ada yang tertanya-tanya apakah hukum menyambut ulang tahun kelahiran dengan meniup lilin ( meniru budaya lain) beserta mengadakan pesta ulang tahun kelahiran.. di sini sha ingin berkongsikan hukum dan jawapan kepAda persoalan ini.. jum bersama sha terokai ape jawapan yang kita akan same2 ketahui..
Sebenarnya menyambut ulangtahun hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin baginda berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.
Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita mengingati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.
Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?
Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud: “Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.” (H.R. Abu Daud dan Ahmad)
Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barangsiapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah HARAM sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.

Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.
boleh menyambut ulang tahun kelahiran dengan syarat tidak meniru budaya orang lain.. kerana meniup lain bukan dari agama islam tetapi agama kristian..
cara terbaik menyambut kelahiran iaitu dengan mengadakan solat syukur dan membaca surah yasin beserta berdoa semoga kita dipanjangkan umur...
cara terbaik menyambut kelahiran iaitu dengan mengadakan solat syukur dan membaca surah yasin beserta berdoa semoga kita dipanjangkan umur...
jawapan dipetik dari video UIA...
No comments:
Post a Comment