sha nak share 1 doa.. bila sedih, jom cuba baca doa inie.. kalau x mampu sekadar beristifar dan berzikir pun boleh... :)
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ
بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ
أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ
أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ،
أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ
عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ،
أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ وَجَلاَءَ
حُزْنِيْ وَذَهَابَ هَمِّيْ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu,anak hamba-Mu (Adam) dan
anak hamba perempuan-Mu (Hawa).Ubun-ubunku di tangan-Mu,keputusan-Mu berlaku
padaku,qadha-Mu kepadaku adalah adil.Aku mohon kepada-Mu dengan setiap nama
(baik) yang telah Engkau gunakan untuk diri-Mu,yang Engkau turunkan dalam
kitab-Mu,Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau
khususkan untuk diri-Mu dalam ilmu ghaib di sisi-Mu,hendaknya Engkau jadikan
Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku,cahaya di dadaku,pelenyap duka dan
kesedihanku.”(HR.Ahmad 1/391)
Jangan bersedih,karena sesungguh Allah bersama kita yakni orang2 yang
bertaqwa,iaitu orang2 yang menjalankan perintah Allah dan menjauhi
larangan-Nya.Itulah orang yg bersama Allah.Dekatilah Allah,rajin solat 5
waktu,dan amalan wajib lainnya,juga amalan sunnah.
La tahzan... Jangan BerSediH..Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang
diuji,yang telah diuji & yang belum diuji..
Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah menjamin kebahagiaan
Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat
serta Rahmatnya yang Maha Luas
Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan kamu berbeza dengan orang lain
kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri
Jangan Bersedih...Bila disakiti,dicela,direndahkan atau dizalimi
kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa
Jangan Bersedih...Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan
Jangan Bersedih...Atas perilaku manusia terhadapmu
tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah
Jangan Bersedih...Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu
dan setiap perkara yang baik maupun buruk ada hikmahnya
Jangan Bersedih...Dunia ini terlalu hina untuk ditangisi..
DON'T BE SAD!!! semangat untuk diri sendiri n pembaca blog sha juga.. :)
No comments:
Post a Comment