa....
( sapa2 yang minat warna hijau tue.. sedar tak sedar kita juga berkongsi warna kegemaran yang sama dengan warna kegemaran Rasul kita)

****Sejak sekolah lagi rumah sukan sy selalu warna Hijau.. cadar dan barang2 saya mesti warna hijau.. dan sudah tentu parti juga saya akan pilih warna hijau.. seperti kata2 slogan di bumi kelantan.. "hijau itu indah,hijau itu warna syurga, dan hijaukan kelantan"  .....he he... ****


No comments:

Post a Comment